~ Life is a precious gift ~

"The fragrance of flowers spreads only in the direction of the wind. But the goodness of a person spreads in all directions!"

Showing posts with label Renungkanlah ;). Show all posts
Showing posts with label Renungkanlah ;). Show all posts

Assalamualaikum w.h.b


Hakikatnya sebagai seorang yang mengakut dirinya seorang Muslim, wudhuk; adalah perkara yg paling asas untuk kita ketahui... bukan susah pon kan... dari kecil lagi saya dah hafal cara nak ambil air sembahyang... sbb apa? sbb dari kecil lagi saya dah tau, org Islam kena sembahyang, kalau nak sembahyang, tak sah sembahyang kita kalau takde wudhuk, jadi kena la berwudhuk dulu kan...

"Susah ke nak amik air sembahyang?"

"Mana ada susah amik air sembahyang, basuh muka, basuh tangan, basuh kepala, pastu kalau rajin gosok2 telinga... basuh kaki, pastu settle!!!"

Ahaa... mudah sungguh bunyinya kan...tp basuh tu basuh macam mana? nak sampai lencun kain baju ke? atau ala kadar dah ok? atau nak kena gosok2 sampai keluar daki? hehehe... dah tu ada pulak kita tengok setengah2 org gosok2 leher, berkumur lagi... eh wajib ke tu? kalau tak buat takpe ke? ermmm seingat saya, dahulunya saya sendiri ingatkan cuci telinga tu "mesti kena buat"...

Tak salah kalau buat, malah lebih baik...tp daripada kita main buat je, adalah lebih baik kalau kita tau samada apa yg kita buat tu sunat atau rukun.... Mengapa mesti tau nak kena tau ianya rukun dan sunat dalam berwudhu'? jawapannya TIDAK SAH wudhu' seseorang yg tdk dpt membezakan di antara rukun wudhu' dengan yang sunat... semoga ALLAH ampunkan kelemahan kita... Hakikatnya wudhu' ini tidaklah sukar, yang menjadi sukar apabila pemahaman kita itu salah...



RUKUN WUDHU'


1. Niat.
2. Membasuh wajah(muka termasuk hidung & mulut).
3. Membasuh kedua tangan hingga sampai kedua siku.
4. Menyapu kepala pd bahagian yg ditumbuhi rambut.
5. Membasuh 2 kaki sehingga ke buku lali.
6. Tertib (mengikut urutan).

PERKARA SUNAT


1. Membaca Basmallah.
2. Membaca doa wudhu'
3. Membasuh kedua tangan sebanyak 3 kali sambil berdoa.
4. Berkumur sambil membaca doa.
5. Membersihkan hidung dengan memasukkan air de dlm lubang hidung sambil berdoa.
6. Disunatnya juga membaca doa sebaik sahaja selesai membasuh anggota2 wudhu' yg wajib.
7. Membasuh anggota2 wudhu' sebnayak 3 kali.
8. Membasuh kedua telinga.
9. Disunatkan menyelat2 jari tangan pada jari2 kaki ketika membasuh kaki.

RATAKAN AIR PADA ANGGOTA WUDHU'


Saya pernah mendengar satu teguran dari seorang bapa kepada anaknya:
"eh, tak cukup tu basuh kepala... rambut tak basah betul, basuh kepala sampai ubun2" kata seorang bapa pd anak lelakinya...
"tapi ustaz abang kata kan abah, kita basahkan kepala tu maksudnya kenakan air pada kulit kepala... tak perlu sampai basahkan rambut sampai ke ubun2"
"dah tu kalau rambut tak basah mcm mana nak sampai kulit kepala?, tu la taknak faham betul2 ustaz ajar".

ermm jadi mana satu yang betul? seingat saya,pernah saya diajarkan oleh seorang ustaz, tak perlu sampai lencun kepala tu... ckp sekadar basahkan sejemput di mana2 bahagian kepala yang berambut dan ratakan air itu hingga ke kulit...

Nabi dan para sahabat berwudhu' tanpa menggunakan banyak air. 500ml air boleh digunakan utk 2 kali wudhu'... Ringkas kata 2 org boleh berwudhu' dengan air botol mineral yg kecik tu... tapi kita org Malaysia ni boleh ke buat mcm tu? ada yang bersoal dan berbisik2... "boleh ke? ishk tak puas la..." terdengar bisikan tu ke telinga ustaz, maka jawapan ustaz mudah sahaja...

