~ Life is a precious gift ~

"The fragrance of flowers spreads only in the direction of the wind. But the goodness of a person spreads in all directions!"

Assalamualaikum w.h.b.
-
Sebelum membaca perkongsian sy di bawah, apakata tgk vid kat bawah ni dulu ye... baru bleh faham sket apa itu disleksia ni.., ;)












-


Pada jam 9 pagi tadi, saya menjadi "Mr. Bean" sebentar, menekan2 remote astro satu persatu(peminat Mr bean mesti tak lupa ada satu adegan mr bean jakun dengan remote control tv, menekan dari satu channel ke channel yg lain)... "apa ye cerita yg best nak tgk pagi2 ni?" detik hati sendiri...


Saya pon menekan satu persatu channel info dan tiba2 hati tertarik dengan tajuk cerita "DISLEKSIA". Satu perkataan yang begitu asing bagi saya, namun benar2 menarik minat... seolah-olah ada satu tarikan yang luar biasa(sejak bekerja, sy mmg malas layan drama walaupun drama itu bukan drama bersiri) Lantas menekan synopsis cerita :


"Mengidap Disleksia sejak kecil, Dani mempunyai kelebihan menghafal apa jua yg didengarinya. Tapi, kelebihan Dani tidak mencukupi bagi bapanya Rahman. Saksikan Disleksia di Astro Prima"
-


"kelebihan menghafal? macam Ainul..." bisik saya sendiri...


"Ninah, meh tengok cite ni... akak rasa kita bleh dpt something~!" Saya memanggil adik kedua utk sama2 menyaksikan drama tersebut... -




Apa yang ada di dalam drama tersebut benar2 telah mengalirkan air mata saya... tersentap jiwa... seolah2 saya baru mengenali adik bongsu saya; Ainul Mardhiah... segala gelora jiwa yg bermain di benar ibu Dani sememangnya apa yg ada di jiwa mak saya... cara ibu Dani menguruskan Dani, tak ubah sedikit pon dengan rutin harian mak pada Ainul...


- perlu dimandikan


- perlu diuruskan, dibedakkan


- baju sekolah perlu dipakaikan


- stoking, kasut sekolah perlu dipakaikan


- buku yang perlu dibawa ke sekolah juga menjadi tugas ibu mengikut jadual


- kuat berangan...


-
Seringkali saya berbincang dengan mak, khuatir dengan masa depan Ainul...


"bila agaknya Ainul akan matang ye mak? mcmn nak buat ye? akak risau dengan masa depan dia... kalau kita tak ada nanti macam mana?"


"takpe kak, ni anugerah ALLAH... Dia sedang menguji kita... kak tau kan adik sakit teruk dulu... dia lambat berkembang...kita doa dan usaha utk atasi masalah dia ye..."


Ainul mula bersekolah sejak berusia 5 tahun... sejak di usia itu, ujian yg mendatang menyebabkan fokus pada pendidikan awalnya terabai... waktu di tadika KEMAS, cikgu tadika kata, Ainul ok, cuma kurang fokus... dia hanya boleh bg tumpuan dalam 10 minit pertama, kemudian dia akan 'hanyut' dan pemikirannya akan merewang2...


Pada awalnya kami fikir, Ainul belum bersedia utk bersekolah... bila di ajar di rumah, dia mmg susah sangat nak bagi tumpuan... "malas la belajar..." tapi bila keluar ke mana2, bila ditanya "Ainul nak apa?", barang yg akan dicapainya ialah BUKU... mainan bukan pilihan Ainul... dan dia akan tidur dengan pensel dan buku di tangan...


Bezanya, Ainul bukan seorang yg suka utk belajar perkara baru, tapi seorang yang suka "MENGULANGI APA YG DIA TAU"... kami fikir itu masih lagi perkara biasa... tdk mahu memaksa kerana kami tahu dia juga ada penyakit... Ainul tak boleh tertekan dan ditekan... tak boleh dipaksa... seorang yg terlalu sensitif dan perasaannya bila disentuh dan dimarahi akan memberi kesan pada jantungnya.... itulah kerisauan kami yg menyebabkan kami hanya akan menyuruh Ainul belajar apa yg dia mahu...




Bila masuk ke pra-sekolah... ayah mengidap kidney failure... kami sekeluarga perlu ke hospital utk buat hemodialis 3 kali seminggu... Ainul tak boleh tinggal dengan orang lain... dia hanya mahu mak di depan matanya... bila ke hospital utk tujuan hemodialisis, perjalanan dan proses rawatan akan mengambil masa kira2 6 hingga 7 jam sehari... masakan mambu mak tinggalkan Ainul sendiri... jadi dia akan dibawa bersama... dalam seminggu Ainul hanya akan ke sekolah 2 atau 3 hari... prestasinya sememangnya tidak memberansangkan... namun fikir kami "Ainul jarang ke sekolah... kat rumah pon kita takde masa nak ajar... takpe la nanti dia dah masuk darjah 1, mesti adik boleh baca dan menulis kan..."




