Assalamualaikum w.h.b
Hai cik blog; agak bersawang dah kamu ni ye~~~ hihi tuh la kan tuan dia sendiri dah lama tak jenguk... mungkin kerana komitmen yg agak banyak sekarang ni sampai tak sempat nak luangkan masa utk kamu cik blog... tp mmg pon, andai kata sy nak update something pada blog ni, ianya takkan mengambil masa yg sikit...
So untuk kesekian kalinya saya ingin mencuba sedaya mungkin meminimumkan masa... mampukah? ok... saya start menaip tadi jap 10.25 pm, kita tgk nanti pukul berapa blog ni akan selamat di post dengan sempurna mengikut kehendak hati jiwa dan ragaku...
LOKASI ? huhu title entry ni mmg seolah2 nak tanya lokasi orang lain, hakikatnya saya nak bgtau lokasi saya ye... hehe... skarang ni berada ni Kluang... bermula episod baru dalam kerjaya saya esok... akan cuba sedaya mungkin mencurahkan "Love, Service, Kindness" kepada warga2 Kluang yang memerlukan...
Saya teramat mengharap training, support dan bantuan yang bakal saya berikan di sini memberi manfaat pada semua... dan berapa lama saya akan berada di sini bergantung pula kepada setakat mana saya mampu nak train staff sampai boleh berdikari, dan setakat mana saya diperlukan di sini ^^ harap takkan lebih dr 3 bulan...
ninah pon dah dekat nak abes final xm... nasib baik... kalau tak kesian mak dengan ainul tinggal berdua... ini kali pertama saya bekerja di luar KL dan menetap... masa kena keje kat Seremban dulu saya ulang-alik.. apa2 pon ini akan membuatkan saya akan TERLALU MERINDUI mereka bertiiga!!! rindu nak peluk mak malam2.... dan rindu nak tido dengan bantal busuk saya jugak... haha...
Ya Rabb, permudahkan segala urusanku, yang ku harapkan agar pengorbanan ini tidak menjadi pengorbanan yang sia2... ku harapkan kerelaan ini menjadi kerelaan yang berbuah hasilnya...ku harapkan jua pengorbanan ini mampu memberikan sinar dan senyuman pada banyak wajah....
PERNGORBANAN? berkorban sangat ke? haha konon la kan.... padahal takde apa pon... apa2 pon saya dah rasa sangat rindukan mak saya dah ni... ok sampai sini dulu kemengarutan ku... dan kini aku hanya ingin membayangkan permulaan yang baik utk esok... Semoga Kau sentiasa bersamaku Ya Allah... amiin...
-- tamat menaip 10.35pm-- [agak pantas untuk saya ^^ ] assaaaaaa....
Assalamualaikum w.h.b
Hakikatnya sebagai seorang yang mengakut dirinya seorang Muslim, wudhuk; adalah perkara yg paling asas untuk kita ketahui... bukan susah pon kan... dari kecil lagi saya dah hafal cara nak ambil air sembahyang... sbb apa? sbb dari kecil lagi saya dah tau, org Islam kena sembahyang, kalau nak sembahyang, tak sah sembahyang kita kalau takde wudhuk, jadi kena la berwudhuk dulu kan...
Tak salah kalau buat, malah lebih baik...tp daripada kita main buat je, adalah lebih baik kalau kita tau samada apa yg kita buat tu sunat atau rukun.... Mengapa mesti tau nak kena tau ianya rukun dan sunat dalam berwudhu'? jawapannya TIDAK SAH wudhu' seseorang yg tdk dpt membezakan di antara rukun wudhu' dengan yang sunat... semoga ALLAH ampunkan kelemahan kita... Hakikatnya wudhu' ini tidaklah sukar, yang menjadi sukar apabila pemahaman kita itu salah...