"rasa mcm saya ni menipu, tp ibu-ibu, ayah-ayah... inilah ajaran nabi kita... tak perlu membazirkan air, kita terlalu mewah dengan air jd sebab tu seronok je guna... insyaALLAH lepas ni kit acuba didik diri kita utk berjimat dan ikut sunnah Rasulullah...kalau semua org Islam kat Selangor ni dapat buat mcm tu, terkejut SYABAS, bill air smua tmpt terutama skali masjid dan surau jadi rendah" kata beliau sambil berseloroh...

Islam itu mudah, yang penting pemahaman... erti "basuh" tu bukanlah sampai nak basahkan anggota2 wudhu' tp hakikatnya meratakan air ke bahagian anggota-anggota wudhu'... sbb tu juga kita dipesan utk sentiasa menuntut ilmu agama... sungguhpun dah tau, tp kadang2 banyak benar kekeliruan... tambahan pula manusia kan... pelupa...jd menimba ilmu yg kita dah tau ni pon ibarat polish... btul tak?

KEISTIMEWAAN ORANG YG BERWUDHU'



Orang yang sentiasa mengambil wudhu' apatah lagi yg sentiasa mengekalkan wudhu' sentiasa berada dlm perhatian ALLAH SWT. Antara kesitimewaannya itu ialah menghapuskan dosa yg dilakukan sebelumnya. Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:



Dari Abu Hurairah R.A, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda; " Apabila seseorang hamba Muslim atau Mukmin mengambil wudhu', maka ketika dibasuh mukanya, keluarlah dari mukanya itu semua kesalahan yg dilakukan oleh 2 matanya. Apabilal dia membasuh tangannya, maka keluarlah semua kesalahan yg dilakukan oleh kedua2 tangannyabersama air atau titisan wudhu'nya. Apabila dia membasuh kedua2 kakinya, maka keluarlah semua kesalahan yg dilakukan oleh kedua2 kakinya itu bersama titisan air yg terakhir dari wudhu'nya, sehingga dia bersih dari segala dosanya" (Riwayat Muslim)

InsyaALLAH pada kesempatan yang akan datang akan saya kongsi kan doa2 yg disunatkan sebaik selesai membasuh setiap anggota2 wudhu'... ada banyak juga perkara2 berkaitan wudhu' tan tayammum yg agak menjadi kekeliruan tp Alhamdulillah dah pon dihuraikan oleh ustaz Dato' Khalid dalam kuliah "Kesempurnaan Solat"...

Bila dengar guru2 agama bercerita tentang ibadah, terasa benar begitu cincai sekali saya beribadah... mudah2an sedikit demi sedikit ilmu yang kita perolehi dapat mencantikkan lagi ibadah kita... Bukan mudah nak sempurnakan ibadah, tetapi sekurang2nya kita berusaha untuk mermperbaiki ibadah kita dr perkara yg paling asas... insyaALLAH mudah2an kita sentiasa berada dalam rahmatNya...sentiada jua diberikan petunjuk olehNya... wassalam.

Assalamualaikum w.h.b.
-
Alhamdulillah, di atas izinNya dan gerakan hati yang membawa kaki melangkah, sempat juga hari ini diisi dengan baik sekali... setelah agak sekian lama tidak menghadiri majlis ilmu di masjid, Alhamdulillah hari ini saya dikurniakan kesempatan yg tidak menghalang...
-
Lama dah rasanya tak rasa seronok mcm hari ni... tenang mendengar ceramah Ustaz Dato' Khalid Md Isa yang isinya mantap diselang dengan selorohnya yang mencuit hati tapi penuh erti... Apa yang menarik dan menyentuh hati saya apabila ustaz menyebut tentang soal hati yang tidak tenang dan rumah-tangga yang bertelagah...
-
Menurut ustaz, dah ramai yang merujuk kepada beliau apabila isu rumah tangga bangkit... setelah isu2 ini diceritakan sehingga 2 ke 3 jam... untaz cuba menguraikan dengan hanya beberapa soalan...
-
"Encik, encik solat jemaah tak? anak isteri solat? ahli keluarga solat?"
"Encik, encik menghadiri majlis ilmu tak?"
-
Menurut ustaz lagi, syaitan punya agenda... punya tujuan... ada jalan2 yang dibukanya untuk mengajak kita bersama2... dan apabila jalan2 yang dibuka syaitan ini kita lalui, asas kepada agama kita jauhi... maka tidak mustahil hidup akan kucar-kacir, segalanya jadi tak menentu...
-
Jalan-jalan syaitan ada 10 iaitu :
-
1) Menyuruh manusia membuat kejahatan. (kejahatan biasanya bermula dari rumah... hatta sikap memilih kasih terhadap anak2 juga sebenarnya dorongan syaitan untuk meruntuhkan institusi kekeluargaan.)

