~ Life is a precious gift ~

"The fragrance of flowers spreads only in the direction of the wind. But the goodness of a person spreads in all directions!"

Assalamualaikum w.h.b
-

Ermm dalam 2 minggu yang lepas saya agak "terlebih rajin" berblog. Tapi minggu ni tak berkesempatan sangat... bila "kerajinan" saya datang, dan mcm addicted pulak nak conteng2 kat sini, ada je idea datang... tapi tu la, memandangkan keutamaan lain lebih perlu diutamakan, maka tertangguhlah hasrat itu ^^
-
Takpe, itu semua cerita lain, apa yang penting sekarang ni ialah saya nak share gambar anak kawan baik saya kat sini... gambar Wafiy Sidq Bin Nasrul Hadi... anak kepada Syifak Izhar Hisham dan Nasrul Hadi Johari (saje letak nama encik Nasrul kat belakang :p)... ayah dia tanya nape tak letak gambar si baby Wafiy ni lagi... oo kata takde ye... ada la encik Nasrul, encik Nasrul je yang tak check ni...
-
Untuk pengetahuan encik Nasrul Hadi, saya dah letak dah kat post yang lepas, edit n tambah gambar... tp takpe la, disebabkan encik meragui janji saya, saya buat post khas untuk Wafiy :p
-
Ok Wafiy, nanti bila Wafiy dah besar, cik min bagi tunjuk entry ni semula ye... sila membesar menjadi anak yang baik, jadilah pejuang agama di masa depan... ermm tanak dah ckp lebih2, sian Wafiy, baru umur 10hari dah macam2 amanah letak kat bahu dia :D
-
Ok, di bawah ni adalah gambar2 si comel... sila melihatnya tanpa jemu sambil tu mendoakan kesejahteraannya, umminya dan juga abinya... sekian dulu... Wassalam...
-

Mula-mula kita tengok details kelahiran dia dulu ye ;) * Sorry encik Nasrul, nama anda tiada di sini :p

-



Ini gambar pertama Wafiy yang cik min dapat ;)


-

Oh, Comeynya jari-jemarimu~!

-

Erkk...agak besar penumbuknya...

-


Ini dia gambar penuh Wafiy yang penuh warna-warni... nampak sangat la syifak yang pilih selimut ni :D

Assalamualaikum w.h.b

-
Usai sudah tugasan-tugasan saya pada hari ini... hari demi hari, hidup kita berlalu pergi... kadang-kadang hidup diisi seolah-olah sekadar memenuhi suratan dan ketentuan... memenuhi rutin-rutin yang jika diamati kitarannya hampir sama... maka saya mula mengira-ngira... melihat schedule saya, tugasan-tugasan saya, dan akhirnya meneliti semula matlamat dan jadual kehidupan saya... adakah saya masih berada di landasan yang telah saya rancang?

"Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal". Atas dasar itu, saya punyai perancangan peribadi saya, target hidup mungkin... punya cita-cita dan impian untuk memiliki kehidupan yang lebih baik... lalu saya terus menghitung dan menghitung... mengira dan mengira... masih on track kah aku? atau sudah tersasar?

Dalam keasyikan mengira-ngira dan menghitung2 di manakah saya sekarang ini, sedang menghisab pula pencapaian dan hasil ketika berusia 25 tahun 4 bulan... tiba-tiba saya teringatkan satu kisah... kisah pengiraan yang mengingatkan saya pada sesuatu...

**************************************************************************

-

MENGHITUNG USIA & DOSA

Teringat saya tentang kisah seorang wali bernama Amiya yang ketika itu berusia 60 tahun. Seorang yang terlalu banyak ibadahnya... terlalu dekat dirinya dengan jalan agama... kerana terlalu takut dengan dosa, wali ini benar-benar gusar dengan usianya yang semakin tua... dibenaknya sentiasa terfikir sudah bersediakan dia untuk bertemu Maha Penciptanya...

Lantas wali ini menghitung-hitung hari-hari dalam hidupnya, dan dia mendapati bahawa hari-hari dalam hidupnya sudahpun berjumlah 21,600 hari. Lantas dia berkata kepada dirinya sendiri;

"Celaka aku, sekiranya aku melakukan satu dosa sahaja setiap hari, bagaimana aku dapat melarikan diri dari timbunan 21,600 dosa?"

Dia pun memekik lalu rebah ke tanah. Ketika orang-orang lain datang untuk membangunkannya, mereka dapati dia telah meninggal dunia.

Inilah perhitungan atas ketakutan yang sebenarnya... menghitung dosa-dosa sehingga dia mencelakakan dirinya sendiri... lantas saya mula menghitung dosa-dosa saya...

25 tahun 4 bulan = 9125 hari + 122 hari = 9247 hari....

Andainya satu hari satu dosa... dosa minimum yg saya miliki sekarang ialah 9247 dosa... melihat pada diri sendiri... angka 9247 itu terlalu kecil untuk saya... dosa saya menggunung tinggi... maka dengan dosa2 inikah saya akan menghadapNya nanti? hari ini berlalu, esok juga menjanjikan dosa lagi untuk saya... kebaikan di mana? mampukah kebaikan saya mengatasi dosa2 yang dilakukan dalam sedar atau tidak itu?

Betapa banyak dosa kita... namun ALLAH itu terus juga melimpahkan rahmatNya pada kita tanpa putus2... segala yg ada pada kita adalah pinjaman dariNya semata-mata... pinjaman yang tak mungkin mampu kita bayar... tapi dalam kecuaian dan kejahilan kita, kita seringkali menambah murka Ilahi...

Pemurahnya ALLAH tiada tara...sebanyak mana jua dosa-dosa yang kita lakukan, pintu taubat untuk kita sentiasa terbuka... kita diberi kesempatan untuk memohon ampun atas segala dosa, kemudian mendidik diri agar tidak mengulangi dosa-dosa lampau...wallhua'lam...
-
Tuhanku...aku tidak layak untuk SyurgaMu,
Tapi tidak pula aku sanggup ke NerakaMu,
Oleh itu kurniakanku taubat,
Ampuankan dosaku,
Sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun,
Dosa-dosa besar...

Assalamualaikum w.h.b

Saya seringkali terkeliru dengan amalan-amalan malam nisfu sya'ban yang menjadi amalan masyarakat Malaysia pada hari ini. Berpusu-pusu ke masjid untuk membaca Yassin sebanyak 3 kali selepas waktu maghrib diselangi pula dengan doa2 memohon untuk (1) DIPANJANGKAN UMUR bagi beribadah kepada ALLAH, (2) DILUASKAN REZEKI yang halal dan berkat, dan (3) DIMATIKAN di dalam iman.

Secara peribadinya saya merasakan doa2 ini tidak salah dari segi hukum sebaliknya patut kita pohon, namun mengapa ditetapkan pada MALAM NISFU SYA'BAN dan ditetapkan pulak satu doa selepas setiap kali membaca YASSIN... mengapa tidak dirangkumi doa-doa tersebut serentak? adakah sebarang dalil atau hadith yang menceritakan tentang kesahihan amalan2 ini atau ianya sekadar bid'ah semata-mata...

Saya cuba mencari-cari jawapan kepada persoalan ini... drpd pengamatan yang lemah, saya dapati sememangnya amalan ini tidak diamalkan oleh Rasulullah dan para sabahat. Berikut saya pastekan artikel yang paling lengkap saya kira tentang isu ini... Sumbernya saya perolehi dari website surau al-mizan, Jalan Duta.

MALAM NISFU SYA'BAN

Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal? Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah. Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut? Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.


Seperti yang selalu saya lihat, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar, tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca AlQuran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca AlQuran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu?