RUKUN WUDHU'
1. Niat.
2. Membasuh wajah(muka termasuk hidung & mulut).
3. Membasuh kedua tangan hingga sampai kedua siku.
4. Menyapu kepala pd bahagian yg ditumbuhi rambut.
5. Membasuh 2 kaki sehingga ke buku lali.
6. Tertib (mengikut urutan).
PERKARA SUNAT
1. Membaca Basmallah.
2. Membaca doa wudhu'
3. Membasuh kedua tangan sebanyak 3 kali sambil berdoa.
4. Berkumur sambil membaca doa.
5. Membersihkan hidung dengan memasukkan air de dlm lubang hidung sambil berdoa.
6. Disunatnya juga membaca doa sebaik sahaja selesai membasuh anggota2 wudhu' yg wajib.
7. Membasuh anggota2 wudhu' sebnayak 3 kali.
8. Membasuh kedua telinga.
9. Disunatkan menyelat2 jari tangan pada jari2 kaki ketika membasuh kaki.
Saya pernah mendengar satu teguran dari seorang bapa kepada anaknya:
"eh, tak cukup tu basuh kepala... rambut tak basah betul, basuh kepala sampai ubun2" kata seorang bapa pd anak lelakinya...
"tapi ustaz abang kata kan abah, kita basahkan kepala tu maksudnya kenakan air pada kulit kepala... tak perlu sampai basahkan rambut sampai ke ubun2"
"dah tu kalau rambut tak basah mcm mana nak sampai kulit kepala?, tu la taknak faham betul2 ustaz ajar".
ermm jadi mana satu yang betul? seingat saya,pernah saya diajarkan oleh seorang ustaz, tak perlu sampai lencun kepala tu... ckp sekadar basahkan sejemput di mana2 bahagian kepala yang berambut dan ratakan air itu hingga ke kulit...
Nabi dan para sahabat berwudhu' tanpa menggunakan banyak air. 500ml air boleh digunakan utk 2 kali wudhu'... Ringkas kata 2 org boleh berwudhu' dengan air botol mineral yg kecik tu... tapi kita org Malaysia ni boleh ke buat mcm tu? ada yang bersoal dan berbisik2... "boleh ke? ishk tak puas la..." terdengar bisikan tu ke telinga ustaz, maka jawapan ustaz mudah sahaja...
"rasa mcm saya ni menipu, tp ibu-ibu, ayah-ayah... inilah ajaran nabi kita... tak perlu membazirkan air, kita terlalu mewah dengan air jd sebab tu seronok je guna... insyaALLAH lepas ni kit acuba didik diri kita utk berjimat dan ikut sunnah Rasulullah...kalau semua org Islam kat Selangor ni dapat buat mcm tu, terkejut SYABAS, bill air smua tmpt terutama skali masjid dan surau jadi rendah" kata beliau sambil berseloroh...
Islam itu mudah, yang penting pemahaman... erti "basuh" tu bukanlah sampai nak basahkan anggota2 wudhu' tp hakikatnya meratakan air ke bahagian anggota-anggota wudhu'... sbb tu juga kita dipesan utk sentiasa menuntut ilmu agama... sungguhpun dah tau, tp kadang2 banyak benar kekeliruan... tambahan pula manusia kan... pelupa...jd menimba ilmu yg kita dah tau ni pon ibarat polish... btul tak?
KEISTIMEWAAN ORANG YG BERWUDHU'
Orang yang sentiasa mengambil wudhu' apatah lagi yg sentiasa mengekalkan wudhu' sentiasa berada dlm perhatian ALLAH SWT. Antara kesitimewaannya itu ialah menghapuskan dosa yg dilakukan sebelumnya. Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
Dari Abu Hurairah R.A, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda; " Apabila seseorang hamba Muslim atau Mukmin mengambil wudhu', maka ketika dibasuh mukanya, keluarlah dari mukanya itu semua kesalahan yg dilakukan oleh 2 matanya. Apabilal dia membasuh tangannya, maka keluarlah semua kesalahan yg dilakukan oleh kedua2 tangannyabersama air atau titisan wudhu'nya. Apabila dia membasuh kedua2 kakinya, maka keluarlah semua kesalahan yg dilakukan oleh kedua2 kakinya itu bersama titisan air yg terakhir dari wudhu'nya, sehingga dia bersih dari segala dosanya" (Riwayat Muslim)
InsyaALLAH pada kesempatan yang akan datang akan saya kongsi kan doa2 yg disunatkan sebaik selesai membasuh setiap anggota2 wudhu'... ada banyak juga perkara2 berkaitan wudhu' tan tayammum yg agak menjadi kekeliruan tp Alhamdulillah dah pon dihuraikan oleh ustaz Dato' Khalid dalam kuliah "Kesempurnaan Solat"...
