Assalamualaikum w.h.b
-
Seringkali juga saya mendapat soalan cepumas, "suka ke dengan keje yg min buat skarang ni?", "kenapa pilih keje ni?", "tanak cuba cari keje lain ke?"... huhu banyak sekali soalan2 lain seumpama itu yang terpacul di depan muka saya seolah2 saya buat keje yg mendatangkan dosa setiap masa pulak...
-
Mungkin ramai yang tak faham, mengapa saya mengambil keputusan utk menjadi diri saya seperti hari ini(hehe poyo sket ayat)... untuk membuat keputusan melangkah kaki menyertai CERAGEM, saya mengambil masa hampir 8 bulan... memikirkan banyak perkara, dan berkali2 juga ke centre CERAGEM untuk melihat keadaan di sana...
-
Pada awalnya, saya juga seperti insan lain, langsung tak percaya dengan keberkesanan CERAGEM MASTER membantu menyembuhkan penyakit... sedangkan tika itu, ayah saya juga sedang menderita dengan pelbagai jenis penyakit... kerana terpaksa mengutamakan ayah juga, saya terfikir-fikir dan terus meneliti adakah menyertai CERAGEM ini mampu menjadi pilihan yg tepat???
-
Apabila ayah menyambut panggilan Ilahi, tiada lagi perasaan lain yg terbuku di hati melainkan ingin memastikan MAK HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT.... siapa mampu melawan takdir, siapa mampu menyekat ajal.. tapi alangkah baiknya seandainya penderitaan dan kesakitan arwah ayah tak perlu saya lihat... alangkah bahagianya seandainya ayah hidup sihat sehingga ke hujung nyawanya...
-
Satu ketika dahulu saya sering terfikir, sakit itu ujian... sakit itu juga aturan tuhan... tapi Allah juga menyuruh kita berikhtiar..."bukankah sakit yg ada dewasa ini muncul akibat pemakanan dan aktiviti seharian yang kurang sihat?"... takdir itu apa yg disuratkan ALLAH, tapi takdir itu terbahagi kpd 2 jenis, pertamanya takdir yg langsung tak boleh diubah, tetap dan tiada tertunda.... semuanya berlaku atas ketentuanNYA dan kita tak bisa mengubah... tetapi satu lagi takdir, ALLAH mentakdirkan ke atas kita di atas pilihan yang kita buat sendiri... maka saya mula mencari2 pilihan terbaik agar ALLAH mentakdirkan yang terbaik juga untuk saya dan keluarga...
-
Atas petunjukNya akhirnya saya pergi semula ke Centre CERAGEM di PJ(SS2), dan ketika itu saya mendengar testimonial daripada seorang bekas peninju negara(tak ingat pula apa namanya tp india)... uncle ni cerita dia dah 8 tahun ada masalah paru2... kerana rokok, paru2nya mengeras dan tak boleh berfungsi, jd hidupnya sehari 18jam bersama dengan mesin oksigen... tanpa mesin tersebut, dia takkan mampu bernafas....
-
Paru2nya langsung tak mampu naik dan turun... statik seperti robot, maka dia tak mampu menghirup ngan menghembuskan nafas... tetapi selepas 3 minggu menggunakan CERAGEM, dia mula merasai dadanya naik dan turun sedikit demi sedikit... ini menguatkan semangatnya untuk terus bersama mendapatkan rawatan di CERAGEM CENTRE...
-
Selepas 8 bulan penggunaan, mesin oksigen bernilai RM18k itu tidak perlu lg menjadi penemannya... air matanya mengalir, menggambarkan betapa gembiranya dia kini mempunyai hidup baru selepas mendapatkan rawatan CERAGEM... atas petunjuk ALLAH juga, akhirnya saya tekad untuk beralih arah...
-
Dan kini, saya adalah seperti saya sekarang, saban hari, saya makin menyintai kerjaya saya...biarpun terpaksa berdiri seawal jam 8 pagi untuk bersama-sama dengan ibu2 dan ayah2 ceragem saya... biarpun seawal 6.30 pagi saya dah perlu bertolak ke senawang untuk bersama-sama dengan ibu2 dan ayah2 saya di sana... dan sungguhpun sepanjang hari, saya sentiasa perlu bersama mereka untuk memberi semangat, menjelaskan tentang kaedah rawatan dan sebagainya... namun saya PUAS....
