~ Life is a precious gift ~

"The fragrance of flowers spreads only in the direction of the wind. But the goodness of a person spreads in all directions!"

Assalamualaikum w.h.b

Pejam celik masa berlalu begitu pantas... hinggakan aku mula merasakan seolah2 24jam sehari itu bukan lagi satu tempoh yang cukup...

Menoleh kebelakang; yang kulihat hanyalah lembaran compang-camping, koyak rabak, bertampal sana sini... penuh dengan cacat cela...

Harapan baru sempena tahun baru? aku hamba kerdil ini mendambakan banyak perkara yg hanya akan mampu terlaksana dengan kekuatan dan kesungguhan di jiwa,yg hanya akan tergerak andai aku berhabis daya memasang matlamat dan melaksanakan perancangan yang ada... dan yang pasti hanya akan menjadi nyata dengan izin dan dorongan dariNYA yang Maha Esa... maka aku pohon rahmat dan hidayahNya... agar DIA terus membimbingku ke jalan yang diredhaiNya...

Salam Maal HIJRAH buat semua... HIJRAH kita antara kita denganNya... janji kita, hanya Dia yg tahu, sama2lah kita berpegang pada janji kita, cuba untuk berhijrah kepada apa yg lebih baik kerana ALLAH tidak pernah lupa akan janjiNya... wassalam...


Assalamualaikum w.h.b
-
Sebenarnya skarang ni saya konon2nya sedang sibuk memasak di dapur(mak saya bising, dia kata saya dah lama tak masak huhuhu)... sambil2 masak saya dok kemas2 barang sket utk memulakan ekspedisi menjelajah Utara Selatan(bajet ekspedisi padahal keje :p)... eh tp sebenarnya hari ni kena ke JB dulu, so jelajah SELATAN UTARA la kan patutnya...
ermmm hentam je la labu... apa2 pon sama je(dialog feveret ainul, si kecik kesayangan saya tu)
-
Sambil2 tu saya update bahan2 yg ada dalam comp ni, nak cek la smuanya cukup atau tak...tapi tetiba bila on je external HD saya yg sangat2 saya chentai itu, nampak pulak folder gambar... godek2 nampak pulak folder ROMPIN...
-
lately memang terlalu merindui hidup yg pernah saya lalui di sana...saya rindu org2 di sana yg terlalu baik dah mcm ahli keluarga di sini...
Tak berniat nak cite panjang, cuma nak share gambar... atau lebih enak dikatakan nak abadikan gambar2 saat2 indah ini kat blog ni...Gambar2 ni diambil pd 1 Jan 2010... new year tu...
-
sebabkan new year, dgn azam baru la konon, saya ajak anak2 Cik Cah dan juga sorang kwn baik dorang berjogging dr rumah saya sampai ke Rantau Panjang... kalau naik kereta ada la jugak 15minit kot... takde la jauh mana... lepas subuh dah berkumpul nak tgk matahari terbit ^^
masa baru sampai

sukanya si kecik ni ^^

Love Forever




ok sampai sini saje... ermm ninah pon dah nak start cuti sem... ada rezeki kita rewang2 ke LEBAN CHONDONG nanti... daaaaa smpi sini dulu...wassalam wbt


Assalamualaikum w.h.b
-
Seringkali juga saya mendapat soalan cepumas, "suka ke dengan keje yg min buat skarang ni?", "kenapa pilih keje ni?", "tanak cuba cari keje lain ke?"... huhu banyak sekali soalan2 lain seumpama itu yang terpacul di depan muka saya seolah2 saya buat keje yg mendatangkan dosa setiap masa pulak...
-

Mungkin ramai yang tak faham, mengapa saya mengambil keputusan utk menjadi diri saya seperti hari ini(hehe poyo sket ayat)... untuk membuat keputusan melangkah kaki menyertai CERAGEM, saya mengambil masa hampir 8 bulan... memikirkan banyak perkara, dan berkali2 juga ke centre CERAGEM untuk melihat keadaan di sana...

-

Pada awalnya, saya juga seperti insan lain, langsung tak percaya dengan keberkesanan CERAGEM MASTER membantu menyembuhkan penyakit... sedangkan tika itu, ayah saya juga sedang menderita dengan pelbagai jenis penyakit... kerana terpaksa mengutamakan ayah juga, saya terfikir-fikir dan terus meneliti adakah menyertai CERAGEM ini mampu menjadi pilihan yg tepat???

-

Apabila ayah menyambut panggilan Ilahi, tiada lagi perasaan lain yg terbuku di hati melainkan ingin memastikan MAK HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT.... siapa mampu melawan takdir, siapa mampu menyekat ajal.. tapi alangkah baiknya seandainya penderitaan dan kesakitan arwah ayah tak perlu saya lihat... alangkah bahagianya seandainya ayah hidup sihat sehingga ke hujung nyawanya...

-

Satu ketika dahulu saya sering terfikir, sakit itu ujian... sakit itu juga aturan tuhan... tapi Allah juga menyuruh kita berikhtiar..."bukankah sakit yg ada dewasa ini muncul akibat pemakanan dan aktiviti seharian yang kurang sihat?"... takdir itu apa yg disuratkan ALLAH, tapi takdir itu terbahagi kpd 2 jenis, pertamanya takdir yg langsung tak boleh diubah, tetap dan tiada tertunda.... semuanya berlaku atas ketentuanNYA dan kita tak bisa mengubah... tetapi satu lagi takdir, ALLAH mentakdirkan ke atas kita di atas pilihan yang kita buat sendiri... maka saya mula mencari2 pilihan terbaik agar ALLAH mentakdirkan yang terbaik juga untuk saya dan keluarga...

-

Atas petunjukNya akhirnya saya pergi semula ke Centre CERAGEM di PJ(SS2), dan ketika itu saya mendengar testimonial daripada seorang bekas peninju negara(tak ingat pula apa namanya tp india)... uncle ni cerita dia dah 8 tahun ada masalah paru2... kerana rokok, paru2nya mengeras dan tak boleh berfungsi, jd hidupnya sehari 18jam bersama dengan mesin oksigen... tanpa mesin tersebut, dia takkan mampu bernafas....

-

Paru2nya langsung tak mampu naik dan turun... statik seperti robot, maka dia tak mampu menghirup ngan menghembuskan nafas... tetapi selepas 3 minggu menggunakan CERAGEM, dia mula merasai dadanya naik dan turun sedikit demi sedikit... ini menguatkan semangatnya untuk terus bersama mendapatkan rawatan di CERAGEM CENTRE...

-

Selepas 8 bulan penggunaan, mesin oksigen bernilai RM18k itu tidak perlu lg menjadi penemannya... air matanya mengalir, menggambarkan betapa gembiranya dia kini mempunyai hidup baru selepas mendapatkan rawatan CERAGEM... atas petunjuk ALLAH juga, akhirnya saya tekad untuk beralih arah...

-

Dan kini, saya adalah seperti saya sekarang, saban hari, saya makin menyintai kerjaya saya...biarpun terpaksa berdiri seawal jam 8 pagi untuk bersama-sama dengan ibu2 dan ayah2 ceragem saya... biarpun seawal 6.30 pagi saya dah perlu bertolak ke senawang untuk bersama-sama dengan ibu2 dan ayah2 saya di sana... dan sungguhpun sepanjang hari, saya sentiasa perlu bersama mereka untuk memberi semangat, menjelaskan tentang kaedah rawatan dan sebagainya... namun saya PUAS....

-

Saya puas kerana setakat ini saya sudah mampu melihat wajah2 kemurungan sudah mampu terseyum dan ketawa girang... ALHAMDULILLAH...syukur padaNya... sungguhpun baru sebulan lebih bersama mereka, keadaan mereka bertambah baik dan mereka juga terlalu menyayangi kami staff2 ceragem seremban seperti anak2 mereka sendiri...