2) Mengajak manusia melakukan penipuan. (kita terbiasa dengan istilah "tipu sunat", hakikatnya penipuan menjuruskan kepada sikap tidak jujur...dan bakal menempah ketidak percayaan.tipu majikan, tipu keluarga, tipu kawan...sememangnya kita sudah terbiasa dengan amalan menipu atas alasan2 tertentu yang dianggap remeh tp hakikatnya inilah mainan syaitan)

3) Menyuruh manusia memperkatakan sesuatu tanpa ilmu. (banyak berlaku, zaman ini, ramai yang suka "berlagak pandai"... hatta seorang ayah, kerana malu pada anak, menjelaskan sesuatu yg tidak sahih akhirnya mengelirukan anaknya sendiri...)

4) Mendorong manusia kepada kefakiran. (cukuplah apa yang ada... ALLAH takdirkan kita sebegini... rezeki secupak takkan jadi segantang... inilah bahayanya pemikiran orang2 kita... redha tanpa usaha, akhirnya memiskinkan organisasi ISLAM... dan itulah kehendah Syaitan...)

5) Mendorong manusia kepada permusuhan. (tak perlu lihat jauh, ibu mertua membenci menantu, menantu tak senang hati dengan ibu mertua, ibu mertua pilih kasih... dan banyak lagi contoh2 lain...)

6) Menghasut manusia supaya menolak hukum Al-quran. (hukum ini lapok... saya terima hukum2 lain, tetapi yg ini tak masuk akal... maka kata2 ini, pemikiran ini mendorong kepada murtad... sungguhpun bermadu itu pedih, tetapi kalau si suami mampu, maka si isteri perlu merelakan... itu hak suami... namun kata ustaz... syarat2 beristeri lebih dari 1 bukan mudah... maka kepada lelaki yang ingin beristeri lebih dari satu, perlu dikaji kemampuan diri terlebih dahulu, kerana kata ustaz, seandainya tersilap satu langkah dalam hidup beristeri lebih dari satu, maka tanggunglah dosa, dan terimalah balasan di akhirat kelak...)

7) Memesongkan manusia dengan mengingkari Qada' dan Qadar ALLAH. ( manusia tidak pernah sunyi dengan ujian, dan ALLAH menguji pada kadar keimanan hamba2Nya... maka bila datang ujian, redhalah...kemudian berusahalah untuk memperbaiki keadaan kerana ALLAH menguji kita untuk melihat tahap penerimaan kita kemudia bagaimana kita menghadapi dan memperbaiki hidup ke arah kesejahteraan)

8) Menyesatkan manusia dari jalan yang lurus. ( merosakkan ibadah manusia dengan riyak dan ujud...)

9) Melalaikan manusia daripada menunaikan perintah ALLAH. ( leka dengan urusan dunia hingga kita terlepas daripada melalukan tuntutan asal dan tanggungjawab asal penciptaan manusia)

10) Membisikkan was-was dalam melaksanakan ibadah... ( hilang kyusuk dan was-was yang berterusan)

"Allah akan melupakan kita, apabila kita mula melupaiNya... maka untuk memastikan kita berada dalam jagaanNya, ingatlah bahawa Syaitan tidak bernah berhenti daripada membawa kita ke jalannya melalui 10 jalan-jalan ini..." lebih kurang beginilah kata Ustaz Khalid.
0
Ada 2 cara membenteng diri dari 10 jalan2 Syaitan iaitu :
1) banyakkan istighfar...