-
Saya puas kerana setakat ini saya sudah mampu melihat wajah2 kemurungan sudah mampu terseyum dan ketawa girang... ALHAMDULILLAH...syukur padaNya... sungguhpun baru sebulan lebih bersama mereka, keadaan mereka bertambah baik dan mereka juga terlalu menyayangi kami staff2 ceragem seremban seperti anak2 mereka sendiri...
Masakan kini ibu2 dan ayah2 saya itu tak mampu tersenyum girang...andainya sebulan yang lalu mereka merangkak menaiki tangga; tp kini sudah mampu berjalan laju dan berlari-lari... andainya dulu sentiasa letih dan sukar pula untuk lena di waktu malam; kini sudah berselera makan, bertenaga dan tidur bertambah lena... andainya dulu datang bertongkat, kini tongkat itu sudah boleh dijadikan alatan simpanan muzium mungkin...
-
Andainya dulu penglihatan kabur; kini sudah semakin jelas... andainya dulu lumpuh sebelah anggota, kini sdh rasa saraf2 badan makin berasa, kaki dan tangan sudah mula bergerak2... masakan tidak girang hati mereka andainya tangan yang telah bertahun tak boleh diangkat; tp kini sudah boleh diangkat dan dipusing2 360 darjah....
Andainya dulu ubat darah tinggi dan kencing manis menjadi teman yg perlu dimakan setiap hari, kini dosnya sudah berkurang...ada juga yg telahpun disahkan oleh doktor, "tidak perlu lagi makan ubat".... 6 tahun menderita migrain, tanpa ubat yg ada hanya kesakitan; tapi kini sudah sembuh sepenuhnya, ubat juga dah boleh letak ke tepi...
-
Ada juga ayahanda saya kerana parkinson, menggeletar tangan dan kaki... tapak kakinya melengkung menyebabkan lebih 2 tahun berjalan dengan tumit dan anak2 jari kaki; tapi selepas 6 kaki rawatan, dengan izin ALLAH akhirnya kakinya lurus semula... yang gaut pula, sentiasa perlukan suntikan...tanpa suntikan tak boleh berjalan....sakitnya ALLAH saja yg tahu; tp ALHAMDULILLAH, kini boleh berjalan gagah, segala jenis seafood juga mampu dijamah tanpa sebarang pantang...
-
-
Kesungguhan mereka sungguh saya kagumi... rawatan CERAGEM mmg berkesan, tetapi memerlukan kesungguhan, komitmen dan kekentalan... perlu menjalani rawatan setiap hari, dan yang pasti Kesakitan pasti bertamu kerana KESAN PENYEMBUHAN CERAGEM sungguh luar biasa… MESTI SAKIT DAHULU, BARU SEMBUH… mengembalikan keadaan badan kepada keadaan asal bukannya mudah, maka pelbagai reaksi badan akan datang… kerana kekotoran badan juga keluar melalui 10 lubang dari angota badan… ada yang putus asa di tengah jalan … namun bagi yang mengerti, yang benar-benar mahu hidup sihat dan sembuh dari penyakit yang dihidapi, maka ini bukan satu ketakutan yang perlu dijauhi….
-
Kini, saya tidak akan lagi kerap ke Senawang... dan saya pasti akan merindui mereka... sayang sudah bertaut... dan janji mereka pada saya, untuk pastikan mereka lebih sihat pada pertemuan akan datang.... :)
-
Ramai yang tertanya ; Adakah Ceragem master CGM-3500 ini ajaib? Dan bagaimana ia membantu dalam merawat penyakit? Rahsianya 5 perkara… Massage + Moxibustion + Accupressure + FIR + Chiropractic…. 5 prinsip CERAGEM ini merawat tulang belakang… mengembalikan tulang belakang pada posisi asal, menghidupkan (mengaktifkan semula) saraf2 yang terhimpit, membersihkan darah, membersihkan pembulur darah… sepertimana yg kita sedia maklum, punca penyakit adalah DARAH dan SARAF…
Ramai yang tertanya ; Adakah Ceragem master CGM-3500 ini ajaib? Dan bagaimana ia membantu dalam merawat penyakit? Rahsianya 5 perkara… Massage + Moxibustion + Accupressure + FIR + Chiropractic…. 5 prinsip CERAGEM ini merawat tulang belakang… mengembalikan tulang belakang pada posisi asal, menghidupkan (mengaktifkan semula) saraf2 yang terhimpit, membersihkan darah, membersihkan pembulur darah… sepertimana yg kita sedia maklum, punca penyakit adalah DARAH dan SARAF…
CERAGEM membantu memberbetulkan semula 2 keadaan ini, dan selebihnya, tubuh akan berinteraksi secara semula jadi, meningkatkan antibody badan dan menyembuhkan penyakit kita sendiri… itulah rahsianya dan kini saya juga telah mulai belajar dan mendekati sistem tubuh ciptaan ILAHI yg sungguh mengagumkan ini…
-
CERAGEM MERAWAT, ALLAH MENYEMBUHKAN...