Bila dengar guru2 agama bercerita tentang ibadah, terasa benar begitu cincai sekali saya beribadah... mudah2an sedikit demi sedikit ilmu yang kita perolehi dapat mencantikkan lagi ibadah kita... Bukan mudah nak sempurnakan ibadah, tetapi sekurang2nya kita berusaha untuk mermperbaiki ibadah kita dr perkara yg paling asas... insyaALLAH mudah2an kita sentiasa berada dalam rahmatNya...sentiada jua diberikan petunjuk olehNya... wassalam.
Assalamualaikum w.h.b
Seingat saya kali terakhir saya panjat memanjat2 ni pd tahun 2008... haha tu pon dekat 서락산(Gunung Seorak)... ooo yg itu sesungguhnya mencabar.. tinggi dan jalannya berbatu2... tp best... view dia mmg cantikkk... sungguh besar keagungan tuhan... indah benar ciptaanNya... sayang saya xde gambar nak upload sekarang... kalau tak lupa nanti saya try upload gambar gunung seorak... mmg cantik tak terkata...
Jadi pagi tadi waktu nak naik tu saya mmg semput... serius jantung rasa berdegup kencang sungguh bila semangat sangat nak naik cepat... sampai ada jugak rasa kepala pusing tadi... nampak sangat la stamina xde kan... haihhh... tp Alhamdulillah akhirnya sampai jugak ke atas... dan kat atas tu agak2 best... saya amik masa sejam 15 minit utk sampai ke atas... rehat2 kat atas tu selama stgh jam... siap main2 buai lagi :-P
ok la, saya pon dah malas nak merepek dah... kesimpulannya ok jugak la hiking kat Bukit Saga ni... bunyi riang2 pon ada... desiran anggin dan air mmg buatkan diri rasa tenang... tapi kan masa naik mmg susah, tp nak turun senang sangat... sama juga dgn kehidupan kita kan? nak capai sesuatu bukan mudah... perlu ada kegigihan, ketekunan dan kesungguhan, tp utk hilang apa yg kita dah capai tu senang sangat.... ujian paling besar utk org yg berana di atas, kerana bila tak di jaga kedudukan samada atas hal2 duniawi atau ukhrawi, maka dengan mudahnya dia akan jatuh merudum ke bawah, dan bila dah jatuh, bukan senang nak naik semula...
ok sampai sini dulu repekan saya... daaa... wassalam wbt...
Assalamualaikum w.h.b.
-
Sebelum membaca perkongsian sy di bawah, apakata tgk vid kat bawah ni dulu ye... baru bleh faham sket apa itu disleksia ni.., ;)
-
-
Seringkali saya berbincang dengan mak, khuatir dengan masa depan Ainul...
Adakah Ainul dilahirkan sebagai anak yg memang lambat menangkap? adakah ini ujian yg akan ALLAH tunjukkan jalannya? pelbagai persoalan bermain di minda... menyedari keluhan ini, ada kawan terdekat, seorang kakak yg sangat2 mengambil berat memberikan nasihat dan tunjuk ajar... sebagai seorang guru, beliau punyai banyak pengetahuan... jd Along pesan, budak2 yg mcm Ainul ni memerlukan kesabaran yg sangat tinggi dr kita... kita perlu bersabar mengajarnya dan sesi pembelajaran perlu dibuat berulang-ulang... kena banyak mengajar dia sambil tunjukkan benda...
Punyalah gigih along ni, sampai temankan kami cari buku di Popular... buku Bacalah Anakku" sangat2 bagus kata along...masa tu stok buku dah habis... so takpe lah, kami ckp pd along, lain kali kitorang cari kat MPH pulak ke... tp along tak stop bantu sampai situ je... dibelikan buku tu utk Ainul dan along hantar sampai ke rumah... terima kasih along...
Memang -adik nampak sangat sungguh2 masa tu... diajarkan padanya setiap hari...tp bila masuk ke page lain... page yg belakang dia lupa... masih lg keliru dengan beberapa huruf membuatkan kadang2 tahap kesabaranku benar2 dicabar... terasa geram bila adik cepat sangat hilang tumpuan... dan tipu la kalau saya kata saya tak pernah marah dia... memang sentiasa akan marah.... bukan sengaja, tp saya nak dia tau, saya serius utk ajar dia, jd saya nak dia juga serius belajar...