2) banyakkan berzikir...(a'uzubillahi minashsyaita'nirrojim)
-
begitulah lebih kurang isi ceramah yang saya dapat hari ni... mudah2kan dapat dikongsi bersama... hari ni tetiba rs mcm teringin sangat nak makan 호박죽(bubur labu versi korea)... dah agak teringin jugak sebelum ni, tp hari ni bila pergi pasar pagi tadi, nampak pulak labu yang kekuningan... maka terbukalah nafsu untuk makan 호박죽...
-
dulu tak pernah pon buat, asal nak makan je pergi kedai... tp hari ni saya try buat... tak susah pon... carik2 kat tenet... pastu try buat... yg bestnya bubur ni tak gunakan santan... makanya takde lemak.... jadi saya sangat2 suka... sangat2 baik untuk kesihatan....
-
cara nak buat???? ohhh senang saja... sila tengok di bawah ye...
-

호박죽- Bahan2nya... Labu(250g), tepung beras(lebih kurang 30g), air(200ml), garam dan gula secukup rasa....


Rebuskan labu yang dipotong dadu... ( tapi saya kukus tadi )






sila kisar labu yang direbus tadi sehingga lumat... ni skali tekan je dah lumat...







kemudian buat paste tepung beras dengan mencampur kan air pada tepung beras tersebut... masukkan air sikit2, dan kacau cepat2... kalau tak nanti tepung tu berketul2...






campurkan labu dan bancuhan tepung beras di dalam periuk anda yang tercomel sekali...







masukkan air, kemudian renihkan.... pastu jangan lupa letakkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda... gula tak perlu banyak2... sbb labu dah manis... kalau manis2 sangat pon tak sedap...





Taraaaa.... inilah hasilnya...(tp ni bukanlah gambar hasil yg saya buat ye)... nak lg sedap gentelkan tepung beras(yg mcm buah melaka/ole-ole tu) gentel kecik2 comel2... masukkan skali.... waaa mmg mantap~!) sedap di makan panas atau sejuk.... selamat mencuba~!!!

Rujukan resepi

ermm itu sajelah perkongsian untuk kali ini... saya pon nak kena siapkan preparation utk presentation esok... tata titi tutu... wassalam wbt

Assalamualaikum w.h.b -

Sejak menjejakkan kaki ke Bulan Ramadhan pd kali ini, jadual hidup saya agak tunggang terbalik... sentiasa sampai ke rumah lewat malam... boleh dikira berapa kali sahaja saya sempat berbuka dengan ibu tercinta... selebihnya? berbuka di R&R, di dalam kereta, di dalam meeting room dan ada juga kalanya saya dibaluti keresahan memikirkan situasi kerja yg membuatkan saya gelisah tentang waktu Maghrib yang sudah dihujung2 menghampiri Isyak lalu tergesa-gesa melaksanakannya di mana sahaja asalkan sempat... di dalam kereta juga sudah terbiasa...nasib baik encik bos memahami, walaupun dia bukan Islam, tapi dia tau saya perlu laksanakan tanggungjawab saya...
-
Kesibukan dunia sentiasa mendahului... kebetulan atau adakah ini suratan? ketentuan yang ditetapkan untuk menguji kesungguhan saya? ermm... terkilan, agak terkilan... kerana kesempatan Ramadhan kali ini tidak mampu saya isi dgn ibadah yg sepatutnya... tapi bila saya fikir2kan semula "bukankah kerja itu juga tanggungjawab dan amanah yag merupakan ibadah? kerja seikhlas hati juga punyai ganjaran di sisiNya, jadi andaikata saya mengeluh dengan kesibukan saya, kemana perginya nilai ibadah dalam kerjaya saya itu?"

ok ok... saya tak mengeluh ok... saya cuma nak meluahkan rasa terkilan saya dengan peluang yg tak mampu sy rebut je :-P tapi keje tetap keje, tak pernah pulak nak rasa susah cuma badan agak kecapekkan sedikit sejak kebelakangan ini... saya sentiasa perlu terkejar2 ke sana dan ke mari tanpa henti di siang hari, dan kerja berlarutan juga hingga pkl 8~9 malam.... Alahai cik min, bukan selalu pon camni kan... dah smpai kat keadaan lambakan keje dan masalah timbul bertimpa2... makanya berusahalah untuk menyelesaikan kesemua itu satu persatu secepat mungkin supaya segalanya berjalan lancar ;)
-
Sebaik saja sampai ke rumah semalam... jam dah menghampiri 11 malam... mak pon dah berbaring tunggu masa je nak 'hanyut'... sambil sembang ringan2 dengan adik2, tiba2 terkeluar soal desktop kat rumah tu...