Masakan kini ibu2 dan ayah2 saya itu tak mampu tersenyum girang...andainya sebulan yang lalu mereka merangkak menaiki tangga; tp kini sudah mampu berjalan laju dan berlari-lari... andainya dulu sentiasa letih dan sukar pula untuk lena di waktu malam; kini sudah berselera makan, bertenaga dan tidur bertambah lena... andainya dulu datang bertongkat, kini tongkat itu sudah boleh dijadikan alatan simpanan muzium mungkin...

-

Andainya dulu penglihatan kabur; kini sudah semakin jelas... andainya dulu lumpuh sebelah anggota, kini sdh rasa saraf2 badan makin berasa, kaki dan tangan sudah mula bergerak2... masakan tidak girang hati mereka andainya tangan yang telah bertahun tak boleh diangkat; tp kini sudah boleh diangkat dan dipusing2 360 darjah....




Andainya dulu ubat darah tinggi dan kencing manis menjadi teman yg perlu dimakan setiap hari, kini dosnya sudah berkurang...ada juga yg telahpun disahkan oleh doktor, "tidak perlu lagi makan ubat".... 6 tahun menderita migrain, tanpa ubat yg ada hanya kesakitan; tapi kini sudah sembuh sepenuhnya, ubat juga dah boleh letak ke tepi...

-

Ada juga ayahanda saya kerana parkinson, menggeletar tangan dan kaki... tapak kakinya melengkung menyebabkan lebih 2 tahun berjalan dengan tumit dan anak2 jari kaki; tapi selepas 6 kaki rawatan, dengan izin ALLAH akhirnya kakinya lurus semula... yang gaut pula, sentiasa perlukan suntikan...tanpa suntikan tak boleh berjalan....sakitnya ALLAH saja yg tahu; tp ALHAMDULILLAH, kini boleh berjalan gagah, segala jenis seafood juga mampu dijamah tanpa sebarang pantang...
-

Kesungguhan mereka sungguh saya kagumi... rawatan CERAGEM mmg berkesan, tetapi memerlukan kesungguhan, komitmen dan kekentalan... perlu menjalani rawatan setiap hari, dan yang pasti Kesakitan pasti bertamu kerana KESAN PENYEMBUHAN CERAGEM sungguh luar biasa… MESTI SAKIT DAHULU, BARU SEMBUH… mengembalikan keadaan badan kepada keadaan asal bukannya mudah, maka pelbagai reaksi badan akan datang… kerana kekotoran badan juga keluar melalui 10 lubang dari angota badan… ada yang putus asa di tengah jalan … namun bagi yang mengerti, yang benar-benar mahu hidup sihat dan sembuh dari penyakit yang dihidapi, maka ini bukan satu ketakutan yang perlu dijauhi….

-

Kini, saya tidak akan lagi kerap ke Senawang... dan saya pasti akan merindui mereka... sayang sudah bertaut... dan janji mereka pada saya, untuk pastikan mereka lebih sihat pada pertemuan akan datang.... :)

-
Ramai yang tertanya ; Adakah Ceragem master CGM-3500 ini ajaib? Dan bagaimana ia membantu dalam merawat penyakit? Rahsianya 5 perkara… Massage + Moxibustion + Accupressure + FIR + Chiropractic…. 5 prinsip CERAGEM ini merawat tulang belakang… mengembalikan tulang belakang pada posisi asal, menghidupkan (mengaktifkan semula) saraf2 yang terhimpit, membersihkan darah, membersihkan pembulur darah… sepertimana yg kita sedia maklum, punca penyakit adalah DARAH dan SARAF…






CERAGEM membantu memberbetulkan semula 2 keadaan ini, dan selebihnya, tubuh akan berinteraksi secara semula jadi, meningkatkan antibody badan dan menyembuhkan penyakit kita sendiri… itulah rahsianya dan kini saya juga telah mulai belajar dan mendekati sistem tubuh ciptaan ILAHI yg sungguh mengagumkan ini…

-

CERAGEM MERAWAT, ALLAH MENYEMBUHKAN...
bagi yang berminat nak tau lebih lanjut tentang CERAGEM, boleh melawat ke website CERAGEM...
http://www.ceragem.net/

-
Di Malaysia dah ada 10 centre setakat ni, percubaan percuma tanpa had... anda boleh mendapatkan rawatan tanpa bayaran.... centre2 ceragem terdapat di Georgetown(Tanjung Bunga;04-8991508), Ipoh(Gunung Rapat; 05-313 4505), Ipoh(Silibin; 05-526 0957), Setapak(Danau Kota; 03-4022 2800),PJ(SS2; 03-7877 6260), Subang Jaya(Subang Square; 03-5634 5151), Cheras(Pandan Perdana; 03-9274 9196), Ampang(Ampang Waterfront; 03-4292 2100), Seremban(Senawang 1;06-679 1975), JB(Taman Molek; 07-357 2580).
-
Bagi yang ingin mencuba, kedatangan anda dialu2kan...percuma tanpa had... sayangi ayah dan ibu anda? utamakanlah kesihatan mereka... Dan andainya ditanyakan lagi kepada saya kini “min, min suka ke kerja yg min buat skang ni?”, jawapannya “YA, SAYA SANGAT2 SUKA dan TERLALU MENYUKAINYA”

-
wassalam wbt...

Assalamualaikum w.h.b.
-
Alhamdulillah, di atas izinNya dan gerakan hati yang membawa kaki melangkah, sempat juga hari ini diisi dengan baik sekali... setelah agak sekian lama tidak menghadiri majlis ilmu di masjid, Alhamdulillah hari ini saya dikurniakan kesempatan yg tidak menghalang...
-
Lama dah rasanya tak rasa seronok mcm hari ni... tenang mendengar ceramah Ustaz Dato' Khalid Md Isa yang isinya mantap diselang dengan selorohnya yang mencuit hati tapi penuh erti... Apa yang menarik dan menyentuh hati saya apabila ustaz menyebut tentang soal hati yang tidak tenang dan rumah-tangga yang bertelagah...
-
Menurut ustaz, dah ramai yang merujuk kepada beliau apabila isu rumah tangga bangkit... setelah isu2 ini diceritakan sehingga 2 ke 3 jam... untaz cuba menguraikan dengan hanya beberapa soalan...
-
"Encik, encik solat jemaah tak? anak isteri solat? ahli keluarga solat?"
"Encik, encik menghadiri majlis ilmu tak?"
-
Menurut ustaz lagi, syaitan punya agenda... punya tujuan... ada jalan2 yang dibukanya untuk mengajak kita bersama2... dan apabila jalan2 yang dibuka syaitan ini kita lalui, asas kepada agama kita jauhi... maka tidak mustahil hidup akan kucar-kacir, segalanya jadi tak menentu...
-
Jalan-jalan syaitan ada 10 iaitu :
-
1) Menyuruh manusia membuat kejahatan. (kejahatan biasanya bermula dari rumah... hatta sikap memilih kasih terhadap anak2 juga sebenarnya dorongan syaitan untuk meruntuhkan institusi kekeluargaan.)

2) Mengajak manusia melakukan penipuan. (kita terbiasa dengan istilah "tipu sunat", hakikatnya penipuan menjuruskan kepada sikap tidak jujur...dan bakal menempah ketidak percayaan.tipu majikan, tipu keluarga, tipu kawan...sememangnya kita sudah terbiasa dengan amalan menipu atas alasan2 tertentu yang dianggap remeh tp hakikatnya inilah mainan syaitan)

3) Menyuruh manusia memperkatakan sesuatu tanpa ilmu. (banyak berlaku, zaman ini, ramai yang suka "berlagak pandai"... hatta seorang ayah, kerana malu pada anak, menjelaskan sesuatu yg tidak sahih akhirnya mengelirukan anaknya sendiri...)