-
Macam2 cara dibuat tp perkembangan ainul lambat... tak secepat yg kami jangkakan... hingga kadang2 membuatkan sy hampir putus asa... saya tak faham kenapa ainul malas... kenapa ainul tak boleh bagi tumpuan... ainul lembap? TIDAK!!! 100% jawapannya tidak... dia BUKAN lembap, apatah lagi kurang pintar... kerana dia sangat2 senang menangkap perkara2 yg dia SUKA... kalau dijelaskan sesuatu perkara, Ainul menjawab dengan baik... mampu bercerita semula dengan baik... dan dia seorang yg sangat bagus daya pemerhatian... daya ingatannya juga sangat2 kuat... sejak dihantar ke sekolah agama, banyak perkara yg keluar daripada mulutnya membuatkan saya terkejut...
Di awal usia 3 tahun, dia dah tau membezakan sebutan makhraj bacaan al-quran dengan hanya mendengar saya menjelaskan sebuatan-sebutan itu pada seeorang yg saya ajar di rumah... apa yg diperkatikan di luar, dia akan buat semula aksi2 itu di rumah... daya imaginasi ainul sangat2 hebat... dan dia juga boleh berikan tumpuan pada lukisan dan mewarna... dia ada kecenderungan yg lain... terutamanya dr segi penghafalan... kalau nak diikutkan tumbesarannya lewat 1 tahun berbanding kanak2 biasa...
Kerana kecekapannya dalam menilai sesuatu sangat2 baik... kami sendiri jadi tak faham kenapa Ainul ada masalah dengan huruf, nombor dan duit syiling... kenapa terlalu banyak kekeliruan dengan perkara yg melibatkan membaca, menulis dan mengira... dan mengapakah Ainul masih belum dapat menguruskan dirinya secara asas walaupun sudah berusia 8 thn? adakah kerana Ainul anak bongsu dan dimanjakan sejak kecil?
-
Dahulunya itulah andaian saya... Ainul terlalu dimanjakan, maka dia tdk tahu berdikari... Ainul terlalu dilindungi, maka dia tdk tahu bagaimana caranya utk dia melindungi dirinya sendiri... tapi hari ini... selepas menyaksikan drama DISLEKSIA, segalanya terjawab... saya kini mulai mengenali siapa adik saya sebenarnya... sememangnya dia insan istimewa... dan sememangnya perkara ini bukanlah suatu kerisauan hakikatnya satu perkara berupa ujian yg memerlukan kesabaran...
-
Apa itu Disleksia sebenarnya? menurut wikipedia,
"Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir."
-
Jadi hari ini saya mmg sibuk sangat surf tentang disleksia... dan mmg ramai sangat orang2 terkenal pon ada masalah disleksia... so ini membuatkan hati saya berbunga2... ini perkara yg bukan luar biasa sebenarnya cuma tak ramai yg mengetahui tentangnya(atau mungkin saya sahaja yg kurang pengerahuan sebenarnya)...
-
Alhamdulillah, akhirnya Dia bukakan jalan utk kami... utk kami lebih memahami Ainul... utk kami lebih memberikan tumpuan kami kepadanya dlm keadaan yg dia perlukan... Ainul bukannya perlukan lindungan semata2... tapi dia perlu diajar cara2 utk dia berdikari dan menguasai serta mengatasi kelemahannya... dan usaha itu perlu dimulakan oleh kami...
-
Saya ada terbaca beberapa blog tentang bekas2 pengidap disleksia... dia adalah satu keadaan yg boleh dirawati, tetapi andainya dibiarkan boleh melarat hingga dewasa... dan bg yg telah mampu mengatasi disleksia berkata "sebelum pandai membaca, saya sering dikatakan bodoh oleh kawan2... ye la dah darjah 4, masih tak tau membaca... tapi lepas pandai membaca, kawan2 semua terkejut sbb pencapaian akademik saya lebih baik dr mereka... daya imaginasi juga melampaui kawan2...." dan hati sangat2 lega bila ramai antara bekas pengidap disleksia mengatakan bahawa pengidap disleksia sebenarnya lebih banyak keistimewaan cuma mereka memerlukan sokongan dan dorongan utk memperbaiki kekurangan mereka...
-
Sambil mencari2 maklumat tentang Disleksia ni, saya terjumpa satu buku berjudul "It's called Dyslexia" tulisan Jennifer Moore-Mallinos.