Sebenarnya tiada hadith yang sahih yang memberitahu tentang bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban ini dan jika ada pun, ianya adalah hadith berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban yang dhaif dan juga terdapat dalam hadith maudhu’ (palsu). Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis dhaif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan. Tetapi tidak sekali-kali dengan hadith maudhu’. Ingat, hadith maudhu’ maknanya hadith PALSU, dan hadith PALSU hanyalah hadith yang direka-reka oleh golongan tertentu. Dengan kerana itu, adalah penting agar kita berhati-hati dalam memahami martabat sesuatu hadith itu.

Namun , dalam soal bacaan Yasin sebanyak 3 kali dalam nisfu Syaaban tetap tidak ada hadith yang sahih berkenaannya dan amalan tersebut tiada ditunjukkan contoh langsung oleh nabi dan sahabat. Maka mengapa kita sekarang ini mengadakan majlis tersebut di masjid-masjid apabila tibanya malam nisfu Syaaban sahaja? Mengapa perlu menetapkan malam itu untuk membaca Yasin 3 kali dan berduyun-duyun menuju ke masjid sedangkan malam lain tidak? Itu yang perlu diperhati bersama.

Dan saya tidak berani mengatakan amalan tersebut haram. tetapi kita perlu ingat, amalan ibadah khusus yang bukannya berasal dari nabi sudah dikira bid’ah dan dibimbangi amalan itu akan menjadi penat dan lelah semata-mata kerana tidak berasas atau menambah dosa sahaja. Tetapi menurut fatwa dari Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, amalan itu dikira bid’ah dan penjelasannya ada saya sertakan di bawah nanti.

Maka sebaiknya adalah kita lakukan sahaja amalan membaca Yasin atau apa-apa sahaja bacaan AlQuran , tanpa perlu dikhususkan 3 kali dan seumpamanya. Dan yang penting, bacaan itu biarlah TERTIB, TENANG dan memberi keinsafan kepada kita dan bukannya semata-mata mahu mengejar pahala sehingga membaca AlQuran dengan tergopoh dan salah tajwid dan mengatakan sepatutnya melakukan bacaan Yasin 3 kali itu.

PENGERTIAN NISFU SYA'BAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

FATWA MERAYAKAN MALAM NISFU SYA'BAN

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masa kini tentang sahih batilnya amalan ini.

Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.

Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.

Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini!

SOLAT SUNAT NISFU SYA'BAN

Firman Allah (mafhumnya): “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” [al-Maa’idah 5:3]. “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?” [al-Syur.a 42:21]

Dalam kitab al-Sahihain diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.”

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Jabir r.a, Nabi (s.a.w) bersabda dalam khutbah Baginda: “Tetaplah kamu dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa’ Rasyidun, serta berpegang teguhlah padanya… Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid’ah dan setiap perkara bid’ah itu adalah sesat.” Terdapat banyak lagi ayat Qur’an dan hadis yang seumpamanya.

Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Allah telah sempurnakan agama umat ini, dan mencukupkan nikmatNya ke atas mereka. Tuhan tidak mengambil nyawa RasulNya sehinggalah Baginda selesai menyampaikan perutusan dengan seterang-terangnya dan menghuraikan kepada ummah segala apa yang telah diperintahkan Allah samada amalan perbuatan mahupun percakapan. Baginda s.a.w telah menerangkan bahawa untuk ibadah yang direka selepas kewafatan Baginda, segala bacaan dan amalan yang kononnya dilakukan menurut Islam, kesemua ini akan dicampakkan kembali kepada orang yang mencipta amalan tersebut, meskipun ia berniat baik.

Para Sahabat Nabi s.a.w tahu tentang hakikat ini, begitu juga para salaf selepas mereka. Mereka mengecam bid’ah dan menegahnya, sebagaimana telah dicatatkan dalam kitab-kitab yang menyanjung Sunnah dan mengecam bid’ah, ditulis oleh bin Waddah, al-Tartushi, bin Shamah dan lain-lain.

Antara amalan bid’ah yang direka manusia ialah menyambut hari pertengahan dalam bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan menganjurkan puasa pada hari tersebut. Tidak ada nas (dalil) yang boleh dipercayai tentang puasa ini. Ada beberapa hadis dhaif telah dirujuk tentang fadhilat puasa ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan pegangan. Hadis-hadis diriwayatkan mengenai fadhilat doa sempena nisfu Syaaban kesemuanya adalah maudhu’ (rekaan semata-mata), sebagaimana telah diperjelaskan oleh sebahagian besar alim ulama. Kita akan lihat beberapa petikan dari ulasan para alim ulama ini.

Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban adalah bid’ah, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu’ (rekaan). Antara ulama yang memperjelaskan hal ini adalah al-Haafiz bin Rejab, di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif, dan lain-lain. Hadis-hadis dha`if berkenaan ibadah hanya boleh diterimapakai untuk amalan ibadat yang terdapat menerusi nas-nas yang Sahih. Tidak ada asas yang Sahih bagi sambutan nisfu Syaaban, oleh itu hadis-hadis dha`if tersebut tidak dapat digunapakai.

Prinsip asas yang penting ini telah disebutkan oleh Imam Abu’l-‘Abbas Sheikh al-Islam bin Taymiyah (rahimahullah). Para alim ulama (rahimahumullah) telah sepakat bahawa apabila wujud perselisihan di kalangan umat, maka wajiblah merujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Apa-apa keputusan yang diperolehi daripada salah satu atau kedua-duanya adalah syariat yang wajib ditaati, sebaliknya apa-apa yang didapati bercanggah dengan kedua-duanya mestilah ditolak. Oleh itu sebarang amalan ibadat yang tidak dinyatakan di dalam kedua-dua (Qur’an dan Sunnah) adalah bid’ah dan tidak dibenarkan melakukannya, apatah lagi mengajak orang lain melakukannya atau mengiktirafkannya.

Sebagaimana Firman Allah (mafhumnya): “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” [al-Nisa’ 4:59]

“Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).”[al-Shura 42:10]. “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Aal ‘Imr.an 3:31]

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” [al-Nisa’ 4:65]

Banyak lagi ayat-ayat lain yang serupa maksudnya seperti di atas, yang menyatakan dengan jelas bahawa sebarang perselisihan wajib dirujuk kepada Qur’an dan Sunnah, seterusnya wajib mentaati keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua Nas ini. Ini merupakan syarat iman, dan inilah yang terbaik untuk manusia di dunia dan di akhirat: “Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” [al-Nisa’ 4:59 – mafhumnya] maksudnya ialah Hari Akhirat.

Al-Hafiz bin Rejab (R.A) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif tentang isu ini – setelah membincangkannya secara panjang lebar – “Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in di kalangan penduduk Sham, antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut. Orang awam menganggap bahawa malam tersebut adalah mulia kerana perbuatan mereka ini. Disebutkan bahawa mereka telah mendengar riwayat-riwayat Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut, sedangkan jumhur ulama di Hijaz menolak kesahihan riwayat ini, antara mereka adalah ‘Ata’ dan Ibnu Abi Malikah. ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan fatwa ini daripada fuqaha’ (Ulama Ahli Fiqh) di Madinah, dan inilah pandangan ulama-ulama Maliki dan lain-lain. Kata mereka: semua ini adalah bid’ah…

Imam Ahmad tidak pernah diketahui menyebut apa-apa pun tentang (adanya sambutan) Malam Nisfu Syaaban… Tentang amalan berdoa sepanjang Malam Nisfu Syaaban, tidak ada riwayat yang sahih daripada Nabi (s.a.w) ataupun daripada Para Sahabat Baginda …”

Inilah apa yang telah disebutkan oleh al-Hafiz bin Rejab (R.A). Beliau menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada langsung riwayat sahih daripada Rasulullah s.a.w mahupun daripada Sahabat-sahabat Baginda (R.A) mengenai Malam Nisfu Shaaban (pertengahan bulan Syaaban).