4) Mendorong manusia kepada kefakiran. (cukuplah apa yang ada... ALLAH takdirkan kita sebegini... rezeki secupak takkan jadi segantang... inilah bahayanya pemikiran orang2 kita... redha tanpa usaha, akhirnya memiskinkan organisasi ISLAM... dan itulah kehendah Syaitan...)

5) Mendorong manusia kepada permusuhan. (tak perlu lihat jauh, ibu mertua membenci menantu, menantu tak senang hati dengan ibu mertua, ibu mertua pilih kasih... dan banyak lagi contoh2 lain...)

6) Menghasut manusia supaya menolak hukum Al-quran. (hukum ini lapok... saya terima hukum2 lain, tetapi yg ini tak masuk akal... maka kata2 ini, pemikiran ini mendorong kepada murtad... sungguhpun bermadu itu pedih, tetapi kalau si suami mampu, maka si isteri perlu merelakan... itu hak suami... namun kata ustaz... syarat2 beristeri lebih dari 1 bukan mudah... maka kepada lelaki yang ingin beristeri lebih dari satu, perlu dikaji kemampuan diri terlebih dahulu, kerana kata ustaz, seandainya tersilap satu langkah dalam hidup beristeri lebih dari satu, maka tanggunglah dosa, dan terimalah balasan di akhirat kelak...)

7) Memesongkan manusia dengan mengingkari Qada' dan Qadar ALLAH. ( manusia tidak pernah sunyi dengan ujian, dan ALLAH menguji pada kadar keimanan hamba2Nya... maka bila datang ujian, redhalah...kemudian berusahalah untuk memperbaiki keadaan kerana ALLAH menguji kita untuk melihat tahap penerimaan kita kemudia bagaimana kita menghadapi dan memperbaiki hidup ke arah kesejahteraan)

8) Menyesatkan manusia dari jalan yang lurus. ( merosakkan ibadah manusia dengan riyak dan ujud...)

9) Melalaikan manusia daripada menunaikan perintah ALLAH. ( leka dengan urusan dunia hingga kita terlepas daripada melalukan tuntutan asal dan tanggungjawab asal penciptaan manusia)

10) Membisikkan was-was dalam melaksanakan ibadah... ( hilang kyusuk dan was-was yang berterusan)

"Allah akan melupakan kita, apabila kita mula melupaiNya... maka untuk memastikan kita berada dalam jagaanNya, ingatlah bahawa Syaitan tidak bernah berhenti daripada membawa kita ke jalannya melalui 10 jalan-jalan ini..." lebih kurang beginilah kata Ustaz Khalid.
0
Ada 2 cara membenteng diri dari 10 jalan2 Syaitan iaitu :
1) banyakkan istighfar...

2) banyakkan berzikir...(a'uzubillahi minashsyaita'nirrojim)
-
begitulah lebih kurang isi ceramah yang saya dapat hari ni... mudah2kan dapat dikongsi bersama... hari ni tetiba rs mcm teringin sangat nak makan 호박죽(bubur labu versi korea)... dah agak teringin jugak sebelum ni, tp hari ni bila pergi pasar pagi tadi, nampak pulak labu yang kekuningan... maka terbukalah nafsu untuk makan 호박죽...
-
dulu tak pernah pon buat, asal nak makan je pergi kedai... tp hari ni saya try buat... tak susah pon... carik2 kat tenet... pastu try buat... yg bestnya bubur ni tak gunakan santan... makanya takde lemak.... jadi saya sangat2 suka... sangat2 baik untuk kesihatan....
-
cara nak buat???? ohhh senang saja... sila tengok di bawah ye...
-

호박죽- Bahan2nya... Labu(250g), tepung beras(lebih kurang 30g), air(200ml), garam dan gula secukup rasa....


Rebuskan labu yang dipotong dadu... ( tapi saya kukus tadi )






sila kisar labu yang direbus tadi sehingga lumat... ni skali tekan je dah lumat...







kemudian buat paste tepung beras dengan mencampur kan air pada tepung beras tersebut... masukkan air sikit2, dan kacau cepat2... kalau tak nanti tepung tu berketul2...






campurkan labu dan bancuhan tepung beras di dalam periuk anda yang tercomel sekali...







masukkan air, kemudian renihkan.... pastu jangan lupa letakkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda... gula tak perlu banyak2... sbb labu dah manis... kalau manis2 sangat pon tak sedap...





Taraaaa.... inilah hasilnya...(tp ni bukanlah gambar hasil yg saya buat ye)... nak lg sedap gentelkan tepung beras(yg mcm buah melaka/ole-ole tu) gentel kecik2 comel2... masukkan skali.... waaa mmg mantap~!) sedap di makan panas atau sejuk.... selamat mencuba~!!!

Rujukan resepi

ermm itu sajelah perkongsian untuk kali ini... saya pon nak kena siapkan preparation utk presentation esok... tata titi tutu... wassalam wbt

Assalamualaikum w.h.b


Syukur Alhamdulillah di atas anugerah yg dikurniakanNya...

Sekalung tahniah buat ninah... Syabbas Mere Behen!!! seronoknya bukan kepalang semalam menerima Anugerah Dekan daripada Y.A.B Dato' Sri Haji Adnan B. Haji Yaakob,Menteri Besar Pahang... congratulations dear...축하한다~!!! tingkatkan lagi usaha, semoga terus diberikan ketenangan, kemudahan dan ilham oleh ALLAH SWT untuk terus berjaya... akak yakin, ninah mampu...
-
Ok untuk pertama kalinya saya nak tulis pendek je :D tp ada benda nak share kat bawah ni... disebabkan saya kebosanan sket minggu ni, banyak la benda saya godek2... sampai website cite2 lawak pon saya baca... sangat2 menghiburkan... dan sungguh girang rasanya hati bila dapat ketawa...hehehe... dalam banyak2 cite lawak tu, mmg yg ni plg best~!!!
-
1)Puisi Dari Suami Untuk Isteri(nak mintak kawen lg 1)
-
Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...


*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!
-
-
2) Panggilan SAYANG Untuk Isteri

Kamal diundang kawannya makan malam.

Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata,
"Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."


hahahaha~!!! lawak2... ok nak sambung keje semula... wassalam wbt

Assalamualaikum w.h.b-

ermm agak asing juga title entry saya pada kali ni... tp takpe dah type saya malas dah nak delete :p .... niat di hati banyak perkara nak dikongsi tp masa tak mengizinkan... jadual saya agak padat sejak kebelakangan ini, setiap hari berulang-alik KL-Senawang-KL... tp hari ni tak perlu pergi... encik boss saya ada meeting kat Korea makanya saya bebas berada di ofis :D yeayyyyy~!!!-

Berbalik kepada tajuk penceritaan asal(adusss skema benar ayat saya tetiba...) saya nak amik kesempatan ni mengucapkan TAHNIAH kepada sahabat saya Mrs Basirah yg dah pon selamat menjadi isteri org pada 25th Sept yang lepas... inilah kali pertama saya berada di majlis akad nikah kawan saya... agak teruja... masa nak di akad nikah tu, saya plak yg rasa panas satu badan dan dub dab dub dab tetiba... mengalahkan org yg nak dinikahkan~!!!-

Sewaktu berada di rumah basz, sedang wajahnya sibuk diconteng2 oleh juru make-up, kami kengkawan batch 70 yg dtg pd malam tu pon sibuk la bergosip2 kat luar... tanya status memasing... jadi dah ramai juga yg dah nak mengakhiri zaman2 bujang... tahniah2~!! tp masih ramai jugak yg masih single-mingle tak tau apa status diri sendiri....huhuu kira2nya 50-50 la... al-kisahnya ada yang bertanya pada saya :
"min camne ni min...bila lagi nak sampai jodoh *****(bukan nm sebenar) ni?"
"huhu relek2...jodoh kita ni dah ada dah... cuma tak tau je lagi duduk kat mana...takpe2 doa je supaya ALLAH pelihara jodoh kita tu ye...dan diketemukan pula dalam keadaan yg baik dengan waktu yg sesuai..."
"doa je ke min? usahanya?"
"doa tu pon usaha jugak kan..." jawab saya dgn blurnya sbb tak tau dah camne nak layan soklan ini :D-