"ninah on tadi, takde bunyi kak... nape ngan speaker tu? dah on, lampu(LED) pon nyala je tapi takde suara..."
"aiyok, awat pulak? ke tak pasang plug?
"kalau tak pasang plug takkan lampu(LED) speaker tu nyala kak..."
"a..ah kan, ye tak ye... hehehe"


Lepas tu teringat pulak semalam mak ada cakap...
"akak, kura-kura(air-revitalisor) dah tak bergerak dah motor dia..."
**********************************************************


RESAH GELISAH :
-
Lepas sahur pagi tadi, saya terus on computer... nak check apa yang jadi... Alhamdulillah bila bukak je window tu terus keluar suara... lega rasanya... mungkin ada kesilapan teknikal sket semalam...

Sebelum subuh, dah terdetik di hati "bawak la 'kura2' tu pi jumpa penjual dia balik...awat jadi gini.. baru je sangat beli, dah la hadiah bday mak tu..."

Gelisah betul saya bila barang-barang yg ada kat rumah tu tak berfungsi dengan baik... saya memang pantang kalau dengar perkataan "rosak", kan best kalau kita ada sesuatu barang tu, dia takkan rosak, dan terus dapat menjalankan tugasnya dengan baik kan? takyah pening kepala... tapi bila dia dah rosak, saya pon mula la pening kepala @_@ cepat2 nak bawak benda2 tu pergi jumpa 'doktor' mereka supaya dapat berfungsi semula seperti biasa...
********************************************************

KITA SEBAGAI PELIMIK:
-
Usai saje solat subuh, terdetik saya satu perkara... tentang keadaan KITA SEBAGAI PEMILIK....

Sebagai pemilik yang telah memiliki sesuatu, kita selalu akan RESAH bila harta kita tu dah tak berfungsi... kadang2 boleh huru-hara hidup... masih jelas reaksi officemate saya bila tiba2 blackberry miliknya tetiba je mendeletekan smua data2 yg ada... terserang virus kalau tak silap saya time tu... pucat lesi muka, berpeluh2... resah gelisah... "habis la nombor2 member hilang nanti... ada lebih drpd 400 nombor ni..."

Bercakap tentang HP, skarang ni smart phone menjadi pilihan ramai... walaupun sy tak pakai smart phone tp jauh di sudut hati kalau ada mmg best la kan... multifunction sape tak sukaa.... satu phone boleh buat macam2 keje... punyai pelbagai fungsi... nak tepon member boleh, nak sms,mms,video call,nak main tenet boleh, fb boleh... nak jadikan recorder boleh, tangkap gambar bleh, tangkap video bleh...nak jadikan mp3 boleh,mp4 boleh...nak dengar radio pon boleh.... ishkkk banyak lagi la fungsinya.... sbb tu ramai yang mengidamkan barang2 yg multifunction ni, sanggup ikat perut untuk menjadi pemilik kepada barang tersebut... barang baik la katakan....

Sekali tetiba barang yg multifunction ni rosak pulak... ringtone phone bunyi tak kuat... speaker ada prob, atau skrin phone tu tiba2 makin kelabu, sampai kadang2 gelap sekali sekala... atau tiba-tiba internet tak bleh connect... ishk huru hara betul phone ni... cepat2 bawak pergi jumpa 'doktor'...

Setelah beberapa kali pergi repair.... masalah yang sama muncul... kadang2 rosak yang lain pulak datang... haihhh naik give up+geram dah ni... kejap ok kejap tak... rasa NAK HEMPUK pon dah datang!!!

Dalam dok geram-geram tapi masih sayang... ye la benda berjasa pada kita kan... banyak kenangan... pastu harta kesayangan plak tu... dalam geram-geram sayang tu, kita ketuk sket phone tu kat meja..."kelepuk".... tak kuat mana pon...ketuk2 manja... lepas ketuk tu; "aik, magic!!! dah ok... aaa nak kena ketuk sikit rupanya.... hehehe". Maka hati pon berbunga2 semula... "aku sayang kat ko ni phone oi! so jgn buat perangai lagi ok..."