Dalam keadaan di mana tidak ada bukti shar’i bahawa apa-apa perkara itu disuruh oleh Islam, tidak dibenarkan bagi Umat Islam untuk mereka-reka perkara baru dalam agama Allah, tidak kiralah ianya amalan perseorangan ataupun berkumpulan, samada dilakukan secara terbuka mahupun tertutup, berdasarkan maksud umum hadith Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa melakukan apa sahaja amalan yang bukan sebahagian daripada urusan kita ini [Islam], amalan itu akan tertolak.” Banyak lagi dalil yang menegaskan bahawa bid’ah mesti ditegah dan memerintahkan agar menjauhinya.

Imam Abu Bakr al-Tartushi (R.A) menyebut dalam kitabnya al-Hawadith wa’l-Bida’: “Ibn Waddah meriwayatkan bahawa Zayd bin Aslam berkata: Kami tidak pernah menemui seorang pun dari kalangan ulama dan and fuqaha’ kami yang memberi perhatian lebih kepada Malam Nisfu Shaaban, tidak ada juga yang memberi perhatian kepada hadith Makhul, atau yang beranggapan bahawa malam tersebut adalah lebih istimewa daripada malam-malam lain. Pernah ada orang mengadu kepada Ibnu Abi Maleekah bahawa Ziyad an-Numairi mengatakan bahawa pahala di Malam Nisfu Shaaban adalah menyamai pahala Lailatul-Qadar. Beliau menjawab, “Sekiranya aku dengar sendiri dia berkata begitu dan ada kayu di tanganku, pasti aku akan memukulnya (dengan kayu itu). Ziyad seorang pereka cerita.”

Al-Shaukani (R.A) berkata dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah: “Hadith yang berbunyi: ‘Wahai ‘Ali, barangsiapa bersolat seratus rakaat di Malam Nisfu Shaaban, dengan membaca pada setiap rakaat Ummul Kitab [Surah al-Fatihah] dan Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali, Allah akan memenuhi segala keperluannya…’ Hadis ini maudhu’ (rekaan semata-mata). Susunan katanya menyebut dengan jelas ganjaran yang akan diterima oleh orang yang melakukannya, dan tidak ada orang yang waras yang boleh meragui bahawa ‘hadis’ ini adalah rekaan. Lebih-lebih lagi, perawi dalam isnad hadis ini adalah majhul (tidak dikenali). ‘Hadis’ ini juga diriwayatkan melalui sanad yang lain, yang mana kesemua adalah direka dan kesemua perawinya adalah are majhul (tidak diketahui asal-usulnya).

Di dalam kitab al-Mukhtasar, beliau menukilkan: Hadith yang menyebut tentang solat di tengah bulan Syaaban adalah hadis palsu, dan hadis Ali yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban – “ Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, penuhilah malamnya dengan solat dan berpuasalah di siang harinya” – adalah dhaif (lemah).

Di dalam kitab al-La’aali’ beliau berkata, “Seratus rakaat di pertengahan Syaaban, membaca (Surah) al-Ikhlas sepuluh kali di setiap rakaat… (hadis ini) adalah maudhu’ (direka), dan kesemua perawi dalam tiga isnadnya adalah majhul (tidak dikenali) dan dhaif (lemah). Katanya lagi: dan dua belas rakaat, membaca al-Ikhlaas tiga puluh kali setiap rakaat, ini juga adalah maudhu’; dan empat belas (rakaat), juga adalah maudhu’.

Beberapa orang fuqaha’ telah tertipu oleh hadis palsu ini, antaranya pengarang al-Ihya’ dan lain-lain, dan juga sebahagian ulama mufassirin. Solat khusus di malam ini – di pertengahan bulan Syaaban – telah diterangkan dalam pelbagai bentuk, kesemuanya adalah palsu dan direka-reka.”

Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata: “Hadith tentang solat di malam pertengahan Syaaban adalah maudhu’, dan disandarkan secara palsu terhadap Rasulullah s.a.w.”

Imam al-Nawawi berkata di dalam bukunya al-Majmu’: “Sembahyang yang dikenali sebagai solat al-raghaa’ib, didirikan sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan ‘Isyak pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab, dan sembahyang sunat Malam Nisfu Shaaban, sebanyak seratus rakaat – kedua-dua sembahyang ini adalah bid’ah yang tercela. Sepatutnya orang ramai tidak tertipu disebabkan ianya disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya’ ‘Ulum al-Din, atau oleh hadis-hadis yang disebutkan dalam kedua-dua kitab ini. Kesemuanya adalah palsu. Orang ramai juga tidak sepatutnya tertipu disebabkan kerana beberapa imam telah keliru dalam hal ini dan menulis beberapa helaian yang menyebut bahawa sembahyang ini adalah mustahabb (sunat), kerana dalam hal ini mereka tersilap.”

Sheikh al-Imam Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman bin Isma’il al-Maqdisi telah menulis sebuah kitab yang amat berharga, yang membuktikan bahawa riwayat-riwayat tersebut adalah palsu, dan jasa beliau sangatlah besar. Alim `ulama telah membincangkan hal ini dengan panjang lebar, dan sekiranya kami ingin memetik keseluruhan perbincangan tersebut untuk dicatatkan di sini, tentu akan mengambil masa yang sangat panjang. Mudah-mudahan apa yang telah disebutkan di atas sudah memadai bagi anda yang mencari kebenaran.

Daripada ayat-ayat Qur’an, hadis-hadis dan pendapat ulama yang dipetik di atas, sudah jelas bagi kita bahawa menyambut pertengahan bulan Syaaban dengan cara bersembahyang di malamnya atau dengan mana-mana cara yang lain, atau dengan mengkhususkan puasa pada hari tersebut, adalah bid’ah yang ditolak oleh jumhur ulama. Amalan tersebut tiada asas dalam syariat Islam yang tulen; bahkan ianya hanyalah salah satu perkara yang diada-adakan dalam Islam selepas berakhirnya zaman Sahabat (radhiallahu `anhum).

Amat memadai, dalam hal ini, untuk kita fahami kalam Allah (mafhumnya):
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu untukmu..…”[al-Ma’idah 5:3]. dan beberapa ayat yang seumpamanya; dan kata-kata Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang (pada hakikatnya) bukan sebahagian daripadanya, tidak akan diterima” dan beberapa hadis yang serupa.

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Abu Hurarah (R.A) berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk bersembahyang malam dan janganlah khususkan siang hari Jumaat untuk berpuasa, melainkan jika puasa di hari itu adalah sebahagian daripada puasa-puasa yang kamu amalkan berterusan-berterusan.’”

Seandainya dibenarkan untuk mengkhususkan mana-mana malam untuk amalan ibadah yang istimewa, sudah tentu malam Jumaat adalah yang paling sesuai, kerana siang hari Jumaat adalah hari yang paling baik bermula terbit mataharinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis Sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Memandangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri melarang dari mengkhususkan malam tersebut untuk bertahajjud, itu menandakan bahawa adalah lebih dilarang sekiranya dikhususkan malam-malam lain untuk sebarang bentuk ibadat, kecuali di mana terdapat nas yang Sahih yang mengkhususkan malam tertentu.

Oleh kerana telah disyariatkan untuk memenuhi malam Lailatul-Qadr dan malam-malam lain di bulan Ramadhan dengan bersolat, Rasulullah s.a.w memberi perhatian kepadanya dan menyuruh umatnya bersolat malam sepanjang tempoh tersebut. Baginda sendiri melaksanakannya, sebagaimana disebut dalam al-Sahihain, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa bersolat qiyam di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, Allah akan ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” dan “Barangsiapa memenuhi malam Lailatul Qadr dengan bersolat (sunat) disebabkan iman dan mencari pahala, Allah ampunkan kesemua dosanya yang telah lalu.”