Malangnya hingga tamat darjah 1, Ainul gagal membaca... dia keliru dengan huruf dan nombor... apatah lagi dengan sebutan... sehingga Ainul terpaksa di masukkan ke kelas pemulihan... mengira syiling juga masih menjadi perkara yg asing bagi Ainul... tengok jam juga masih belum mampu... masakan saya, ninah dan mak tak khuatir dengan keadaannya? keadaan ini menyebabkan kami lebih melindunginya... setiap hari adik perlu diingatkan dengan banyak perkara....

Adakah Ainul dilahirkan sebagai anak yg memang lambat menangkap? adakah ini ujian yg akan ALLAH tunjukkan jalannya? pelbagai persoalan bermain di minda... menyedari keluhan ini, ada kawan terdekat, seorang kakak yg sangat2 mengambil berat memberikan nasihat dan tunjuk ajar... sebagai seorang guru, beliau punyai banyak pengetahuan... jd Along pesan, budak2 yg mcm Ainul ni memerlukan kesabaran yg sangat tinggi dr kita... kita perlu bersabar mengajarnya dan sesi pembelajaran perlu dibuat berulang-ulang... kena banyak mengajar dia sambil tunjukkan benda...

Punyalah gigih along ni, sampai temankan kami cari buku di Popular... buku Bacalah Anakku" sangat2 bagus kata along...masa tu stok buku dah habis... so takpe lah, kami ckp pd along, lain kali kitorang cari kat MPH pulak ke... tp along tak stop bantu sampai situ je... dibelikan buku tu utk Ainul dan along hantar sampai ke rumah... terima kasih along...

Memang -adik nampak sangat sungguh2 masa tu... diajarkan padanya setiap hari...tp bila masuk ke page lain... page yg belakang dia lupa... masih lg keliru dengan beberapa huruf membuatkan kadang2 tahap kesabaranku benar2 dicabar... terasa geram bila adik cepat sangat hilang tumpuan... dan tipu la kalau saya kata saya tak pernah marah dia... memang sentiasa akan marah.... bukan sengaja, tp saya nak dia tau, saya serius utk ajar dia, jd saya nak dia juga serius belajar...
-
Macam2 cara dibuat tp perkembangan ainul lambat... tak secepat yg kami jangkakan... hingga kadang2 membuatkan sy hampir putus asa... saya tak faham kenapa ainul malas... kenapa ainul tak boleh bagi tumpuan... ainul lembap? TIDAK!!! 100% jawapannya tidak... dia BUKAN lembap, apatah lagi kurang pintar... kerana dia sangat2 senang menangkap perkara2 yg dia SUKA... kalau dijelaskan sesuatu perkara, Ainul menjawab dengan baik... mampu bercerita semula dengan baik... dan dia seorang yg sangat bagus daya pemerhatian... daya ingatannya juga sangat2 kuat... sejak dihantar ke sekolah agama, banyak perkara yg keluar daripada mulutnya membuatkan saya terkejut...

Di awal usia 3 tahun, dia dah tau membezakan sebutan makhraj bacaan al-quran dengan hanya mendengar saya menjelaskan sebuatan-sebutan itu pada seeorang yg saya ajar di rumah... apa yg diperkatikan di luar, dia akan buat semula aksi2 itu di rumah... daya imaginasi ainul sangat2 hebat... dan dia juga boleh berikan tumpuan pada lukisan dan mewarna... dia ada kecenderungan yg lain... terutamanya dr segi penghafalan... kalau nak diikutkan tumbesarannya lewat 1 tahun berbanding kanak2 biasa...