Perbualan kami sampai kat situ je, pastu sambung cite lain pulak...biasala joyah2 berjumpa, mmg banyak topik kluar.... -

Apa yang menarik minat saya, pada hari Rabu lepas...sedang sibuk bersiap2 nak pergi kerja... terdengar pulak ruangan Bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah... hari itu Dato' berbicara tentang "jodoh". Banyak la perkara-perkara menarik yang Dato' ulaskan... tp part yg paling tak boleh lupa bila Dato' kata :
"jodoh ni akan datang...bila-bila masa, so be prepared! mesti kena prepare... jangan keluar pakai kain pelekat...sape tau jumpa jodoh time tu, tak ke malu...."-

Dengan sindiran dasyat mak saya pon mula bersuara;
"aa dengar tu kak... kena sentiasa bersedia... jgn keluar pakai kain batik~!"

hahaha bantai gelak je la saya... keluar rumah pakai kain batik tu dah pernah buat dah.... ada la jugak kot dalam 3 kali... dengan alasan "tak keluar dari kereta" so saya mmg belasah je kluar pakai kain batik... jadi bahagia la mak saya time tu ada can nak perli saya @_@.-

Maka dengan muka dan nada yg tak bersalah dan bersahaja, saya pon membalas;
"ok la tu mak kalau jumpa time pakai kain batik, atleast dia tau keadaan sebenar camne... takde la nanti lepas dah jadi suami dia bising cakap 'time jumpa dulu bukan main bergaya, sekali dah kawen kain batik ngan baju kelawar je 24 jam'... ni kira tak hipokrit la ni...jujur..."
Mendengar jawapan saya yg "bernas" itu, kami berdua pon gelak terbahak2... mak memang dah mati akal dah time tu... anaknya ni memang camni, kalau sekali cakap ada je jawabnya....

Kata Dato' lagi, bagi yang masih belum bertemu jodoh,tak boleh berputus asa....dan silalah amalkan doa pendekat jodoh.... saya ada jugak cari2 petua mencari pasangan daripada Dato' tadi... bagi yg berminat nak tau sila rujuk link ini ye. Jadi bagi yg rasa dah bersedia nak berumah tangga tp tak lagi jumpa jodoh tu, boleh la amalkan doa kat bawah ni...


SELAMAT BERAMAL~!!!

Assalamualaikum w.h.b
-
Kali TERAKHIR saya menconteng blog saya ni pada 3 September yang lalu... dan hari ini saya luangkan semuala masa untuk menconteng lagi... hari ini merupakan ulangtahun kelahiran ayah yg ke 51...muda lagi ayah saya sebenarnya kan? bukan setakat muda...ayah saya juga memang ganteng sekali... hensem ok... ;)
-
Kali pertama buat saya, tdk mampu mengucapkan ulangtahun kelahirannya di saat jam 12.01 pagi...
Kali terakhir kami sekeluarga bersama-sama mengucapkan hari ulangtahun pada ayah - tahun lepas...
Lokasinya? - di rumah sewa saya di Tasik Selatan.
Satu keluarga menghantar saya ke KL sebab tiket bas lepas raya dah habis masa tu.. saya perlu kembali bekerja... dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan...ayah gagahkan diri juga untuk hantar saya ke KL... masih saya ingat lagi, sebaik sampai di rumah saya, ayah terus rebahkan diri... penat sungguh katanya... tp dalam kepenatan, masih tidak lupa mengingatkan saya untuk menghantarkan lemang pada x-housemate saya yg tengah mengandung...
-
Raya kali ini... kali pertama kami beraya tanpanya di sisi... saat itu tak mampu lagi memohon ampun atas segala dosa2 yang tak terhitung... yang kami sekeluarga mampu, hanyalah menziarahi pusaranya... mungkin selepas ini, beginilah rutin raya kami akan berterusan... ke Rompin dahulu, selepas menziarahi pusara ayah dan adik imah, terus ke keratong melawat saudara-mara di Keratong, kemudian terus memacu kereta ke Taiping pula...
Apa perasaan beraya di jalan raya? hehe menarik juga pengalamannya... ternyata bukan kami je yg beraya kat lebuh raya... ramai lagi orang2 lain... ingatkan jalan akan lengang, tapi sangkaan saya salah sama sekali... sesak jugak jalan di hari raya pertama...
-
Buat kali terakhirnya... tahun lepas, sempat juga saya belikan sepasang baju melayu untuk ayah... buat kali pertama dan kali terakhirnya, saya belikan baju raya untuknya... ayah sangat seronok sekali masa dapat baju tu... waktu sebuk tunjukkan baju2 raya untuk mak, saya katakan pada ayah "ayah, akak tak beli baju raya ayah...tak sempat nak carik, org ramai sangat..." "oh takpe, ayah dah tua, takde baju raya pon takpe..."katanya...
-
Tapi dapat dibaca dari wajahnya.. dia mengharapkan sesuatu... dibelek2 plastik yang ada...seolah-olah mencari-cari habuannya... comel sekali tindakan spontannya itu... saya tersenyum dan tertawa kecil di dalam hati...bingkas bangun ambilkan sesuatu dari bilik... sebaik sahaja saya serahkan plastik berisi baju melayu untuk ayah, senyumannya girang sekali...bingkas bangun dan terus ke biliknya... masa saya tgh sibuk2 buat benda lain, tiba2 ayah keluar... "ok tak?" "waaaaa henshemmmm sekali~!!!"
-
Mengharukan... ayah terus cuba... walaupun pemberian itu tak seberapa... tapi dia benar2 menghargainya... mungkin kerana pertama kali merasa "duit gaji" anaknya... sebelum ini ayah je yg sibuk2 belikan baju untuk kami... sejujurnya... kesemua baju raya saya adalah hasil pilihan ayah... baju2 adik2 dan mak juga sama... apa yg cantik di matanya.. itulah yg akan kami gayakan di Aidilfitri....
-
Makanya, tahun ini, kali pertama ke saya bawa mak dan adik2 ke jalan TAR... suasana sibuk di sana sangat2 menyesakkan... ketika sedang memilih baju raya untuk adik Ainul, dia tiba2 terdiam... mula buat perangai nak mengamuk... agak tidak mengerti apa yang ada di hatinya... tapi sebaik sahaja ditanya oleh Ninah, sebak mula menyelubungi hati...
-
"adik kenapa ni? adik nak baju yang mana satu?"
"adik taknak..."
"kenapa?"
"adik rindu ayah...." kata si kecil itu, dan jelas sekali air mata berlinangan di kelopak matanya...
-
Biasanya, baju raya ayah yang belikan... ayah yang pilihkan... jadi kerana itu juga mungkin dia tiba-tiba teringatkan ayah...mungkin teringatkan kali terakhir ayah pilihkan baju untuknya... Saat ketiadaan ayah, bukanlah saat yg mudah untuk diterima... bila melihat adik-adik meluah rasa, saya pasti senyum mereka, tawa mereka... kadang2 mungkin hanya buatan... untuk menyedapkan hati ini... untuk menyunting semangat agar aku juga tidak akan goyah...
-
Tahun lepas juga merupakan kali pertama saya beraya bersama keluarga setelah 6 kali menyambut lebaran di rantauan... perasaannya sungguh lain dan berbeza... siapa tahu rupa2nya tahun lepas juga adalah kali terakhir kami beraya bersama ayah...
-
Sungguhpun ayah tidak lagi disisi, sungguhpun tawanya tidak lagi mampu didengari... walaupun tubuhnya tidak lagi mampu ku sentuh...biarpun pipinya tidak lagi bisa kukucup... namun dia tak pernah jauh dari hati ini... saya yakin; ayah juga tidak pernah jauh dari hari mak dan adik2...
ermm kami ni kan anak2nya... dari segi fizikalnya, ayah memang dah jauh... tapi hakikatnya... dia sentiasa dekat... dekat di hati... dekat juga dengan kami... kerana ke mana saja kami pergi, kami tak pernah sendiri... dia sentiasa ada bersama kami... Namanya tak pernah lekang dari kami...
YASMIN MAT NAZRI;
NOR SHAKINAH MAT NAZRI;
AINUL MARDHIAH MAT NAZRI;
-
Namanya sentiasa ada disisi nama kami... dan doa kami juga takkan putus untuknya... Al-fatihah buat roh ayah, Mat Nazri Bin Halimah, juga untuk adik2ku yang lain; Mohd Ridwan Bin Salamiah, Muhammad Hidayat Bin Salamiah, Nurul Hikmah Binti Salamiah... Ya Rabb, cucurkan rahmatMu yg tdk terhingga, tanpa putus2 kepada roh arwah ayah dan adik2ku... Jauhkan siksa kubur dan azab nerakaMU dari mereka...dan tempatkanlah mereka bersama hamba-hamba yang KAU kasihi...
-
Di samping kami yang masih mampu menghirup udaramu ini, mereka mungkin akan bahagia, kami juga mungkin akan mampu saling memelihara... Tapi ku yakin Ya RABB, dalam keadaan mereka berada di sisiMu, KAU lebih mampu membahagiakan mereka... memelihara dan melimpahi rahmatMu pada mereka... dan aku yakin Ya RABB, dalam keadaan kami terpisah di antara 2 dunia ini, KAU akan lebih memeliharaku, ibuku dan adik2ku... rahmatMu yang tak pernah putus-putus, kekuatan yang KAU kurniakan sudah ckp jelas menunjukkan, KAU benar-benar memelihara kami sekeluarga... Syukur ku panjatkan ke hardatMU Ya RABB...
-
Hakikatnya dlm melewati kehidupan; sentiasa akan muncul sesuatu yang kita ungkapkan sebagai KALI PERTAMA... dan disebalik wujudnya "kali pertama" itu, awak wujud pula sesuatu yg dinamakan KALI TERAKHIR...