Akan tetapi sekiranya disyariatkan untuk mengkhususkan malam pertengahan bulan Syaaban, atau malam Jumaat pertama di bulan Rejab, atau di malam Isra’ dan Mi’raj, dengan meraikannya ataupun dengan melakukan amalan ibadat yang khusus, maka sudah tentu Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya melakukannya, dan Baginda sendiri melakukannya. Jika pernah berlaku sedemikian, para Sahabat Baginda (R.A) pasti akan memperturunkan amalan amalan tersebut kepada umat terkemudian; tidak mungkin mereka menyembunyikan amalan daripada umat terkemudian, kerana mereka adalah generasi yang terbaik dan yang paling amanah selepas Rasulullah, radhiallahu `anhum, dan semoga Allah merahmati kesemua sahabat Rasulullah s.a.w.

Sekarang kita telah membaca sendiri kata-kata ulama yang dipetik di atas bahawa tidak ada riwayat daripada Rasulullah s.a.w mahupun Para Sahabat (R.A) berkenaan kelebihan malam Jumaat pertama bulan Rejab, atau malam pertengahan bulan Syaaban. Maka kita tahu bahawa menyambut hari tersebut adalah satu perkara baru yang dimasukkan ke dalam Islam, dan mengkhususkan waktu-waktu ini untuk amalan ibadat tertentu adalah bid’ah yang tercela.

Samalah juga dengan sambutan malam ke dua puluh tujuh bulan Rejab, yang mana disangkakan oleh sesetengah orang sebagai malam Isra’ dan Mi’raj; tidak dibenarkan mengkhususkan hari tersebut untuk amalan tertentu, atau meraikan tarikh tersebut, berdasarkan dalil yang dipetik di atas. Ini sekiranya tarikh sebenar Isra’ and Mi’raj telah diketahui, maka bagaimana sekiranya pandangan ulama yang benar adalah tarikh sebanar Isra’ and Mi’raj tidak diketahui! Pandangan yang mengatakan ianya berlaku pada malam ke dua puluh tujuh di bulan Rejab adalah riwayat yang palsu yang tiada asas dalam hadis-hadis sahih. Baik sekiranya seseorang itu berkata: “Perkara paling baik adalah yang mengikut jalan para salaf, dan perkara paling buruk adalah perkara yang diada-adakan.”

Kita memohon agar Allah membantu kita dan seluruh umat Islam untuk berpegang teguh kepada Sunnah dan menjauhi segala yang bertentangan dengannya, kerana Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Semoga Allah merahmati Pesuruh dan UtusanNya, Nabi kita Muhammad s.a.w, serta kesemua ahli keluarga dan Para Sahabat baginda.

Ulasan dan terjemahan fatwa : www.darulkautsar.com
[Dipetik daripada Majmu’ Fatawa Samahat al-Sheikh ‘Abdul-‘Aziz bin Baz, 2/882]

Rujukan :
1 – http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm
2 – http://www.darulkautsar.com


Pada pemahaman saya yang lemah ini, amalan membaca Yassin 3 kali ini adalah bid'ah semata-mata... biarpun hanya sekali, asalkan betul tajwidnya... itu lebih penting daripada tergesa-gesa... betapa ruginya kita mendambakan ganjaran yang besar sempena hari yang bermakna, tetapi akhirnya tanpa sedar dosa yang menjadi habuan kita...

Apa yang lebih baik kita ikuti sunnah Rasulullah SAW. Itulah sebaik-baik panduan dan ikutan... Yang terpenting... Manfaatkanlah malam Nisfu Sya'ban untuk berzikir dan memohon keampunan kepada ALLAH SWT dengan bersungguh-sungguh, insyaALLAH kita doakan ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita... Apa2 pon mari kita ramai2 puasa sunat hari Isnin ni... sekian dulu, wassalam.
-
P/S : andai salah pemahaman saya, harap dibetulkan... terima kasih.

Assalamualaikum w.h.b

2 hari lepas saya dapat satu award daripada kawan lama saya yg juga merupakan kawan baik dari kecik...Halimatun Saadiah namanya... tapi skarang ni masing2 dah besar... kawan saya ni dulu memang kecil molek orangnya... tak sangka si kecil ni akan mendirikan rumah tangga dulu berbanding dgn kawan2 lain... sekarang ni Halimatun Saadiah adalah ibu kepada 2 org anak yg sangat2 comel...

Kami berdua sangat teruja skarang ni sebab baru je terjumpa semula setelah sekian lamanya lost contact... tak sangka dunia ni kecil sekali... abg kepada matun ni officemate kepada kawan satu batch saya masa kat korea dulu, King Hoa Kai...

Sungguh tak disangka dunia ini terlalu kecil...pada 15 July yang lepas secara bertalu2 saya dapat sms dari 3 nombor yang begitu asing pada saya... King je yg saya tau pemiliknya sebab awal2 dah mention nama dia... setelah beberapa sms dihantar dan dibalas, maka tahulah saya bahawa Helmi(abg Matun) satu office dengan King Hoa Kai...

erkk....tetiba terasa cerita saya agak berserabut dan berbaur kucar-kacir... hehe ketepikan je la isi penceritaan yang caca marba itu... yang penting saya sangat excited sejak kebelakangan ini kerana penemuan ini juga membuatkan saya dah terjumpa juga dengan beberapa org kawan sek rendah dulu melalui fb... Thanks Matun... Luv u ;)

Anyway, inilah award yg Matun berikan pada saya... sungguh2 terharu sbb blog saya ni pon masih baru...tak layak pon nak dpt award ni, tp disebabkan matun ni baik hati kan, so dia pon bagi la kat saya :D thanx matun....

-

INDAHNYA PERSAHABATAN

Persahabatan adalah satu ikatan yang teramat indah... sehingga Rasulullah SAW menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya :

Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman:
Sabda Baginda bermaksud: “Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya.”

Sabda Baginda lagi : “Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubadah Ibn As-Samit berkata: Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah. (Hadis riwayat Muslim).

Membantu kawan ketika kesempitan
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

-

Sila rujuk sumber ini.

-

Sekian saje untuk kali ini... WASSALAM...


Assalamualaikum w.h.b

Tiba-tiba lagu I'm not afraid to stand alone nyanyian Native Deen terngiang-ngiang di telinga saya... Lagu ini mempunyai isi cerita yang sangat menarik... liriknya penuh makna... melihat video clipnya lebih menarik... untuk kesan mendidik iman yang maksimum melalui lagu ini, disarankan agar menghayati lirik sambil menonton video clipnya... air mata pernah mengalir, jantung saya berdebar2 dan ada satu rasa yang menggetarkan jiwa ketika pertama kali saya melihat dan mendengar video clip I'm not afraid to stand alone.

Ketika itu saya benar-benar jatuh cinta dengan isi penceritaan lagu ini... hingga sekarang ini adalah antara lagu yang benar-benar memberi kesan kepada saya... sila hayatinya... hayati sepenuh jiwa kita... bila ada satu keyakinan bahawa ALLAH sentiasa bersama, biarlah apa jua dugaan, halangan dan rintangan mendatang... kita pasti akan terus percaya bahawa kita tak pernah sendiri...

Firman ALLAH SWT ; " Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu mengenai AKU, maka (beritahu kepada mereka); Sesungguhnya AKU (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka), AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU". [Surah Al Baqarah : ayat 186]



Chorus
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything will be alright
I am not afraid to stand alone
Gonna keep my head up high

Single mother raising her children
Now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Got a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

Got a call for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love -
They brought her in, told her she's the number one pick
“You got the job, but you gotta lose the outfit"

It's a tough position that you put me in
Cause I’ve been struggling with my two children
But I'll continue looking for a job again
My faith and my religion now will never bend

Chorus

Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know when I’m praying and fasting’
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour...