Ermm betul2 saya nak baca buku ni... utk mengenali siapa adik saya sebenarnya... dan bagaimana cara terbaik untuk kami membantunya.... Syukur kupanjatkan padaMu ya ALLAH kerana Kau berikan HidayahMu ini... perkongsian ini bukannya utk membuka bekung di dada kerana saya tak pernah anggap ini sebagai satu perkara yg memalukan, sebaliknya ingin berkongsi dgn sesiapa sahaja yg ingin mengetahui tentang disleksia ni... dan seandainya anak2 atau adik2 anda bermasalah dalam mengebali huruf dan sebagainya... jangan dihina mereka...
Assalamualaikum w.h.b
Kalender dibelek-belek macam org jakun yg tak pernah jumpa kalender... dah 2 hari berturut2 buat interview... jumpa semula dengan beberapa org junior korean program... rasanya masih teringat lagi wajah2 comel tu waktu orientasi dulu... seolah2 tak percaya ms berlalu dengan begitu pantas... " hai... budak2 ni pon dah abes study... dah nak keje dah lepas ni..." bebel hati sendiri....
Batch 85 pulang ke Malaysia 27 February yg lepas.... "oh, sama dengan tarikh saya kembali ke Malaysia dulu~!" ... yang membezakan cuma tahunnya... saya 2009, dan mereka 2011~! "uwaaa... dah 2 tahun berlalu... ishk ishk ishk...."
Dalam kesibukan mencari generasi2 baru untuk bekerja di Ceragem, saya juga sibuk menguruskan jadual dan preparation untuk lawatan ke korea.... pejam celik pejam celik, malam esok saya dan 7 org staff yg lain akan ke sana.... 8 orang kami akan ke sana selama 8 hari.... bila dihitung2 semula; "eh, ye la... kali terakhir kaki ini berada di Korea pada 27 feb 2011~! makanya ini bererti setelah 2 tahun, saya akan ke sana semula...."
Kalau sebut 2 tahun tu mcm lama je kan.... tp bila fikir-fikir balik macam sangat2 cepat... apa2 pon saya sangat2 tak sabar nak tunggu tibanya 5 march 2011. B'day kawan baik saya, Siti Norhafishah Bt Abd Wahab.... kawan dr kecik lagi ni... dia adalah org yg terlalu rapat di zaman kecil saya dulu.... org yg tau n kenal saya sejak saya masih hingusan lagi... tp bila masuk sek menengah Fishah masuk TKC.... tinggal la kawan dia sorang ni kat sek biasa je...
Walaupun dah tak sama sek, tp masih contact... setiap kali cuti kami akan berjumpa... dan yg plg menarik, kami sering berutus surat... ohhhh, sweetnyaaaa rasa zaman tu... melalui fishah juga saya banyak kenal kawan2 TKC.... ntah apa dia cerita kat kawan2 TKC dia tu sampai dorang pon nak kenal saya... main utus2 surat jugak... hehehe... comelllnyaaaa zaman belasan tahun tu~!!!
Fishah, ingat lagi tak kita pernah keje kat kedai perabot lepas SPM dulu? waaaa mcm2 jugak pengalaman kita rupanya kan? plg tak boleh lupa BPKKR.... zaman sek rendah yg ntah apa2... kalau diingatkan balik konfem gelak sampai pecah perut~!!! apa maksud BPKKR tu? ada ala2 Badan Pencegah Rasuah je kan? hehehe
Dan saya juga tak sabar kat tunggu 5 March sbb saya akan ke HQ Ceragem di Korea... tak sabar jugak nak masuk kilang Ceragem... n Research lab ceragem... semoga selamat smuanya ^^ tp kan skarang ni korea sejuk sangat.... tgk tadi -6 degrees... dah lama tak rasa keadaan ni...
Semoga segalanya berjalan dengan lancar... harap dapat juga jumpa dengan adik2 yg masih belajar kat sana nanti... ok itu je la setakat ni... dah malas nak bebel dah ^^ wassalam
-
Lama sungguh masa yg saya ambil untuk post entry terbaru... mungkin sbb takde idea nak menulis, dan saya juga kekurangan masa utk menaip... maklumla speed menaip agak lambat, dan kalau sekali menulis saya akan membebel panjang lebar, jd hakikat tu seringkali juga membatalkan niat saya utk mencoret2 di ruangan ini... rindu mmg dah rasa rindu giler... tangan ni pon mcm dah menggigil kempunan menaip :)
-
Alhamdulillah, sungguhpun sejak kebelakangan ni saya agak kekurangan masa di alam maya, tp masa saya banyak dihabiskan dan diisi dengan penuh bermakna bersama keluarga, kawan2 dan kenalan... dan pada saya tahun 2011 ini juga memberikan permulaan yg baik untuk saya... semoga apa juga cabaran yg mendatang dapat ditempuhi dengan baik dan penuh ketenangan...