Kerana kecekapannya dalam menilai sesuatu sangat2 baik... kami sendiri jadi tak faham kenapa Ainul ada masalah dengan huruf, nombor dan duit syiling... kenapa terlalu banyak kekeliruan dengan perkara yg melibatkan membaca, menulis dan mengira... dan mengapakah Ainul masih belum dapat menguruskan dirinya secara asas walaupun sudah berusia 8 thn? adakah kerana Ainul anak bongsu dan dimanjakan sejak kecil?
-
Dahulunya itulah andaian saya... Ainul terlalu dimanjakan, maka dia tdk tahu berdikari... Ainul terlalu dilindungi, maka dia tdk tahu bagaimana caranya utk dia melindungi dirinya sendiri... tapi hari ini... selepas menyaksikan drama DISLEKSIA, segalanya terjawab... saya kini mulai mengenali siapa adik saya sebenarnya... sememangnya dia insan istimewa... dan sememangnya perkara ini bukanlah suatu kerisauan hakikatnya satu perkara berupa ujian yg memerlukan kesabaran...
-
Apa itu Disleksia sebenarnya? menurut wikipedia,
"Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir."
-
Jadi hari ini saya mmg sibuk sangat surf tentang disleksia... dan mmg ramai sangat orang2 terkenal pon ada masalah disleksia... so ini membuatkan hati saya berbunga2... ini perkara yg bukan luar biasa sebenarnya cuma tak ramai yg mengetahui tentangnya(atau mungkin saya sahaja yg kurang pengerahuan sebenarnya)...
-
Alhamdulillah, akhirnya Dia bukakan jalan utk kami... utk kami lebih memahami Ainul... utk kami lebih memberikan tumpuan kami kepadanya dlm keadaan yg dia perlukan... Ainul bukannya perlukan lindungan semata2... tapi dia perlu diajar cara2 utk dia berdikari dan menguasai serta mengatasi kelemahannya... dan usaha itu perlu dimulakan oleh kami...
-
Saya ada terbaca beberapa blog tentang bekas2 pengidap disleksia... dia adalah satu keadaan yg boleh dirawati, tetapi andainya dibiarkan boleh melarat hingga dewasa... dan bg yg telah mampu mengatasi disleksia berkata "sebelum pandai membaca, saya sering dikatakan bodoh oleh kawan2... ye la dah darjah 4, masih tak tau membaca... tapi lepas pandai membaca, kawan2 semua terkejut sbb pencapaian akademik saya lebih baik dr mereka... daya imaginasi juga melampaui kawan2...." dan hati sangat2 lega bila ramai antara bekas pengidap disleksia mengatakan bahawa pengidap disleksia sebenarnya lebih banyak keistimewaan cuma mereka memerlukan sokongan dan dorongan utk memperbaiki kekurangan mereka...
-
Sambil mencari2 maklumat tentang Disleksia ni, saya terjumpa satu buku berjudul "It's called Dyslexia" tulisan Jennifer Moore-Mallinos.


Ermm betul2 saya nak baca buku ni... utk mengenali siapa adik saya sebenarnya... dan bagaimana cara terbaik untuk kami membantunya.... Syukur kupanjatkan padaMu ya ALLAH kerana Kau berikan HidayahMu ini... perkongsian ini bukannya utk membuka bekung di dada kerana saya tak pernah anggap ini sebagai satu perkara yg memalukan, sebaliknya ingin berkongsi dgn sesiapa sahaja yg ingin mengetahui tentang disleksia ni... dan seandainya anak2 atau adik2 anda bermasalah dalam mengebali huruf dan sebagainya... jangan dihina mereka...











Kaji dan fahamilah apa itu disleksia... dan pd sesiapa yg ada maklumat tentang disleksia ni... silalah berkongsi dengan saya ye... terima kasih semua... wassalam wbt.






8 comments:

min,adik hang darjah berapa sekarang??kalau sah dia dyslexia kena ada surat pengesahan doktor n kena msk kelas pendidikan khas..kelas aliran perdana memang tak sesuai utk dia...
memang betul,org yg ada dyslexia ni memang bijak sbnrnya...

This comment has been removed by the author.

salam matun...skarang dia darjah 2 matun...ermm tuh la aku skang ni pon tgh dok cari info pasal dyslexia ni... ermm ada jugak terbaca psl surat drpd doktor.. camne ye nak dpt sst pengesahan tu? nak kena jumpa pakar kanak2 ke camne?

This comment has been removed by the author.

salam..
terlebih dulu nak tanya, sekolah adik cik tu ada kelas pendidikan khas integrasi tak? kalau ada, boleh rujuk terus kepada mereka.
kalau tak ada, boleh rujuk kat sini
http://ppkismksriaman.blogspot.com/p/prosedur-kemasukan-murid-murid-ke.html

ini prosedur kemasukan murid ke kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
apa yang penting, buat dulu pemeriksaan pakar kanak2 untuk mengesahkan samada adik cik disleksia atau bermasalah pembelajaran yang lain.
ini adalah kerana, kanak2 disleksia tiada masalah dalam pengurusan diri seperti mandi, berpakaian dan lain2.

sintom2 paling mudah dikenalpasti untuk kanak2 disleksia ialah kesukaran dalam membaca, menulis, mengira dan mempunyai daya tumpuan yang pendek. kesukaran membaca bukan kerana faktor biasa tetapi kerana mereka cenderung melihat huruf2 dengan terbalik.

dari apa yang saya baca mengenai adik cik, adik ainul mempunyai ciri2 autisme, seperti mengulangi perkara yang disukai, tidak suka dipaksa dan sensitif, daya imaginasi yang kuat dan juga minat dalam lukisan dan mewarna. boleh google mengenai autisme.