bagi yang berminat nak tau lebih lanjut tentang CERAGEM, boleh melawat ke website CERAGEM... http://www.ceragem.net/
bagi yang berminat nak tau lebih lanjut tentang CERAGEM, boleh melawat ke website CERAGEM... http://www.ceragem.net/
-
Di Malaysia dah ada 10 centre setakat ni, percubaan percuma tanpa had... anda boleh mendapatkan rawatan tanpa bayaran.... centre2 ceragem terdapat di Georgetown(Tanjung Bunga;04-8991508), Ipoh(Gunung Rapat; 05-313 4505), Ipoh(Silibin; 05-526 0957), Setapak(Danau Kota; 03-4022 2800),PJ(SS2; 03-7877 6260), Subang Jaya(Subang Square; 03-5634 5151), Cheras(Pandan Perdana; 03-9274 9196), Ampang(Ampang Waterfront; 03-4292 2100), Seremban(Senawang 1;06-679 1975), JB(Taman Molek; 07-357 2580).
-
Bagi yang ingin mencuba, kedatangan anda dialu2kan...percuma tanpa had... sayangi ayah dan ibu anda? utamakanlah kesihatan mereka... Dan andainya ditanyakan lagi kepada saya kini “min, min suka ke kerja yg min buat skang ni?”, jawapannya “YA, SAYA SANGAT2 SUKA dan TERLALU MENYUKAINYA”…
Di Malaysia dah ada 10 centre setakat ni, percubaan percuma tanpa had... anda boleh mendapatkan rawatan tanpa bayaran.... centre2 ceragem terdapat di Georgetown(Tanjung Bunga;04-8991508), Ipoh(Gunung Rapat; 05-313 4505), Ipoh(Silibin; 05-526 0957), Setapak(Danau Kota; 03-4022 2800),PJ(SS2; 03-7877 6260), Subang Jaya(Subang Square; 03-5634 5151), Cheras(Pandan Perdana; 03-9274 9196), Ampang(Ampang Waterfront; 03-4292 2100), Seremban(Senawang 1;06-679 1975), JB(Taman Molek; 07-357 2580).
-
Bagi yang ingin mencuba, kedatangan anda dialu2kan...percuma tanpa had... sayangi ayah dan ibu anda? utamakanlah kesihatan mereka... Dan andainya ditanyakan lagi kepada saya kini “min, min suka ke kerja yg min buat skang ni?”, jawapannya “YA, SAYA SANGAT2 SUKA dan TERLALU MENYUKAINYA”…
-
wassalam wbt...
wassalam wbt...
23 comments:
bagusla mesin ni yek..bagus ape keje hang ni..apa plak org nak tanya.hanya kita yg paham apa yang kita buat..baru ni aku perasan ada ceragem kat taiping.signboard dia kaler biru..yg tu ke??tp xsure la beroperasi ke tak..
hihi...masa mula2 dulu mcm agak terasa bila org tanya2...tp skang ni takde maknanya nak terasa..mcm hang ckp, hanya kita yg tau apa yg kta buat, dan apa yg kita nak ^^ actually entry ni aku buat utk share rasa seronok aku tentang ibu2 ngan ayah2 aku yg dah makin sihat...Alhamdulillah...ermm btulla tu signboard dia warna biru..dulu pernah ada kat Taiping, tp terpaksa ditutup sebab ada masalah pengurusan...takde org nak keje kat sana...insyaALLAH dalam perancangan tahun depan akan masuk semula ke Taiping...