Tak berapa lama lepas tu, Sekejap ok, sekejap tak... marah-marah sayang dah jadi geram-geram benci... hati mula membara... bila lalu je kedai handphone, mata dah start jeling-jeling kat handphone baru... dengan malu-malu kucing siam, sikit demi sikit kaki terseret ke kedai phone... survey2...tanya2 harga handphone baru... terdetik jugak la kat hati... "duit tak berapa cukup ni, blackberry kesayanganku, sila jgn buat perangai selalu ye, repair pon makan duit jugak... kalau tambah-tambah duit repair ko tu, aku dah bleh beli i-phone dah ni..."

Kesabaran manusia ada hadnya... tetiba blackberry tu pon terus menggelapkan dirinya... tak nampak apa dah kat skrin tu... "hai ko ni blackberry, mmg dah habis hayat dah, ermm gaji dah masuk ari ni... takpe la beli i-phone baru la... gudbye blackberry..." kedepuk... dengan rasa berbesar hati, si pemilik blackberry ni tadi melemparkan blackberry yg pernah menjadi kesayangannya itu ke dalam tong sampah... matanya bersinar2 nak dapatkan i-phone kejap lagi...
*****************************************************

ALLAH SEBAGAI PEMILIK:

Semua tau, kita semua di dunia ini adalah milik ALLAH SWT... tadi telah kita letakkan diri kita sebagai seorang pemilik... sekarang mari kita lihat ALLAH sebagai pemilik... ALLAH menciptakan kita ke dunia ini kerana DIA juga terlalu ingin memiliki kita sebagaimana kita terlalu mengidamkan sesuatu untuk dimiliki... Dia ciptakan kita dengan satu tujuan yang jelas....

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi." (Al Baqarah: 30)

" Ingatlah ! Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Ku." (Az Zariyat : 56)

Andainya barang-barang milikan kita punyai fungsi pada kita, kita juga punyai fungsi pada PEMILIK HAKIKI kita... dan fungsi kita jelas seperti difirmankan oleh ALLAH SWT. Sepertimana kita menyukai barang yang multifunction, ALLAH juga menyukai kita yang multifunction... seorang hamba yang berfungsi sebagai seorang hamba yang baik... seorang anak yang mentaati ibu bapa, seorang saudara yang mengutamakan sauda-saudaranya yang lain... seorang ibu/bapa yang mampu mendidik anak-anak menjadi generasi yang baik... seorang teman yang setia dan sentiasa memberi lebih dr menerima... seorang pekerja yang melaksanakan tugas dengan ikhlas dan amanah... dan sebagainya.... makin banyak peranan dan fungsi kita... akan semakin menarik minat ALLAH untuk DIA TERUS MEMILIKI kita....

Dan, tatkala kita mula "ROSAK" ... adakah ALLAH akan mendiamkan diriNya sekiranya DIA sayangkan kita? sudah tentu tidak bukan? ALLAH akan berusaha me'repair' kita mengikut kerosakan kita... andai rosak hati, ditiupkan hidayah pada kita... tak sedar lagi? diuji sedikit untuk kita kembali padanya.... masih tak sedar? dikurniakan kita orang-orang perantara yang menasikatkan kita, memberi makanan jiwa pada kita agar kita sedar dan insaf... kita hantar barang2 kita jumpa doktor2 mereka, tapi ALLAH bawa doktor2 itu menghampiri kita... agar dengan itu, kita akan berubah dan kerosakan kita akan dalam diperbaiki....

Tapi apa yang berlaku, seperti mana yang kita tau, iman manusia ini ada pasang surutnya... sekejap tinggi, sekejap rendah.... sekejap takde langsung... maka ALLAH teramat khuatir.... perasaan ini melebihi perasaan gelisah kita tatkala barang milikan kita sekejap ok sekejap ko...

Maka apa yang ALLAH lakukan....seperti ketika kita berada dalam keadaan geram-geram sayang itu, ALLAH juga akan memberi sedikit "HEMPUKAN" pada kita berbentuk ujian yang mampu untuk kita hadapi bagi menyedarkan kita semula... supaya kita kembali kepada fungsi asal kita... selepas terkena hempukan itu, kita tersedar....

Alangkah malangnya andai fungsi kita yang lama kelamaan menjadi semakin lemah... apabila nafsu dan godaan merajai... apabila nafsu menjadi benda yang kita pegang... dan apabila hati menjadi gelap gelita... maka kita akan terus "ROSAK DARI FUNGSI ASAL PENCIPTAAN MANUSIA"... apabila puas ALLAH berikan petunjuk untuk DIA me'repair' kita, tapi kita masih juga terus-terus rosak dalam dunia kita sendiri... Akhirnya jatuhlah MURKA ALLAH....