Then one day there’s a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don’t see me sweating when they’re jokes're cracking
Never see me cussing’ with my pants saggin’
I aint never running yo I’m still standing
I ride with Allah to the very end

Chorus

I am not afraid to stand alone...

Now, I’m a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don’t dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more….

Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn’t cute
And they get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and that’s the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me I’m a brotha gotta stand my ground
I aint gonna shudder, when the gangs around
Peer pressure whatever, its my planet now

Others may fall, I’mma hold my own
With Allah’s help I’ll be strong as stone
And I’mma be brave and let Al Islam be shown
Cause you I know I not afraid to stand alone

Assalamualaikum w.h.b

Syukur alhamdulillah kerana sahabat saya Syifak Izhar Hisham telah selamat melahirkan baby boy yang sihat, dan comel(walaupun saya tak tgk lagi gambarnya, tp saya yakin sangat, baby boy ini comel seperti ibunya...).

Agak terkilan kerana perkembangannya kurang saya ketahui... sibuk sangatkah saya sampai tak sempat nak amik tau ni? kawan-kawan lain mesti ramai yg tau syifak dah over due sebanyak 9 hari sebelum melahirkan... tu la saya ni, sape soh pemalas sangat nak update fb... ermm agak kurang kesempatan jugak nak bukak fb sebenarnya...

Apa2 pon tahniah buat kalian berdua... Rasanya macam baru minggu lepas saya tengok dorang berarak waktu majlis walimah di rumah nasrul hadi(kuala terengganu), tiba2 hari ni syifak dah ada kat sana bersama baby sulung mereka... cepat benar masa berlalu... saya tengah tunggu encik nasrul hadi uploadkan gambar baby mereka, nanti saya nak curik letak kat sini...

***************************************************************************


UCAPAN TAHNIAH PERLU DISEGERAKAN

Berita kelahiran adalah berita yang paling menggembirakan pasangan suami isteri tambahan pula itu adalah kelahiran pertama. Bagi saudara mara, sahabat handai yang menerima berita kelahiran, pasti kegembiraan akan dikongsikan bersama melalui ucapkan tahniah, dan doa. Lafaz tahniah yang datang dari hati yang tulus akan mengukuhkan lagi silaturrahim.

Ucapan tahniah sunat disegerakan kerana ucapan tahniah di waktu kemuncak akan menambahkan lagi kegembiraan si ibu dan ayah kepada bayi yang baru lahir itu. Jika punya kesempatan, menziarahi itu adalah sebaik2nya dan andainya tak punya kelapangan kita kongsi kegembiraan itu melalui telefon atau sekurang-kurangnya, hantarlah SMS bagi menyatakan rasa hati.

Diceritakan dalam surah Hud (ayat 71), Allah menceritakan bagaimana Jibril menggembirakan Nabi Ibrahim dan Sarah dengan khabar kelahiran Nabi Ishak. Begitu juga Surah Maryam (ayat 7) dan Surah Ali Imran (ayat 39) yang menyebut bahawa Allah dan para Malaikat telah menggembirakan Nabi Zakaria dengan kelahiran Nabi Yahya.

Bahkan kisah Abu Lahab yang gembira atas kelahiran Baginda Rasulullah SAW juga menjadi bukti bahawa menyatakan kegembiraan atas kelahiran bayi adalah satu tindakan baik dan mulia.

wassalam.

nota kaki: tak sabar rasanya nak tengok baby boy mereka...

Tara...Ini dia baby boy mereka, Wafiy Sidq Bin Nasrul Hadi

Assalamualaikum w.h.b.

Hari ini saya akan berjumpa lagi dengan anak2 murid saya... ermm kelas bahasa korea level 1, sedar tak sedar rupa2nya dah 12 kelas bersamaan dengan 24 jam kelas itu berlalu... tinggal lagi 3 kelas untuk habiskan level 1.

Alhamdulillah, student2 saya tu dah boleh membaca, sebutan juga sudah agak baik, dan banyak juga perkara yg dah diajarkan... nak cakap basic2 tu dah lepas... tinggal dorang je la ingat ataupun tidak.. daripada pencapaian mereka yg saya nampak, bagi yg dah berkerjaya, pick up terhadap bahasa agak lemah, mungkin kerana kurang penumpuan(sbb letih keje), dan kurang ada masa nak yonsep(berlatih) dan study...

Bagi yang masiih bersekolah, memang pencapaian amat memberansangkan... teruskan usaha la ye.. apa2 pon kesemua student2 saya tu bagus2 belaka...

Memandangkan minggu ni saya terpaksa mengajar 2 kali sbb last 2 weeks terponteng atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, makanya saya dgn bahagianya terasa nak tambah sket koleksi pembelajaran bahasa korea kat blog ini ;)

Hari ni kita belajar basic conversation ok... mudah saje, kalau satu hari hafal 2 perkataan, 6 hari dah bleh hafal semua dah...


네.(예.)
Ne.(ye.)
Yes.

아니오.
Anio.
No.

여보세요.
Yeoboseyo.
Hello (when picking up the phone).

안녕하세요.
Annyeong-haseyo.
Hello.

안녕히 계세요.
Annyeong-hi gyeseyo.
Good bye (when you, the guest, are leaving).

안녕히 가세요.
Annyeong-hi gaseyo.
Good bye (when you, the host, are bidding your guests good bye).

어서 오세요.
Eoseo oseyo.
Welcome.

고맙습니다.(감사합니다.)
Gomapseumnida.(Gamsahamnida.)
Thank you.

천만에요.
Cheonmaneyo.
You're welcome.

미안합니다.(죄송합니다.)
Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)
Sorry.

괜찮습니다.(괜찮아요.)
Gwaenchansseumnida.
It's all right.

실례합니다.
Sillyehamnida.
Excuse me.

Pronunciation untuk rulisan roman berwarna purple tu sebenarnya kurang tepat... nak lebih tepat kena pandai mengeja betul2 dulu... jadi kalau nak pandai mengeja, sila rujuk post sebelum ni ye ^^ Sekian dulu untuk kali ini... tata titi tutu... wassalam...

Assalamualaikum w.h.b.

Mungkin ramai yang dah tahu tentang keagungan dan keajaiban azan... walaupun di tempat kita, hanya kedengaran laungannya 5 kali sehari, tetapi hakikatnya laungan azan tidak pernah berhenti... 24/7... inilah yg boleh dikatakan seolah2 aneh... tapi keanehan yang benar...keajaiban yang sangat menakjubkan...



Ini je kesempatan yg saya ada hari ini ;) sekian wassalam...

Assalamualaikum w.h.b

Alhamdulillah, walaupun hari ini saya agak kurang sihat, tetapi ALLAH masih kurniakan saya daya untuk menjalankan aktiviti seperti biasa... syukur padaNya kerana masih memberikan kita peluang untuk lebih memperbaiki diri... Pantas benar masa berlalu, hari ini sudah masuk 4 Sya'ban... adakah telah kita ambil kesempatan Sya'ban dengan baik? hehe saya masih lagi "biasa-biasa", masih belum mampu menjadikan diri "luar biasa"...
Sejak semalam mmg badan dah rasa tak sedap, waktu malam tekak dah mula kering dan sakit2... oh, ini petanda besar saya bakal demam!!! seperti yang diduga, bangun je pagi mmg badan dah panas sikit, hidung juga dah tersumbat, dan tiba2 terasa lelehan jernih mengalir hampir2 memasuki mulut... erkks... dah macam kembali ke zaman hingusan masa kecik2 dulu pulak... bingkas bangun dari tempat tidur, oh, kepala rasa pening!!! memang berat je kepala... terus capai tuala ke bilik air... Sejuk benar air...

Selesai urusan, saya mengadu pada mak, nak bermanja...
"mak, akak rasa nak demam...camne ni...."
"sihat dah lama kan... ALLAH bagi sakit sikit je tu, nak buang dosa..."
"hehehe" saya menyengih je sambil memeluk mak.