bagus2...
pedulik ape org tanye....
byk pahala tu
weh..ni luahan hati ke promotion utk ceragem?? cuba ckp betoi2..
hai, kak yasmin.. saya adnin,baru2 ni saya mengikuti mak & bapak melakukan rawatan ceragem ni.. yelah cuti sem takde apa nak buatkan.. jadi saya ikut jelah mereka.. merasai apa yg mereka rasa.. alhamdulillah.. macam2 aktiviti yg dilakukan di center, suasana sedikit berbeza untuk org baru mcm saya.. tapi, seronok sebab banyak perubahan yg saya dengar dari pengguna2 ceragem ni.. jadi kagum saya pada mereka,sbb sebagai pelajar jurusan perubatan, pastinya tiada alternatif lain yg saya tahu selain rawatan di hospital.. itu jelah yg saya percaya.. tapi, bila dah rasai & dengar cerita2 mereka saya rasa tak rugi saya mencuba rawatan ni.. rasa bertuah pula mendengar cerita2 mereka.. bersyukur sangat sbb semangat mereka melawan penyakit yg dah lama mereka bertarung.. rasanya, kalau ada peluang saya nak je ceritakan perkara ini pada doktor2 yg mengajar saya bila buka sem nanti.. yelah saya sendiri pun belajar yg ubat-ubatan ni byk side effectnya.. kalau boleh saya memang nk melarang keluarga saya dari mengambil ubat kalau masih boleh tahan sakit.. bila mereka cerita pasal kak yasmin & kisah kakak.. saya terharu & kagum kerana tak semua org tabah seperti kakak.. part "bila sakit berpanjangan,anak yang baik boleh menjadi derhaka" -" bila sakit itu berpanjangan senyuman keluarga pun hilang" saya percaya ajal maut ditangan tuhan.. terima kasih kak kerana cerita kakak menjadi sumber inspirasi utk saya memjadi lebih baik... hav a nice day.. (^_^)Y nak tido dah.. esok nk buat rawatan pagi.. beratur panjang lagi.. hihihihi..
lan n emak wat di centre kuala selangor ( mula operasi dlm feb 2014)..kitaorg mula 10april n masih lakukan hingga kini... skrg katilnya terkini (v3000).. dgn teknologi imbasan tulang belakang (nk tahu.. cuba dulu baru tau)... hehehe... msa 2 minggu awal .. kitaorg guna.. dtg pd sessi ptg ... turn guna katil.. 1 1/2 jam menunggu (2 sessi duduk di kerusi dengar omongan si korea .. ada penterjemah... mcm2 info)... masuk minggu ke 3 dtg sesi pg .. 715 pg terpacak (dh ada beratur pjg -dorg dtg lps subuh...)nk tau kitaorg dpt turn jam berapa?..turn ke 5 ,1040pg..hehehe... centre buka 8pg (tu turn 1st (katil 25biji - msa guna 40 minit)... so kitaorg tggu brapa lama??? tolong kirakn... hehehe... jd minggu dh tukar strategi... nk tau ... dtg btul2 lps smbhyg subuh (mmg bermotor berdua dgn mak- jarak 15minit smpi centre).. isnin turn 3rd ( 920pg)..tu kitaorg smpi.. kt centre 635pg... selasa n rabu smpi centre 620pg ... dptlh turn ke 2 (840pg)..... klu nk tau.. mulai minggu lps aje.. dh pecah rekod.. ada yg dtg pg...8am.. dpt turn.. 12 tghari.. bygkn yg dtg ptg...huhuhuh... dorg terpaksa pujuk suruh balik cz last pengguna katil adalah 440pm - 520pm (40minitkn) tapi dorg baik hati.. tambah sesi tambahan.. 520-540pm (20min) shj...bley ktakn setiap hri... termasuk lh sabtu pgguna last 1240pm-120pm..tapi buka tambahan 20minit... jd 25 org terakhir abis 140pm.. ahad mmg tutup... dan juga public.. cikgunya pun kesihatan tgk... mkn pun kna gilir2 (5 org shj)... dorg amik brunch (breakfast dan lunch).. fhmkn.. antara sarapan pg n makan tghari... kira2 jam 11pg begitulh... begitulh komitmen.. cikgu2:-)... tapi semangat dorg bekerja tu cz bila tgk ayah2 n ibu2 yg dulu kurg sihat gigih dtg... awal pg... sanggup tggu... dan bila masing2 si ayah n ibu mdapat penyembuhan nk ktakn sepenuhnya tidaklh... tapi mnmpakkan kepada positif n dorg rsa penyakit dorg berkurangan.... bak kta slogan.. appaya nannenda (eh ckp korea lak).. maksudnya.... sakit dahulu sembuh kemudian..