Assalamualaikum w.h.b

Apa la keje si Yasmin ni siap buat entry pasal masa ngan tarikh pulak ni kan? hihihi sebenarnya pagi tadi lebih kurang pada pukul 6.47 pagi, sedang saya asyik mendengar celoteh Aznil di radio Era, tiba2 satu hentakan yg agak dasyat telah berlaku... ada sesuatu menghentam belakang kereta saya...

"Ya Allah~!" dub dab dub dab dub dab... jantung saya berdegup kencang... terimbas pula kenangan pertama kali saya terlibat dengan kemalangan masa tgh drive sorang2... time tu pkl 10mlm, dekat depan TPM~oh eksiden time tu lebih dasyat sampai saya hilang punca, hilang kawalan lalu terbabas menghentam devider jalan... tapi kali ni saya cuba mengucap panjang~cuba untuk bertenang...

Saya pon mengerling ke cermin dalam kereta, tak nampak satu kelibat pon... tengok side mirror pon sama... yg saya nampak cuma ada teksi kat belakang saya... maka dlm keadaan yg tenang dan macho, saya pon tekan la warning triangle button kat dashboard kete saya tu... lepas tu bukak pintu and terus tengok kete saya kat belakang tu...

"ishk2... siannya kamu kete...sampai penyek gini jadinya..." bisik hati saya sambil geleng2kan kepala sket... mentang2 la kete saya ni dah berusia, dilanggar je sesuka hati... sob sob sob...




Saya pon terus ke teksi belakang saya tu... Encik teksi tu pon membuka cermin keretanya... oh saya fikir saya je yg bertenang, rupa2nya dia juga nampak bertenang sekali.... terdetik kat hati saya "eh macam tak rasa bersalah je muka dia ni..."

Maka dengan machonya saya pon mendekatinya dan memulakan bicara :
"Encik, encik langgar kereta saya ke tadi?" agak cool jugak la nada saya time tu...
"Bukan saya cik... yang langgar tadi tu motor, dia pecut ke depan dah..."
"oh ye ke?" sambil menoleh ke depan...
"a..ah la, motor tu dah pergi... hihi takpe la encik, terima kasih la ye...maaf jugak sbb saya ingatkan encik yang langgar tadi, sbb tu saya tanya encik..."
-
Ponnn ponnn~!!! kereta2 yang ada kat situ pon dah bising2 dah... so saya pon dengan muka tebal seinci tadi terus masuk dalam kereta dan meneruskan perjalanan ke tempat keje... seb baik la saya tak sembur encik teksi tu tadi... kalau tak buat malu je...

Buat mereka-mereka di luar sana yang menaiki motor, saya tau anda hebat menyelit2... tapi sila lebih berhati-hati... kalau kereta je yg rosak takpe...takut nanti diri anda yg terpenyek... dibuatkan tersembam ke tanah sampai terpenyek idong... aaa kan dah susah, raya dalam keadaan idong rompong... kalau langgar kete yg mcm kete saya ni takpe la kan... tp cuba bayangkan langgar BMW ke.. mercedez ke... tak ke naya...
-
Bila saya terkenang-kenangkan semula pasal kejadian tadi, saya rasa org yang bawak motor tu mesti dah jatuh, sbb memang saya tak nampak kelibat dia pon... saya rasa dia tak cedera teruk sangat sbb dengan slamber nye bleh nak memecut lari, so maknanya tak teruk sangat la kan... Alhamdulillah la ALLAH kurniakan ketenangan pada saya hari ni... walaupun bumper kereta saya tu dah rebeh sebelah tp saya masih cool... berkat Ramadhan mungkin...

Alhamdulillah takde pon rasa nak marah atau apa... nak kena repair kereta tu nanti tak tau la nak abes berapa pulak, tp bak kata ayah, "itu bukan rezeki kita..." ermm itulah antara kata keramatnya setiap kali ada musibah melanda. Dan ayah juga selalu kata "jadi apa2 pon kena kata Alhamdulillah... ni semua mesti ada hikmah..." Ayah memang sentiasa berfikiran positif, sebab tu biar apa pon yang berlaku, dia tak pernah nampak gusar atau susah hati yang melampau... redha je sentiasa... terima kasih ayah atas didikan dan tauladanmu itu... akan kucuba mencontohimu dan mengamalkan didikanmu itu...

Balik je dr ofis tadi, saya singgah kejap dekat kedai ketuk ngan spray kete, tp ramai la pulak orang... ermm mungkin ramai nak mekap2 kereta sempena raya ni kan... so saya pon malas nak tunggu lama... sesak2 kat situ sure kena tunggu lama... jadi saya pon terus je blk rumah...
-
Elok sampai ke kat rumah, henfonku berbunyi "ring ring ring".. ku angkat ku dengar suara... telefon berbunyi "ring ring ring" kuangkat ku tanya siapa...eh tetiba teringat lagu ni plak... lagu masa sekolah rendah... darjah 2 ke 3 ntah blaja lagu ni time kelas muzik... sape yg lahir tahun 80-an mesti familiar ngan lagu ni kan?
-

Sambung cite balik~~~ saya pon angkat call tu, bos saya call...