********************************************************************************************

KESEMPATAN YANG ADA :
Ya, betul kata mak... dah lama kan ALLAH bagi sihat *^^*
ni sikit je, ALLAH uji sikit dengan rasa sakit supaya kita ingat indahnya nikmat SIHAT tu... kerana itu kita umat Islam diingatkan tentang 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara...

1) SIHAT sebelum SAKIT
2) LAPANG selelum SEMPIT
3) MUDA sebelum TUA
4) KAYA sebelum MISKIN
5) HIDUP sebelum MATI

Hakikatnya manusia seringkali kurang menghargai peluang dan kelebihan yang ada didepan mata hinggalah kita kehilangannya... bila kesempatan dan kebaikan itu hilang, maka akan timbullah penyesalan...

Waktu sakit - "Kalaulah SIHAT, kan bagus... boleh buat itu ini..."
Waktu sibuk - "Kalaulah ADA MASA macam dulu2, mesti sempat nak buat itu ini..."
Waktu berusia - "Kalaulah MASIH MUDA, mesti kuat nak buat itu ini..."
Waktu sempit wang ringgit - "Kalaulah masa ADA DUIT dulu, dimanfaatkan betul-betul..."'
Waktu menghampiri mati - "Kalaulah masa HIDUP SIHAT, MASA ADA KELAPANGAN, MASA MUDA2 dulu, MASA BERDUIT dulu, aku luangkan segala2nya untuk mendekatkan diri pada ALLAH, untuk BERIBADAH..." tut.....tut.....tut...... innalillah....lalu Izrail melaksanakan tugasnya...

Kata arwah ayah, perkataan "KALAU" itu sangat bahaya.... "KALAU" akan buat kita jadi orang yang takkan mampu melangkah lebih maju ke depan dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi... "KALAU" itu andainya diletakkan di atas gunung, gunung juga tak mampu nak tampung kerana "KALAU" hanya buat kita hidup di alam fantasi, "KALAU" menjauhkan kita dari realiti....

Maka jauhilah "KALAU", mulai sekarang berusaha selangkah demi selangkah untuk terus memperaiki diri tanpa memikirkan "KALAU" kerana akhirnya nanti "KALAU" hanya akan menimbulkan seribu satu penyesalan yang tiada berkesudahan...
********************************************************************************************

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA :
Kita kerap dengar orang kata "sakit itu penghapus dosa". Benarkah?

Dari Abdullah r.a berkata: “Aku datang mengunjungi Rasulullah S.A.W ketika baginda sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata “ ya, Rasulullah ! demammu bertambah teruk.” Jawab baginda “ memang demamku sama dengan dua orang kamu.” Kataku pula, “ semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda : “ semoga!” kemudian sabda baginda pula : “ tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” Benar sekali, sakit itu penghapus dosa, tapi dosa hanya akan terhabus bagi mereka yang redha dengan kesakitan... ini ujian ALLAH, ALLAH menguji keimanan kita... andai kita berkeluh kesah, merungut2 kesakitan dan mempersoalkan pula qada' dan qadar ALLAH, maka semakin nipislah iman kita... dengan itu, jangankan terhapus dosa, bagi yang berkeluh-kesah, mungkin dosa pula menjadi habuan kita... sama-sama kita selami hati masing-masing, ayuh sama-sama kita menjadi hamba yang sentiasa redha agar ganjaran bisa kita peroleh, iman dan aqidah juga akan terus dituai...
-
Dari Anas r.a berkata, Rasulullah bersabda “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa ALLAH apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan ALLAH, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu , maka dia akan mendapat kemurkaan daripada ALLAH.” ( at-tirmidzi dan ibnu majah).

Mudah-mudahan hati kita sering redha dengan ujianNya tak kira datang dalam apa bentuk sekalipun...wassalam...

Assalamualaikum w.b.h Sedar atau tidak, tidak berapa hari lagi kita bakal melangkah ke bulan Sya'ban. Bulan Sya'ban dikenali sebagai bulan Nabi Muhammad saw.
===========
Berkata Siti Aishah R.A, "Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W ialah bulan Sya'ban".
=
Bulan yang dikurniakan pahala ibadah sehingga tujuh ratus kali ganda, bulan yang dikurniakan keampunan untuk orang2 yg beribadah. Bulan ini juga adalah bulan keampunan; bagi yang bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH S.W.T akan dipermudahkan dan diperkenankan doa2 mereka terutamanya pada malam Nisfu Sya'ban.
*********************************************************************************************

PENGERTIAN SYA'BAN:

Perkataan Sya'ban itu terbentuk dari lima huruf, (shin+a'in+ba+alif+nun):
Shin = Sharofun (kemuliaan)
A'in = U'luwwun (ketinggian)
Ba = Birrun (kebajikan/kebaikan)
Alif = Alfun (jinak/kasih-sayang)
Nun = Nurun (cahaya)

Dari singkatan di atas dapat siringkaskan bahawa Sya'ban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

Rasulullah S.A.W.. telah bersabda yang maksudnya:
"Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Maka umatnya menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui".
Baginda bersabda:
"Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali."
(Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Ketinggian darjat Iman dikurniakan Allah S.W.T bagi orang yang berpuasa dan beribadat pada bulan Sya'ban. Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Dalam bulan ini, Allah S.W.T banyak memberi rahmat dan kurnia kepada hamba-Nya.

Mengenai rahmat Allah itu Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud, "Allah mengangkat amalan-amalan semua hamba-nya pada bulan ini."

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara daripada maksiat, taubatnya diterima juga terselamat daripada bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah S.A.W., "Barang siapa membesarkan Syaaban dan bertaqwa kepada Allah S.W.T serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkan dia daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit."

Sabda Rasulullah S.A.W lagi; "Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'ban, diharamkan ALLAH tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam Syurga. Diberi pahala oleh ALLAH seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan dalam bukan Sya'ban, dimudahkan ALLAH ke atasnya Sakaratul maut dan dilepaskan kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara munkar nakir, ditutup ALLAH keaibannya di hari kiamat, dan diwajibkan syurga baginya".
=
Pada bulan ini, Allah S.W.T memuliakan hamba2Nya yang memuliakan Sya'ban dengan ibadah puasa dan kebajikan... Allah memuliakan hamba2Nya dengan ganjaran pahala dan keampunan... Pada bulan ini juga Allah meninggikan darjat iman bagi orang-orang yang berpuasa dan beribadah semata-mata untuk mendapat keredhaan dariNya...
=
Pada bulan ini juga kita dikurniakan kebajikan yang tinggi di sisi ALLAH seandainya kita membuat amal kebajikan... Bagi yang mendekati dan merindui ALLAH pada bulan ini, maka ALLAH S.W.T juga akan mendekati, merindui dan mengasihinya... Dan ALLAH juga akan menyelubungi cahaya hidayah kepada hamba2Nya yang berusaha mendekati ALLAH pada bukan ini. Rahmat yang sungguh-sungguh besar, dan kita bakal ada dalam pimpinan ALLAH seandainya Sya'ban ini kita hayati dengan sebenar-benarnya...
=
Apa lagi ditunggu kengkawan... Sya'ban ini adalah bulan menabur benih... jom, kita rebut peluang ni!!! kalau tak mampu sepenuhnya pon, kita buat setakat yang termampu... sikit itu lebih baik dari tak buat langsung kan... moga kita dipilihNya untuk mengambil kebaikan Sya'ban pada tahun ini... wassalam.
=
Nota kaki : oh esok ke JB pula saya... semoga selamat perjalanan pergi dan pulang, amiin...




Assalamualaikum w.b.h

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib.

Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

Terdapat pelbagai pengajaran di sebalik kejadian Israk Mikraj ini yang boleh dijadikan iktibar. Namun, saya begitu tertarik dengan 2 pengajaran penting daripadanya iaitu.