klu x percaya... cuba lh utk 3hari berturut2...
rasai sendiri... klu just dengar cite pengguna yg sblumni shj... rsa mcm xpercaya... cubalh... tapi pasang niat.. utk sembuh... dan pastikan ada sifat kesabaran..nnti dh dtg.. fhm2 sendiri... ohya... sifat pemalu.. semua org ada... tapi di sini.. pemalu... kna kurgkn... cuba bgaul dgn pgguna lain.. dan bergiat dlm semua ceramah (kn ada masa menunggu tu.. mcm2 ada... senaman.. tayangan video... testimoni yg berjaya.... mcm2 lg).. ohya.. igt.. baju putih.. suar putih pastikn cotton seelok2nya utk kesan yg cepat... kenapa? tanyalh cikgu2 ... x kn nk kna terangkn semua kt cni...hehehe... pompuan yg bertudung pun kna putih... serta.bwa selimut yg boleh mnutupi seluruh bdn... dan juga bwalh air minum ... air masak putih... nnti tau lh knapa... ohya... taku takut terlupa... semua centre di seluruh.dunia... dorg letakkan di tingkat 1.semoga berjaya semua...
ni no lan.. 0182113569
Saya setuju dengan akak. Saya muda lagi umur 21 baru menghabiskan diploma. Hari2 ibu saya paksa pergi saya macam malas sangat2. Lepas tu sekali pergi esok saya pergi lagi. Haha. Esok pagi nak pergi lagi untuk kali ketiga. Alhamdulillah ayah ada rezeki lebih dia kata nak beli terus satu letak kat rumah boleh buat banyak kali :)
Tempat tuh ade tangga kew bawah jew..Boley bgi alamat tak
assalamualaikum..sy berminat..mcmna nk beli mesin ni..bole bgtau sy x?? ni no sy...0197857715.
sy atiqah...
salam, sy nak ty ade x ceragem kt negeri kelantan..
Ada jek ceragem kat kelantan. Dkt2 area bwh lembah(dkt2 dgn area tesco kb). Tp kena rajin2 pusing2 area tu sbb agak tersorok sket tmpt dia.
as slm.. nk tnya.. ms yg sesuai,dlm 1 hari berapa kali boleh 'tdo' utk 1st time penguna sakit batu karang?
as slm.. nk tnya.. ms yg sesuai,dlm 1 hari berapa kali boleh 'tdo' utk 1st time penguna sakit batu karang?
Penyakit jantung tersumbat..sesuai tak guna
Penyakit jantung tersumbat..sesuai tak guna
Penyakit jantung tersumbat:CERAGEM boleh membantu merawat masalah tersebut. Peenah disiarkan d rancangan 'do it'tv1 mengenainya. rujuk link/copy link ini untuk ke youtube:
https://youtu.be/u653bLe9fCE
Rawatan ceragem adalah yg terbaik pernah saya jumpa, sekarang ni guna katil master V3, tekanan darah tinggi saya dulu 160, sekarang 121-131. Kencing manis dari 10 dah turun ke 5.4. Apa lg yg saya nak? Saya nak sihat & akan terus dgn rawatan ceragem sampai dapat beli katil nanti.
assalam. ada centre ceragem di melaka ke? omi nak tahu camne nak beli? omi 012-2223070
Ceragem centre Melaka di Taman 1 lagenda belakang Tesco Peringgit. Kat area rumah kedai. Tingkat 1 (corner lot)
Pegi la kat seremban centre di bukit kepayang dkt dgn tol seremban/labu..arah ke seremban 2,tesco seremban 2 dan satu bgnn dgn speedmart 99.
As.slm..bolehkah sembuh kencing manis dgn cerajem
Post a Comment