"야스민, 넌 한국에 있었을때는 비자 쓰냐?"
yasmin, masa kamu dkt korea dulu ada guna Visa ke?
"아뇨 사장님, 안 썼어요... 말레이시아 사람들이 한국에 가면은 비자 필요 없고 여관만 있으면은 들어갈수 있어요..."
tak sajangnim, tak guna...orang Malaysia kalau pergi Korea tak perlu ada visa, ada passport dah boleh masuk...
"어, 그래? 필요 없지? 그러면 구경하러 가도 여관 만 있으면 가능하지?"
oh ye? tak perlu kan? kalau camtu andaikata nak pergi melancong pon ada passport je dah boleh kan?
"예 사장님, 가능합니다..."
ya sajangnim... boleh...
"어, 알았어...고마워...암튼 잘 쉬구 네일 아침 8시에 만나자..."
ok, noted...terima kasih...apa2 pon selamat berehat, jumpa pukul 8 pg esok...

Waaa... dia tanya pasal visa dan passport ke korea... adakah dia nak bawak saya outstation ke korea pulak? hahaha berangan la yasmin... mesti encik bos saya tengah berfikir2 dan mengira2 tentang kos untuk bawa staff2 yang cemerlang ke Korea bulan 1 tahun depan... Disebabkan janji dah terlafaz, maka rakan2 sekerja CERAGEM yg dikasihi... sila bekerja bersungguh2 dan tunjukkan prestasi cemerlang ye... sajangnim dah janji setiap centre akan ada wakil yg pergi ke Korea jalan2 nanti...

Ermmm sekian saje la repekan untuk kali ini, selamat mengisi sisa2 Ramadhan yang berbaki ini... Mohon maaf pada semua atas segala salah dan silap... ada rezeki kita beraya face to face ye... insyaALLAH... wassalam...

Assalamualaikum w.h.b -

Sejak menjejakkan kaki ke Bulan Ramadhan pd kali ini, jadual hidup saya agak tunggang terbalik... sentiasa sampai ke rumah lewat malam... boleh dikira berapa kali sahaja saya sempat berbuka dengan ibu tercinta... selebihnya? berbuka di R&R, di dalam kereta, di dalam meeting room dan ada juga kalanya saya dibaluti keresahan memikirkan situasi kerja yg membuatkan saya gelisah tentang waktu Maghrib yang sudah dihujung2 menghampiri Isyak lalu tergesa-gesa melaksanakannya di mana sahaja asalkan sempat... di dalam kereta juga sudah terbiasa...nasib baik encik bos memahami, walaupun dia bukan Islam, tapi dia tau saya perlu laksanakan tanggungjawab saya...
-
Kesibukan dunia sentiasa mendahului... kebetulan atau adakah ini suratan? ketentuan yang ditetapkan untuk menguji kesungguhan saya? ermm... terkilan, agak terkilan... kerana kesempatan Ramadhan kali ini tidak mampu saya isi dgn ibadah yg sepatutnya... tapi bila saya fikir2kan semula "bukankah kerja itu juga tanggungjawab dan amanah yag merupakan ibadah? kerja seikhlas hati juga punyai ganjaran di sisiNya, jadi andaikata saya mengeluh dengan kesibukan saya, kemana perginya nilai ibadah dalam kerjaya saya itu?"

ok ok... saya tak mengeluh ok... saya cuma nak meluahkan rasa terkilan saya dengan peluang yg tak mampu sy rebut je :-P tapi keje tetap keje, tak pernah pulak nak rasa susah cuma badan agak kecapekkan sedikit sejak kebelakangan ini... saya sentiasa perlu terkejar2 ke sana dan ke mari tanpa henti di siang hari, dan kerja berlarutan juga hingga pkl 8~9 malam.... Alahai cik min, bukan selalu pon camni kan... dah smpai kat keadaan lambakan keje dan masalah timbul bertimpa2... makanya berusahalah untuk menyelesaikan kesemua itu satu persatu secepat mungkin supaya segalanya berjalan lancar ;)
-
Sebaik saja sampai ke rumah semalam... jam dah menghampiri 11 malam... mak pon dah berbaring tunggu masa je nak 'hanyut'... sambil sembang ringan2 dengan adik2, tiba2 terkeluar soal desktop kat rumah tu...

"ninah on tadi, takde bunyi kak... nape ngan speaker tu? dah on, lampu(LED) pon nyala je tapi takde suara..."
"aiyok, awat pulak? ke tak pasang plug?
"kalau tak pasang plug takkan lampu(LED) speaker tu nyala kak..."
"a..ah kan, ye tak ye... hehehe"


Lepas tu teringat pulak semalam mak ada cakap...
"akak, kura-kura(air-revitalisor) dah tak bergerak dah motor dia..."
**********************************************************


RESAH GELISAH :
-
Lepas sahur pagi tadi, saya terus on computer... nak check apa yang jadi... Alhamdulillah bila bukak je window tu terus keluar suara... lega rasanya... mungkin ada kesilapan teknikal sket semalam...

Sebelum subuh, dah terdetik di hati "bawak la 'kura2' tu pi jumpa penjual dia balik...awat jadi gini.. baru je sangat beli, dah la hadiah bday mak tu..."

Gelisah betul saya bila barang-barang yg ada kat rumah tu tak berfungsi dengan baik... saya memang pantang kalau dengar perkataan "rosak", kan best kalau kita ada sesuatu barang tu, dia takkan rosak, dan terus dapat menjalankan tugasnya dengan baik kan? takyah pening kepala... tapi bila dia dah rosak, saya pon mula la pening kepala @_@ cepat2 nak bawak benda2 tu pergi jumpa 'doktor' mereka supaya dapat berfungsi semula seperti biasa...
********************************************************

KITA SEBAGAI PELIMIK:
-
Usai saje solat subuh, terdetik saya satu perkara... tentang keadaan KITA SEBAGAI PEMILIK....

Sebagai pemilik yang telah memiliki sesuatu, kita selalu akan RESAH bila harta kita tu dah tak berfungsi... kadang2 boleh huru-hara hidup... masih jelas reaksi officemate saya bila tiba2 blackberry miliknya tetiba je mendeletekan smua data2 yg ada... terserang virus kalau tak silap saya time tu... pucat lesi muka, berpeluh2... resah gelisah... "habis la nombor2 member hilang nanti... ada lebih drpd 400 nombor ni..."

Bercakap tentang HP, skarang ni smart phone menjadi pilihan ramai... walaupun sy tak pakai smart phone tp jauh di sudut hati kalau ada mmg best la kan... multifunction sape tak sukaa.... satu phone boleh buat macam2 keje... punyai pelbagai fungsi... nak tepon member boleh, nak sms,mms,video call,nak main tenet boleh, fb boleh... nak jadikan recorder boleh, tangkap gambar bleh, tangkap video bleh...nak jadikan mp3 boleh,mp4 boleh...nak dengar radio pon boleh.... ishkkk banyak lagi la fungsinya.... sbb tu ramai yang mengidamkan barang2 yg multifunction ni, sanggup ikat perut untuk menjadi pemilik kepada barang tersebut... barang baik la katakan....

Sekali tetiba barang yg multifunction ni rosak pulak... ringtone phone bunyi tak kuat... speaker ada prob, atau skrin phone tu tiba2 makin kelabu, sampai kadang2 gelap sekali sekala... atau tiba-tiba internet tak bleh connect... ishk huru hara betul phone ni... cepat2 bawak pergi jumpa 'doktor'...

Setelah beberapa kali pergi repair.... masalah yang sama muncul... kadang2 rosak yang lain pulak datang... haihhh naik give up+geram dah ni... kejap ok kejap tak... rasa NAK HEMPUK pon dah datang!!!

Dalam dok geram-geram tapi masih sayang... ye la benda berjasa pada kita kan... banyak kenangan... pastu harta kesayangan plak tu... dalam geram-geram sayang tu, kita ketuk sket phone tu kat meja..."kelepuk".... tak kuat mana pon...ketuk2 manja... lepas ketuk tu; "aik, magic!!! dah ok... aaa nak kena ketuk sikit rupanya.... hehehe". Maka hati pon berbunga2 semula... "aku sayang kat ko ni phone oi! so jgn buat perangai lagi ok..."