1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.

Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.

Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.

2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.

Jika perkara yang sama itu disampaikan pada kita sekarang. Adakah kita akan mempercayai dan beriman dengannya sebagaimana Abu Bakar? Atau kita akan mula menggunakan logik akal kita lalu akan menolak kesahihan peristiwa itu dengan alasan tak masuk akal dan tak logik? Kita akan mula mengeluarkan teori sains yang kita tahu yang menafikan manusia boleh merentasi 7 langit hanya dalam satu malam. Mungkinkah jugakah kita akan ketawa sinis dan mempersendakan berita itu sebagai karut?

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya, akan mengukuhkan keimanan kita dan memperkuatkan rasa takjub kepada kekuasaan Allah dalam mengatur kehidupan makhluk Nya. Peristiwa Israk Mikraj mengajar untuk percaya kepada perkara ghaib dan percaya kepada Al-Qur’an dan Hadith sebagai panduan dan penyelesai kepada masalah hidup manusia.
==========
Bukan tulisan saya ye... saya tertarik dgn isi kandungannya, kebetulan saya nak tulis tentang 2 pengajaran ni juga... saya dengar dr program "Tanyalah Ustaz"... jadi memandangkan mendayg saya nak tulis tu dah ada sumbernya, jd saya copy paste je ;) sumber dari : http://jiwarasa.wordpress.com/2004/09/10/peristiwa-israk-mikraj/

Assalamualaikum w.b.h


Is this your handphone number?
1) key-in the first 3 digits of your handphone number (not the 01x number) into the calculator
2) multiply by 80
3) add 1
4) multiply by 250
5) plus last four digits of phone number
6) plus last four digits of phone number again
7) minus 250
Finally, divide by 2

Is this your handphone number????

AMAZING!!!!!
Dah cuba? Amazing rite? Tapi akan jadi lebih amazing kalau kita boleh tau camne gabungan operasi2 di atas boleh berikan nombor phone kita akhirnya...

Secara amnya mmg kita yg bg kesemua nombor2 tu kan... tapi apa operasi yang terlibat ye? Jom kaji.... Cuba sama2 kita fikirkan... saya pon nak try cari kuncinya... dah dpt jawapan nanti saya nak poskan jawapannya pulak :p...

Assalamualaikum w.h.b

Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar... setakat ni kerja2 semuanya ok... nak kata takde masalah tu tipu la kan.. tapi Alhamdulillah semuanya under control lagi...

tapi ada sesuatu yang ALLAH uji... lately ada perkara yang sering buatkan diri ini rasa kerdil sekali... pelbagai rasa beraja di hati hingga tak mampu lagi nak kawal amarah sendiri... tak mampu juga nak nilai yang mana intan yang mana kaca... tak mampu juga nak pastikan apa yg baik dan apa yang buruk....

Rasanya diri ini belum ckp matang lagi dalam banyak perkara... tapi daku terima ujian ni sebagai proses untuk terus mematangkan diri... mungkin ketegasan yang ada perlu dikurangkan... perlu lebih belajar untuk menggunakan ketegasan pada tempat yang sepatutnya...perlu lebih berlapang dada, dan menjadi pendengar sebelum bersuara... kerna itulah diam itu dikatakan lebih baik kan... bila banyak bicara, banyaklah pula kebodohan yang mendatang...

Ya ALLAH, kurniakan aku kekuatan... tunjuki aku jalan... terasa seperti sudah mahu berhenti untuk berfikir... berhenti berfikir tentang diri sendiri... aku hanya mahu berserah... pohon agar ALLAH lembutkan hatiku... buangkan egoku... andai ini yg terbaik, lapangkanlah dadaku...

Benarlah kata orang... kita sering menyakitkan orang yang kita sayangi... so mulai hari ini saya akan terus berusaha untuk lebih bersabar... haih susah btul la kalau jadi org yg kepala angin ni :p ... So hwaiting2!!! Ubah diri sendiri dulu, baru boleh nak ubah orang lain… kan kan kan?

Assalamualaikum w.h.b.

Dalam perjalanan ke office tadi, saya bersama-sama dgn officemate saya berborak-borak mengenangkan kembali kenangan indah waktu kami masih belajar di Korea dulu… pelbagai kenangan yang tak mungkin dilupakan, segala pahit manis tergaul mesra… Sambil berbual-bual, tiba-tiba sahabat saya itu meluahkan rasa “hairan” yang amat sukar difahami

Keluh kesah tanda gelisah… sungguh sukar untuk kami fahami…

“Dulu Na* pernah tanya A, tanya dah solat ke belum… dia mengaku la dia tak jaga sangat solat dia..”
“Iye Na? Dia ngaku la eh... ermm pelik kan…”
“Ye la, kalau pergi mana-mana, tengok wayang ke apa, agak tak syok la kan bila pilih time maghrib… Bilanya nak solat kan? A kata dia tak sempat nak seolat sebagainya…Na* cakap la, takde alasan orang kat Malaysia nak tinggal solat. kitorang kat sini(Korea) siap solat tepi tangga, tengah-tengah padang, tepi lift… kadang2 car park… tak kira tempat, asal boleh tunaikan solat, akan ditunaikan… tak kira ke mana saja kami pergi, apa juga kami buat, bila tiba waktu solat, kawan2 akan sama2 ingatkan…”
“aa betul, tak kira tempat kan… asal bersih kita jadikan tempat solat…siap orang tengok… buat muka pelik2 segala “


“ Tu la, sedangkan kat Malaysia surau merata-rata… mudah benar nak tunaikan solat tapi masih ramai lagi yang meringan2kan solat ni… ringan sungguh kan… rasa taknak buat ditinggalkan camtu je… Bukan kita nak tunjuk baik min, tapi rasa geram dan mmg tak faham kenapa suka sangat dok bagi alasan dan senang sangat nak tinggal2 solat ni…”
“so lepas Na* terangkan camtu apa A kata?”
“Dia tanya balik, ye ke? Alhamdulillah lepas tu dia kata dia dah berubah, sampai kawan-kawan dia pon pelik…bila nak ajak pegi makan lepas kelas, dia kata nak solat dulu, takut terlepas waktu…Tp Na* ckp kat dia blk, takpe la kawan2 kata pelik pon, bukannya berubah pada benda tak elok kan…”

*************************************************************************************

MAKAN ITU WAJIB KAN?

Alhamdulillah, kawan Na* si A tu dah berubah, tergerak sudah hatinya untuk menjaga apa yg wajib bagi kita umat ISLAM… Solat itu wajib, jadi tak seharusnya kita ringan2kan kewajipan itu… MAKAN itu wajib bukan? Kalau tak makan, manusia akan sakit… jadi semua orang beratkan soal makan… nasihat macam2 kita dengar dari orang yang kita sayang… nasihat yang sama juga selalu kita berikan pada orang yang kita sayang…

“Makan on time ye’’, “Makan yang berkhasiat”, “Makan pelan-pelan, jangan gelojoh”, “Nak rasa lagi sedap makanan tu, kena feel betul2 rasa dia… kena nikmati betul2 masa makanan tu masuk mulut”…

Waaaa… macam2 cara dan nasihat orang bagi bila berkaitan tentang MAKAN…sebab apa? Sebab MAKAN itu WAJIB!!! Kalau tak makan, manusia sakit… kalau tak makan manusia mati…

SOLAT itu apa HUKUMnya ye? Bukankah SOLAT itu WAJIB?... jadi sepatutnya nasihat yang sama patut kita berikan pada orang2 yang kita sayang…

“SOLAT on time ye’’, “SOLATlah dengan KHUSYUK”, “SOLAT pelan-pelan, jangan gelojoh”, “Nak rasa lagi sedap SOLAT tu, kena feel betul2 rasa dia… kena nikmati betul2 masa SOLAT tu dilaksanakan, baru datang seronoknya bersolat”…

*************************************************************************************

TIADA ALASAN

Seperti yang sahabat saya Na* katakan, bukan nak tunjuk siapa baik, tapi ini kewajipan kita… manusia hidup perlu saling ingat mengingati…itu pesan nabi...Alhamdulillah, saya punya teman-teman yang sentiasa ingat-mengingati... Alhamdulillah ALLAH letakkan saya bersama kawan2 yang tak pernah pentingkan diri, yang sentiasa fikirkan tentang asas2 agama sbg pendinding kami tak kira ke mana jua kami pergi... kami terlalu menyayangi semasa sendiri, dan atas dasar kasih sayang itulah, kami sering jaga-menjagai, menyedari hakikat jauh dari kelompok ISLAM sejagat, menyedari tiada yang dekat untuk menegur tingkah kami, maka masing2 memainkan peranan menjaga untuk rakan masing-masing...

