~ Life is a precious gift ~

"The fragrance of flowers spreads only in the direction of the wind. But the goodness of a person spreads in all directions!"

Assalamualaikum w.h.b.



Ramai orang di luar sana, dek kerna terlalu menghayati perkembangan dunia moden, wanita-wanita Islam yang menjalani kehidupan secara Islam dicemuh, dipandang sebelah mata… bagi wanita yang selesa dengan arus peredaran moden, meninggalkan ajaran asas agama hingga ‘menghina’ diri sendiri dengan cara yang paling rendah… meletakkan diri sendiri pada tempat yang tidak sepatutnya…

Sungguh mulia Islam meletakkan martabat seorang wanita, maka rugilah bagi wanita-wanita Islam di luar sana yang tidak menyedari hakikat ini… saya menyeru kepada diri sendiri, kepada teman-teman seagama saya agar kita sama-sama mengkaji semula nilai diri kita… sesungguhnya nilai seorang wanita itu terletak pada maruahnya… yang mampu menjaga maruah wanita adalah lindungan agama itu sendiri…

Jika kita lihat kembali 1500 tahun ke belakang, tika itu wanita diletakkan serendah-rendah martabat oleh orang2 Arab Jahilliah. Wanita dianggap sangat rendah dan hina bahkan tidak sedikit ketika lahir anak perempuan akan dikubur hidup-hidup.
Allah S.w.t berfirman yang maksudnya, “Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah. “ [Surah An Nahl : Ayat 58]

Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan atakah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup), ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.” [Surah An Nahl : Ayat 59]

Tetapi di dalam dalam dunia islam,wanita diletakkan begitu mulia, hinggakan dikatakan syurga itu diletakkan di bawah telapak kaki ibu… Setelah datangnya islam,wanita dapat menghirup udara bebas dan diberikan kepadanya kemuliaan posisi sebagai pendamping khalifah di muka bumi.Peranan wanita sangatlah besar dalam membangunkan sebuah masyarakat yang berbudaya,kerana generasi gemilang akan lahir dari rahim seorang wanita.

Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa pernah ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata, “Wahai Rasulullah, siapa orang yang paling berhak bagi aku untuk berlaku bajik kepadanya?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ayahmu.” (HR. Bukhari, Kitab al-Adab no. 5971 juga Muslim, Kitab al-Birr wa ash-Shilah no. 2548)

Demikianlah betapa mulianya seorang wanita di sisi Islam… Teman-teman wanitaku sekalian, Mari sama-sama kita lihat lagi betapa beruntungnya kita dilahirkan sebagainya seorang perempuan daripada perut seorang perempuan bergelar IBU…

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

14. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

15. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

16. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

17. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

18. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

19. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

21. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

22. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

23. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

24. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

25. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Bertuahnya kita jadi wanita kan... saya akan sambung lagi isi2 ni di lain lembaran... wassalam...

0 comments:

Link Within

Related Posts with Thumbnails

About This Blog?

My photo
Pemilik blog ni bukanlah rajin menulis sangat...tapi kadang2 bila dia menggatal, dia akan suka bebel panjang2 ^^ sekadar coretan sederhana dr insan yg serba kekurangan...

Calendar

Annyong...



Followers


Lagu Pilihan


Powered by Blogger.