Tak berapa lama lepas tu, Sekejap ok, sekejap tak... marah-marah sayang dah jadi geram-geram benci... hati mula membara... bila lalu je kedai handphone, mata dah start jeling-jeling kat handphone baru... dengan malu-malu kucing siam, sikit demi sikit kaki terseret ke kedai phone... survey2...tanya2 harga handphone baru... terdetik jugak la kat hati... "duit tak berapa cukup ni, blackberry kesayanganku, sila jgn buat perangai selalu ye, repair pon makan duit jugak... kalau tambah-tambah duit repair ko tu, aku dah bleh beli i-phone dah ni..."

Kesabaran manusia ada hadnya... tetiba blackberry tu pon terus menggelapkan dirinya... tak nampak apa dah kat skrin tu... "hai ko ni blackberry, mmg dah habis hayat dah, ermm gaji dah masuk ari ni... takpe la beli i-phone baru la... gudbye blackberry..." kedepuk... dengan rasa berbesar hati, si pemilik blackberry ni tadi melemparkan blackberry yg pernah menjadi kesayangannya itu ke dalam tong sampah... matanya bersinar2 nak dapatkan i-phone kejap lagi...
*****************************************************

ALLAH SEBAGAI PEMILIK:

Semua tau, kita semua di dunia ini adalah milik ALLAH SWT... tadi telah kita letakkan diri kita sebagai seorang pemilik... sekarang mari kita lihat ALLAH sebagai pemilik... ALLAH menciptakan kita ke dunia ini kerana DIA juga terlalu ingin memiliki kita sebagaimana kita terlalu mengidamkan sesuatu untuk dimiliki... Dia ciptakan kita dengan satu tujuan yang jelas....

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi." (Al Baqarah: 30)

" Ingatlah ! Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Ku." (Az Zariyat : 56)

Andainya barang-barang milikan kita punyai fungsi pada kita, kita juga punyai fungsi pada PEMILIK HAKIKI kita... dan fungsi kita jelas seperti difirmankan oleh ALLAH SWT. Sepertimana kita menyukai barang yang multifunction, ALLAH juga menyukai kita yang multifunction... seorang hamba yang berfungsi sebagai seorang hamba yang baik... seorang anak yang mentaati ibu bapa, seorang saudara yang mengutamakan sauda-saudaranya yang lain... seorang ibu/bapa yang mampu mendidik anak-anak menjadi generasi yang baik... seorang teman yang setia dan sentiasa memberi lebih dr menerima... seorang pekerja yang melaksanakan tugas dengan ikhlas dan amanah... dan sebagainya.... makin banyak peranan dan fungsi kita... akan semakin menarik minat ALLAH untuk DIA TERUS MEMILIKI kita....

Dan, tatkala kita mula "ROSAK" ... adakah ALLAH akan mendiamkan diriNya sekiranya DIA sayangkan kita? sudah tentu tidak bukan? ALLAH akan berusaha me'repair' kita mengikut kerosakan kita... andai rosak hati, ditiupkan hidayah pada kita... tak sedar lagi? diuji sedikit untuk kita kembali padanya.... masih tak sedar? dikurniakan kita orang-orang perantara yang menasikatkan kita, memberi makanan jiwa pada kita agar kita sedar dan insaf... kita hantar barang2 kita jumpa doktor2 mereka, tapi ALLAH bawa doktor2 itu menghampiri kita... agar dengan itu, kita akan berubah dan kerosakan kita akan dalam diperbaiki....

Tapi apa yang berlaku, seperti mana yang kita tau, iman manusia ini ada pasang surutnya... sekejap tinggi, sekejap rendah.... sekejap takde langsung... maka ALLAH teramat khuatir.... perasaan ini melebihi perasaan gelisah kita tatkala barang milikan kita sekejap ok sekejap ko...

Maka apa yang ALLAH lakukan....seperti ketika kita berada dalam keadaan geram-geram sayang itu, ALLAH juga akan memberi sedikit "HEMPUKAN" pada kita berbentuk ujian yang mampu untuk kita hadapi bagi menyedarkan kita semula... supaya kita kembali kepada fungsi asal kita... selepas terkena hempukan itu, kita tersedar....

Alangkah malangnya andai fungsi kita yang lama kelamaan menjadi semakin lemah... apabila nafsu dan godaan merajai... apabila nafsu menjadi benda yang kita pegang... dan apabila hati menjadi gelap gelita... maka kita akan terus "ROSAK DARI FUNGSI ASAL PENCIPTAAN MANUSIA"... apabila puas ALLAH berikan petunjuk untuk DIA me'repair' kita, tapi kita masih juga terus-terus rosak dalam dunia kita sendiri... Akhirnya jatuhlah MURKA ALLAH....

Dan di saat ALLAH mulai murka, maka Dia akan palingkan wajahNya dari kita... kuingatkan diriku dan teman-teman... insafilah diri kita... jangan sampai ALLAH membiarkan kita hanyut dalam gelita... jangan sampai ALLAH berputus asa dengan sikat kita... jangan sampai ALLAH berhenti daripada memberi hidayahNya kepada kita... jangan sampai ALLAH berhenti memberikan kasih-sayangNya kepada kita... jangan sampai ALLAH berhenti daripada menyedarkan kita dari 'kerosakan' diri kita hingga ALLAH membiarkan kita sendirian, lalu hanya kerana Dia kecewa dengan kita... jangan smpai PEMILIK KITA itu, meninggalkan kita... Yakinilah, ALLAH menyayangi kita...nikmatNya yang kita terima setiap saat sudah ckp kukuh utk menjadi bukti... maka CINTAI-lah Allah sepenuh hati...
Sekian, wassalam...

Assalamualaikum w.h.b

Oh, hari ni berbuka di ofis...sungguh2 kejadian yg tak diduga :) pengalaman untuk Ramadhan pada tahun ni... Sambil-sambil menjadi guard kat ofis sendiri ni, saya teringin sekali nak dgr lagu HARAPAN RAMADHAN nyanyian Raihan & Man Bai... jom dengar sesama...




RAIHAN & MAN BAI

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Sekian, wassalam... Selamat berpuasa ;)

Assalamualaikum w.h.b

Masa berlalu dengan pantas sekali... memang dah tak dapat nak dinafikan hingga Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam kini telah semakin menghampiri... insyaALLAH pada hari rabu, 11 Ogos 2010, kita akan melangkah ke 1 Ramadhan 1431. Selamat menunaikan IBADAH PUASA semua ^^

-

Mengapakah RAMADHAN sering dinanti2kan? hinggakan zaman rasulullah dulu, kehadiran ramadhan dinanti-nanti penuh penantian, dan pemergiaannya ditangisi... Itulah keistimewaan RAMADHAN yang hanya dianugerahkan ALLAH kepada ummat Nabi Muhammad SAW. Pada bulan pernuh barakah inilah, kita diberi peluang oleh ALLAH untuk menggandakan pahala, mendekatkan diri denganNya dan sesiapa sahaja mendambakan Lailatul-Qadar yang tiada tolok bandingan keistimewaannya.


PESTA RAMADHAN PESTA IBADAH

Alhamdulillah hari ini ALLAH memilih saya untuk mendengar ceramah dan peringatan daripada ustaz2 di TV dan radio tentang RAMADHAN... setiap amalan sunnat dibulan Ramadhan, ganjarannya sama seperti ibadah wajib di bulan2 lain, dan setiap amalan wajib pula diberi ALLAH 70 kali ganda ganjaran... masakan peluang ini akan kita tolak... terlalu besar ganjaran-ganjaran yg ALLAH kurniakan pada kita di dalam setiap ibadah-ibadah kita di bulan ini hinggakan tidur itu juga dikira ibadah...
"Allah anugerahkan RAMADHAN sebab nak bagi kita semua peluang masuk syurga" kata ustaz itu lagi...