-
Kadang2 bila teringatkan zaman muda2 dulu(erkk adakah ini pengakuan luar sedar dr saya? haha agak sedar diri jugak yg diri ini semakin tua rupanya :p), bnayak sungguh memori2 indah yang mampu buatkan saya tersenyum sendiri... ada juga yang membuatkan air mata bergenang lalu menitis... ada yg ingin diulang, dan ada yg diharapkan agar tak pernah wujud dalam sejarah silam...
-
Hakikatnya hidup ini takkan indah seandainya warnanya hanya cerah... lukisan juga memerlukan warna gelap untuk mewujudkan ton berwarna yg boleh menghasilkan perspektif, dan bentuk dimensi yang lebih INDAH... maka, jelasnya di sini, yang INDAH itu tak semestinya yang CERAH... INDAH itu adalah hasil gabungan CERAH & GELAP... kombinasi yang sempurna antara kedua2 elemen ini, diadunkan pula dengan idea kreatif, pandangan mata tajam dan ayunan tangan yang memegang berus secara tekun dan bersungguh2... akan menghasilkan sebuah lukisan indah yg mampu memikat hati sesiap saja yg memandangnya...
-
-
Kita sebenarnya adalah tangan yang sedang mewarnai kanvas kehidupan kita... indah atau tidak lukisan hidup kita bergantung kepada bagaimana kita melihat perjalanan hidup kita itu sendiri... seandainya pandangan kita membawa kita pada tindakan yang betul, maka tangan2 kita juga akan bermain dengan berus2 kehidupan kita untuk terus melakar, mewarna dan mencorakkan kanvas dengan baik...
Sungguhpun yg datang itu HITAM... yang datang itu GELAP, tapi seandainya kita tau di mana perlu kita letakkan warna GELAP, dan dimana pula warna CERAH perlu dicoretkan... maka KEINDAHAN KANVAS akan wujud dalam ciptaan minta, yg diperhatikan oleh mata seterusnya digerakkan oleh tangan yg menjadi penentu kepada arah yg kita tuju dan inginkan... -
Kesinambungan antara mata, minda dan gerak tubuh adalah gabungan yang penting dalam menentukan hala tuju kita... maka gabungkanlah ketiga2 elemen ini sebaik mungkin untuk memastikan tahun 2011 ini menjadi tahun yg bermakna buat kita semua ^^ ....
-
SEDIKIT PERKONGSIAN...
-
Dalam siaran ulangan LIGA ILMU berjudul "JUTAWAN FAKIR" tadi, saya tertarik dengan satu perisian yg ingin saya kongsi dan abadikan di sini...
-
Dalam menjalani kehidupan seharian, adalah baik seandainya kita mewajibkan kepada 5 hukum kehidupan seperti berikut :
-
1) Perkara yang WAJIB --> WAJIB DILAKSANAKAN (Perlu dilaksanakan)
-
2) Perkara yang SUNAT --> WAJIB DIPERBANYAKKAN (Adalah baik diperbanyakkan)
-
3) Perkara yang HARUS --> WAJIB DIKURANGKAN (Sebaiknya dikurangkan)
-
4) Perkara yang MAKRUH --> WAJIB DITINGGALKAN (Adalah lebih baik andai ditinggalkan)
-
5) Perkara yang HARAM --> WAJIB DIJAUHKAN (Sesungguhnya teramat perlu dijauhkan)
-
-
SEKALUNG TAHNIAH...
--
Tahniah buat 2 org sahabat saya... IERA dan NORMA yang telahpun selamat diijabkabulkan pada 5 feb yg lepas(semalam la kan...)... maaf la ye sbb min tak dpt nak hadirkan diri dalam kedua2 walimah kalian... satu kat kuantan, satu kat bukit mertajam... mmg dan plan nak pegi tp kereta kebal saya merajuk lagi... pomen kata takleh bw jauh2... nak repair cpt2 pon sparepart xde... cuti chinese new year kn... kedai sparepart pon tutup...
-
Apa2 pon didoakan kalian bahagia kekal abadi hingga ke akhirnya... sekian dulu ye.... tata titi tutu... wassalam whb.