Dan di saat ALLAH mulai murka, maka Dia akan palingkan wajahNya dari kita... kuingatkan diriku dan teman-teman... insafilah diri kita... jangan sampai ALLAH membiarkan kita hanyut dalam gelita... jangan sampai ALLAH berputus asa dengan sikat kita... jangan sampai ALLAH berhenti daripada memberi hidayahNya kepada kita... jangan sampai ALLAH berhenti memberikan kasih-sayangNya kepada kita... jangan sampai ALLAH berhenti daripada menyedarkan kita dari 'kerosakan' diri kita hingga ALLAH membiarkan kita sendirian, lalu hanya kerana Dia kecewa dengan kita... jangan smpai PEMILIK KITA itu, meninggalkan kita... Yakinilah, ALLAH menyayangi kita...nikmatNya yang kita terima setiap saat sudah ckp kukuh utk menjadi bukti... maka CINTAI-lah Allah sepenuh hati...
Sekian, wassalam...

Assalamualaikum w.h.b

-
Usai sudah tugasan-tugasan saya pada hari ini... hari demi hari, hidup kita berlalu pergi... kadang-kadang hidup diisi seolah-olah sekadar memenuhi suratan dan ketentuan... memenuhi rutin-rutin yang jika diamati kitarannya hampir sama... maka saya mula mengira-ngira... melihat schedule saya, tugasan-tugasan saya, dan akhirnya meneliti semula matlamat dan jadual kehidupan saya... adakah saya masih berada di landasan yang telah saya rancang?

"Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal". Atas dasar itu, saya punyai perancangan peribadi saya, target hidup mungkin... punya cita-cita dan impian untuk memiliki kehidupan yang lebih baik... lalu saya terus menghitung dan menghitung... mengira dan mengira... masih on track kah aku? atau sudah tersasar?

Dalam keasyikan mengira-ngira dan menghitung2 di manakah saya sekarang ini, sedang menghisab pula pencapaian dan hasil ketika berusia 25 tahun 4 bulan... tiba-tiba saya teringatkan satu kisah... kisah pengiraan yang mengingatkan saya pada sesuatu...

**************************************************************************

-

MENGHITUNG USIA & DOSA

Teringat saya tentang kisah seorang wali bernama Amiya yang ketika itu berusia 60 tahun. Seorang yang terlalu banyak ibadahnya... terlalu dekat dirinya dengan jalan agama... kerana terlalu takut dengan dosa, wali ini benar-benar gusar dengan usianya yang semakin tua... dibenaknya sentiasa terfikir sudah bersediakan dia untuk bertemu Maha Penciptanya...

Lantas wali ini menghitung-hitung hari-hari dalam hidupnya, dan dia mendapati bahawa hari-hari dalam hidupnya sudahpun berjumlah 21,600 hari. Lantas dia berkata kepada dirinya sendiri;

"Celaka aku, sekiranya aku melakukan satu dosa sahaja setiap hari, bagaimana aku dapat melarikan diri dari timbunan 21,600 dosa?"

Dia pun memekik lalu rebah ke tanah. Ketika orang-orang lain datang untuk membangunkannya, mereka dapati dia telah meninggal dunia.

Inilah perhitungan atas ketakutan yang sebenarnya... menghitung dosa-dosa sehingga dia mencelakakan dirinya sendiri... lantas saya mula menghitung dosa-dosa saya...

25 tahun 4 bulan = 9125 hari + 122 hari = 9247 hari....

Andainya satu hari satu dosa... dosa minimum yg saya miliki sekarang ialah 9247 dosa... melihat pada diri sendiri... angka 9247 itu terlalu kecil untuk saya... dosa saya menggunung tinggi... maka dengan dosa2 inikah saya akan menghadapNya nanti? hari ini berlalu, esok juga menjanjikan dosa lagi untuk saya... kebaikan di mana? mampukah kebaikan saya mengatasi dosa2 yang dilakukan dalam sedar atau tidak itu?