SOLAT itu tiang agama maka seharusnya kita sentiasa memberatkannya… kalau tiang AGAMA itu goyah, maka runtuhlah agama itu sendiri… Dan kerana itu jugalah saya bersyukur pada ALLAH kerana mengurniakan saya kawan-kawan yang sentiasa tidak meringan-ringankan solat... ALHAMDULILLAH...

Sebaik pulang ke Malaysia, hati ini sungguh senang sekali... Ke mana saja kita pergi, tempat untuk menunailan solat sangat tidak sukar untuk dicari... maka kita di sini tak punya alasan untuk abaikan kewajipan...Benar sekali!!! TIADA ALASAN untuk kita umat ISLAM yang tinggal di MALAYSIA ni untuk tidak memunaikan solat. Tidak kita di mana, pasti ada surau… nak atau tidak sahaja sebenarnya…

Bertuahnya kita di sini, nak ke mana-mana, tak perlu bawa sejadah, tak perlu bawa kompas, tak perlu nak susah2 pakai Khuf. Sila rujuk link ini untuk keterangan lanjut tentang khuf http://www.duniadeen.com/2009/07/menghadapi-musim-sejuk-tips-02.html....

Nak pergi shopping? Shopping kompleks ada surau, nak pergi jalan2? R&R ada kat sepanjang highway… nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat? Masjid merata-rata… cantik-cantik dan indah belaka… Telekung? Rasanya tak perlu bawa pon takpe… masjid2 dan surau2 kita sekarang dah sediakan telekung yang bersih… Hatta di office kita pon sekarang dah ada surau… kalau takde surau yang office sediakan sekalipun, pasti ada bilik2 kecil yg kita boleh guna bila-bila masa saje untuk solat kan?

Bagi yang pernah hidup di rantauan, di Negara yang ISLAM adalah asing, pasti tau betapa sukarnya untuk menunaikan rukun ISLAM ke-2 itu. Sukar kerana tiada tempat yang mudah untuk kami singgah… sukar kerana tiada tempat yang disedikan untuk kami menunaikan solat… namun itu tak pernah dijadikan alasan… Alhamdulillah, saya punya teman yang sentiasa mengingatkan… yang WAJIB itu tetap WAJIB…

Ya, yang wajib itu tetap wajib… maka kami sangat sedih bila ditanya tentang arah qiblat, ada yang melopong… bila kami tanya tentang telekung, ada yg menjawab… “tak biasa solat kat ofis, susah la… nanti nak make up semula leceh”

Sedihnya rasa...pentingnya make up tu ye? Sampai solat itu jadi susah? Sampai solat itu melecehkan? Sampai solat itu boleh ditinggalkan? Maka ditanya pula“dah tu tak solat ke?”, “Qada’ je kat umah…” jawapan itu lebih menyedihkan… Kasihan pada mereka yang kurang faham tentang hukum menqada’kan solat… sememangnya ISLAM tidak menyusahkan penganutnya… kita sering dimudahkan… tapi perlulah kena dengan caranya....

Allah mahukan kemudahan bagi kamu dan tidak mahu kesukaran bagi dirimu’ [Al-Baqarah: 185]

Bukankah Islam itu mudah dan praktikal diamalkan di mana sahaja kita berada? Jamak, Qasar… segalanya adalah kemudahan yang dipbrikan kepada kita.. Hatta nak solat dalam kenderaan pon boleh, tak jadi masalah tapi perlu tau caranya… kerna itulah ilmu penting dalam beragama… Pabila kita tahu cara dan kemudahan yang ALLAH kurniankan pada kita, maka takkan timbul lagi ALASAN untuk meringan2kan solat…
Marilah sala-sama kita mendirikan solat sebelum kita disolatkan… Wassalam.

Assalamualaikum w.h.b.

Ada yang tanya saya, susah ke nak belaja bahasa korea ni? ermm awalnya susah la jugak kot, dan seikhlasnya sampai skarang pon saya rasa bahasa korea ni susah... tp korean alphabet tak sesusah yang pernah saya bayangkan dulu... nak blaja tulisan korea mmg senang je... anda nak belaja? jom kita baca sumber yg saya dpt dari http://thinkzone.wlonk.com/Language/Korean.htm
=
Korean Alphabet (Hangeul)

Most English speakers think Korean has thousands of characters, like Chinese, but it actually has a very simple and logical alphabet, which you can learn in a few minutes. The alphabet was invented in 1443 during the reign of the Great King Sejong. There are 14 basic consonants and 10 basic vowels. Letters that have similar sounds also have similar shapes, so it is easy to learn.
You can hear how the letters are pronounced on other web sites, such as indiana.edu/~koreanrs/hangul.html.

The letters are grouped into syllable blocks containing an initial consonant (which may be silent or double), one or two vowels (below or to the right), and sometimes a final consonant (below).

Now, can you "decode" these words?


Try to write your name in Korean. You can look up your name in Korean on other websites, such as chinese-tools.com/names/korean.

You can find a lot more Korean on the web. Even if you are like me and don't know any Korean words, you can have still have fun "decoding" some words in a Korean text, such as words borrowed from English, the names of famous people, place names, and product brand names.

Ok, itulah sumber yang saya dapat drpd link yg saya bg kat atas tadi...Nanti kalau ada masa, saya share sket ilmu kurniaan ALLAH pada saya yg tak seberapa ni ye ;)
wassalam...

Assalamualaikum w.h.b.
Berikut sambungan keistimewaan WANITA di sisi ISLAM... last entry dah senaraikan 25 kelebihan, skarang ni meh kita tengok apa lagi keistimewaan2 wanita... banyak tau...

26. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

29. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

30. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

31. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.

32. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

33. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

34. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

35. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

36. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

37. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

38. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

39. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

40. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

41. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

42. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

43. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

44. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

45. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

47. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

48. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

49. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

50. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

51. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

52. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

53. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

54. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Tatkala saya mula membaca semua ini, saya jadi langsung tak jemu, saya baca berulang kali hingga hati terasa sebak sekali... mulia sungguh ISLAM meletakkan saya sebagai seorang wanita... hebatnya ganjaran yg diberikan untuk seorang wanita... namun sebagai wanita, terlintas dibenak ini secara tiba-tiba... "layakkah aku dimuliakan hingga sebegini rupa andai aku tak membentuk diri untuk menjadi sebenar2 muslimah acuan al-quran?" Semoga dengan sentiasa bermuhasabah diri, kita mampu untuk terus memperbaiki segala kelemahan diri... wassalam...

Link Within

Related Posts with Thumbnails

About This Blog?

My photo
Pemilik blog ni bukanlah rajin menulis sangat...tapi kadang2 bila dia menggatal, dia akan suka bebel panjang2 ^^ sekadar coretan sederhana dr insan yg serba kekurangan...

Calendar

Annyong...



Followers


Lagu Pilihan


Powered by Blogger.