mengenai kebolehan ainul dalam bacaan al quran itu bukan perkara luarbiasa bagi kanak2 istimewa. sebahagian besar kanak2 istimewa memang diberi anugerah dalam membaca al quran.

saya bukan pakar kanak2, tapi guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran. nasihat saya, dapatkan appointment dengan pakar kanak2, jangan dengan doktor biasa.
bila sudah disahkan, bolehlah mohon untuk penempatan di dalam kelas khas. borang boleh diambil dari jkm. buatkan sekali kad oku. ini untuk memudahkan urusan di sekolah dan di mana2 sekali pun.

insyaALLAH, ainul boleh menjalani kehidupan yang lebih berdikari dan sempurna bila ada pelbagai dorongan dan sokongan yang membantunya.

Salam najihah... terima kasih atas komen yg panjang lebar... buat masa sekarang adik saya dimasukkan ke kelas pemulihan utk 3M...
saya memang berhasrat nak bawa dia jumpa pakar kanak2... sebolehnya kita nak cari penyelesaian terbaik utk dia kan..

ermm tp apa yg saya tahu setakat ni tentang disleksia, mereka juga kurang kemampuan utk menguruskan diri.. bukan kerana mereka tak boleh buat, tp mereka tak tau utk belajar sendiri... mmg kita kena latih dan didik sampai mereka tahu...

dan contoh2 yg saya nyatakan tentang adik saya tu mmg contoh yg diberikan juga oleh pakar disleksia... dari segi pembelajaran mereka mmg ada kekeliruan dgn 3M..tp dlm menguruskan diri jg ada masalah termasuk dengan daydream... sbb pd awalnya lg saya rasakan adik saya ada disleksia atas faktor pengurusan diri dan sikapnya yg moody...

itu yg menguatkan pandangan saya yg adik saya ni ada disleksia...apa yg saya tuliskan ni pon bukan dr ilmu pengetahuan yg mndlm.. smmuanya hasil bacaan saya yg sangat2 la sikit...

terima kasih najiha sbb banyak membantu saya... saya juga berminat nak tau apa itu autisme... org yg mendekati kanak2 mcm najiha lebih faham tentang kanak2, jd terima kasih banyak2 atas perkongsian ni, saya amat2 menghargainya...

Alhamdulillah setakat ni ainul dah boleh mmbaca sikit2... tp cuba sebutan 2 suku kata... kalau bunyi yg ada penutup konsonan tu masih lagi keliru... dan sy juga sntiasa berdoa agar perkara ni dpt atasi sebaik mungkin utk masa depan dia...

terima kasih lg skali najiha..semoga DIA shj dpt mmembalas segala keprihatinan najiha...saya tak tau nak panggil cik ke puan...boleh mintak email address? send kan ke email saya ye yasmin.matnazri@gmail.com tq. wassalam

salam..
jika pakar mengesahkan adik ainul disleksia, maka mudahlah untuk menyediakan pengajaran dan pembelajarannya.
kanak2 disleksia memang cenderung moody kerana perasaan rendah diri. lagipun kelemahan dalam membaca, menulis dan mengira boleh menjadi beban kepada mereka lebih2 lagi jika dipaksa2 untuk belajar.
boleh juga cik google untuk masalah pembelajaran yang lain dan bandingkan dengan adik ainul.
selalunya, juga akan ada tips bagaimana untuk mengajar dan melayani mereka.
malah, banyak filem dan drama yang berkaitan. cuma, kebanyakkannya drama luar malaysia. drama malaysia mungkin ada tapi pernah menimbulkan kontroversi kerana apa yang dipaparkan bertentangan dengan fakta.
antara filem yang boleh cik tonton ialah, My Name Is Khan, dan drama Parenthood.
ini link untuk info bagi disleksia dan juga autisme
http://komuniti.iluvislam.com/topic/19804-disleksia-autisme-dan-terencat-akal/

selain itu, boleh juga dapatkan buku:
1.Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa oleh Jamila K.A Mohamed.
2. Mengurus Kanak-Kanak yang Susah Belajar oleh Mohd. Sharani Ahmad.
3. Anak Istimewa oleh K.A Razhiyah.

semoga dipermudahkan urusan ya.. ini email sy, lydia_najihah@yahoo.com

ini pula contoh filem disleksia
Taare Zameen Par

he.. maaf ya, banyak bagi contoh filem hindi. tapi, watak dan fakta yang dipaparkan adalah amat tepat.

Link Within

Related Posts with Thumbnails

About This Blog?

My Photo
Pemilik blog ni bukanlah rajin menulis sangat...tapi kadang2 bila dia menggatal, dia akan suka bebel panjang2 ^^ sekadar coretan sederhana dr insan yg serba kekurangan...

Calendar

Annyong...



Followers


Lagu Pilihan


Powered by Blogger.