Maka malanglah bagi kita yang mensia-siakan peluang ini... rugilah bagi kita yang menganggap Ramadhan hanya bulan untuk kita berpuasa, menahan diri dari lapar dan dahaga sedangkan perisian Ramadhan itu perlu kita imarahkan lagi... Mendengar ceramah seorang ustaz di radio Pahang tadi, hati saya terdetik... "ruginya aku selama ini...."


Melihat kepada budaya Ramadhan yang kita lalui sebelum ini, saya merasakan kita teramat-amat rugi kerana PESTA RAMADHAN kita lebih kepada PESTA BERBUKA... Bazar ramadhan di merata-rata... kerana terasa lapar, kita buka nafsu kita dengan membeli dan menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk berbuka....

Penuh satu meja... hinggakan selepas berbuka, perut penuh sepenuh-penuhnya... mulalah badan menjadi malas, maghrib juga dilaksankan dihujung-hujung waktu... Nyata sekali di situ, kita mampu menahan lapar, tapi kita masih gagal menahan nafsu kita. Sungguh terasa dengan isi ceramah ustaz itu tadi, kerana memang terkena di batang hidung sendiri...
Kata ustaz tersebut, sewaktu menghampiri waktu berbuka, janganlah difikirkan air yang pelbagai jenis, makanan yang membuka selera... sebaliknya cukup sekadar mendambakan buah kurma dan air zam-zam, kemudian persediakan hati dan diri untuk bertarawikh dan beribadah di malamnya... Kata ustaz itu lagi, Dalam beribadah, jangan dihitung kuantiti sebaliknya hitunglah kualitinya...

Semoga ALLAH mengampunkan kejahilan-kejahilan kita dalam menjalani ibadah Ramadhan sebelum ini, dan semoga Ramadhan pada kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik untuk kita... insyaALLAH...


Selamat Hari Lahir Ibu

Hidup ini terlengkap dengan hadirmu
Terima kasih Allah yang mendatangkan Ibu
Kufikir ia tanda kasih-Nya yang mendodoi kalbu
Sukar kutafsirkan tetapi itulah yang berlaku

Kulihat kau amat sederhana ibu

Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku
Kadangkala berjejesan air mata membaca bicaramu
Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu

Hari ini hari lahirmu
Di pagi negeriku berdoa
Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus
Buatmu ibu yang berhati mulus

Orang sibuk dengan dunia mereka
Tetapi aku hanya mengingati ini tarikh lahirmu
Dengan tembakan-tembakan doa
Aku sujud kepada Tuhan
Yang memberikanku dikau wahai ibu

Selamat hari lahir
Semoga Allah mencintaimu
Melebihi luas cintaku
Kepadamu wahai ibu

Assalamualaikum w.h.b

Tanggal 3 Ogos 1963, lahirlah seorang bayi perempuan, bayi kedua kepada Ramlah Taib dan Mhd Yunus Mohd Ali... Bayi perempuan yang mengukuhkan lagi hubungan suami isteri... Bayi ini diberi nama Salamiah oleh ayahnya...

Lahir dalam keluarga yang serba kekurangan, beliau telah membesar menjadi seorang kakak yang sentiasa perlu menguruskan adik-adiknya... kisah hidupnya penuh ranjau... perjalanannya suatu yang tidak semudah mata memandang... mendengarnya jua bisa membuatkan kita terfikir "gagahnya dia harungi segalanya"...

Perkahwinannya dengan seorang lelaki biasa bernama Mat Nazri Ali pada usia 21 tahun, menjanjikan banyak cabaran dalam hidupnya, namun diteruskan jua atas dasar ikatan suci anugerah Ilahi... dan akhirnya setahun kemudian, mereka dikurniakan seorang puteri... hasil perkahwinan mereka dianugerahkan ALLAH 6 cahaya mata... 4 puteri, 2 putera...

Cekalnya dia menjadi seorang anak dan kakak, tiada kata yang mampu dibandingkan, tabahnya dia menjalani ujian demi ujian, hanya ALLAH yang tahu... daripada 6 cahayamata itu, 3 telahpun pergi terlebih dulu... dan akhirnya pada tahun lepas, suaminya pula pergi menyambut panggilan Ilahi... sebagai ibu tunggal, dia terus menjalani hidupnya sebagai seorang ibu yg teramat aku kagumi... sebanyak mana jua diri ini melukakannya, sebanyak mana juga daku mengecilkan hati sucinya, pengampunannya sentiasa bersama...
-
"Mak ampunkan dosa2 anak2 mak...dosa2 yang lepas, dosa2 yang sedang dibuat, dan dosa2 yang akan datang, semuanya mak dah ampunkan..."
Itulah kata2nya setiap kali kemapunan kupohon darinya....

Dialah bidadariku,
Dialah Sinar kebahagiaanku dan adik2 ku,
Dialah kekuatanku,
Dialah sumber ispirasiku,
Dialah buah hatiku,
Dialah wanita pujaanku,
Dialah ibuku....

Terima kasih Ya Rabb kerana menganugerahkan kami seorang ibu semulianya... Selamat Hari Lahir mak ^^ Kasihmu, sayangmu, pengobananmu... takkan kulupa...

Assalamualaikum w.h.b
-

Ermm dalam 2 minggu yang lepas saya agak "terlebih rajin" berblog. Tapi minggu ni tak berkesempatan sangat... bila "kerajinan" saya datang, dan mcm addicted pulak nak conteng2 kat sini, ada je idea datang... tapi tu la, memandangkan keutamaan lain lebih perlu diutamakan, maka tertangguhlah hasrat itu ^^
-
Takpe, itu semua cerita lain, apa yang penting sekarang ni ialah saya nak share gambar anak kawan baik saya kat sini... gambar Wafiy Sidq Bin Nasrul Hadi... anak kepada Syifak Izhar Hisham dan Nasrul Hadi Johari (saje letak nama encik Nasrul kat belakang :p)... ayah dia tanya nape tak letak gambar si baby Wafiy ni lagi... oo kata takde ye... ada la encik Nasrul, encik Nasrul je yang tak check ni...
-
Untuk pengetahuan encik Nasrul Hadi, saya dah letak dah kat post yang lepas, edit n tambah gambar... tp takpe la, disebabkan encik meragui janji saya, saya buat post khas untuk Wafiy :p
-
Ok Wafiy, nanti bila Wafiy dah besar, cik min bagi tunjuk entry ni semula ye... sila membesar menjadi anak yang baik, jadilah pejuang agama di masa depan... ermm tanak dah ckp lebih2, sian Wafiy, baru umur 10hari dah macam2 amanah letak kat bahu dia :D
-
Ok, di bawah ni adalah gambar2 si comel... sila melihatnya tanpa jemu sambil tu mendoakan kesejahteraannya, umminya dan juga abinya... sekian dulu... Wassalam...
-

Mula-mula kita tengok details kelahiran dia dulu ye ;) * Sorry encik Nasrul, nama anda tiada di sini :p

-



Ini gambar pertama Wafiy yang cik min dapat ;)


-

Oh, Comeynya jari-jemarimu~!

-

Erkk...agak besar penumbuknya...

-


Ini dia gambar penuh Wafiy yang penuh warna-warni... nampak sangat la syifak yang pilih selimut ni :D

Link Within

Related Posts with Thumbnails

About This Blog?

My photo
Pemilik blog ni bukanlah rajin menulis sangat...tapi kadang2 bila dia menggatal, dia akan suka bebel panjang2 ^^ sekadar coretan sederhana dr insan yg serba kekurangan...

Calendar

Annyong...



Followers


Lagu Pilihan


Powered by Blogger.