Betapa banyak dosa kita... namun ALLAH itu terus juga melimpahkan rahmatNya pada kita tanpa putus2... segala yg ada pada kita adalah pinjaman dariNya semata-mata... pinjaman yang tak mungkin mampu kita bayar... tapi dalam kecuaian dan kejahilan kita, kita seringkali menambah murka Ilahi...

Pemurahnya ALLAH tiada tara...sebanyak mana jua dosa-dosa yang kita lakukan, pintu taubat untuk kita sentiasa terbuka... kita diberi kesempatan untuk memohon ampun atas segala dosa, kemudian mendidik diri agar tidak mengulangi dosa-dosa lampau...wallhua'lam...
-
Tuhanku...aku tidak layak untuk SyurgaMu,
Tapi tidak pula aku sanggup ke NerakaMu,
Oleh itu kurniakanku taubat,
Ampuankan dosaku,
Sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun,
Dosa-dosa besar...

Assalamualaikum w.h.b

Saya seringkali terkeliru dengan amalan-amalan malam nisfu sya'ban yang menjadi amalan masyarakat Malaysia pada hari ini. Berpusu-pusu ke masjid untuk membaca Yassin sebanyak 3 kali selepas waktu maghrib diselangi pula dengan doa2 memohon untuk (1) DIPANJANGKAN UMUR bagi beribadah kepada ALLAH, (2) DILUASKAN REZEKI yang halal dan berkat, dan (3) DIMATIKAN di dalam iman.

Secara peribadinya saya merasakan doa2 ini tidak salah dari segi hukum sebaliknya patut kita pohon, namun mengapa ditetapkan pada MALAM NISFU SYA'BAN dan ditetapkan pulak satu doa selepas setiap kali membaca YASSIN... mengapa tidak dirangkumi doa-doa tersebut serentak? adakah sebarang dalil atau hadith yang menceritakan tentang kesahihan amalan2 ini atau ianya sekadar bid'ah semata-mata...

Saya cuba mencari-cari jawapan kepada persoalan ini... drpd pengamatan yang lemah, saya dapati sememangnya amalan ini tidak diamalkan oleh Rasulullah dan para sabahat. Berikut saya pastekan artikel yang paling lengkap saya kira tentang isu ini... Sumbernya saya perolehi dari website surau al-mizan, Jalan Duta.

MALAM NISFU SYA'BAN

Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal? Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah. Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut? Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.


Seperti yang selalu saya lihat, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar, tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca AlQuran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca AlQuran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu?

Sebenarnya tiada hadith yang sahih yang memberitahu tentang bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban ini dan jika ada pun, ianya adalah hadith berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban yang dhaif dan juga terdapat dalam hadith maudhu’ (palsu). Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis dhaif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan. Tetapi tidak sekali-kali dengan hadith maudhu’. Ingat, hadith maudhu’ maknanya hadith PALSU, dan hadith PALSU hanyalah hadith yang direka-reka oleh golongan tertentu. Dengan kerana itu, adalah penting agar kita berhati-hati dalam memahami martabat sesuatu hadith itu.

Namun , dalam soal bacaan Yasin sebanyak 3 kali dalam nisfu Syaaban tetap tidak ada hadith yang sahih berkenaannya dan amalan tersebut tiada ditunjukkan contoh langsung oleh nabi dan sahabat. Maka mengapa kita sekarang ini mengadakan majlis tersebut di masjid-masjid apabila tibanya malam nisfu Syaaban sahaja? Mengapa perlu menetapkan malam itu untuk membaca Yasin 3 kali dan berduyun-duyun menuju ke masjid sedangkan malam lain tidak? Itu yang perlu diperhati bersama.

Dan saya tidak berani mengatakan amalan tersebut haram. tetapi kita perlu ingat, amalan ibadah khusus yang bukannya berasal dari nabi sudah dikira bid’ah dan dibimbangi amalan itu akan menjadi penat dan lelah semata-mata kerana tidak berasas atau menambah dosa sahaja. Tetapi menurut fatwa dari Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, amalan itu dikira bid’ah dan penjelasannya ada saya sertakan di bawah nanti.

Maka sebaiknya adalah kita lakukan sahaja amalan membaca Yasin atau apa-apa sahaja bacaan AlQuran , tanpa perlu dikhususkan 3 kali dan seumpamanya. Dan yang penting, bacaan itu biarlah TERTIB, TENANG dan memberi keinsafan kepada kita dan bukannya semata-mata mahu mengejar pahala sehingga membaca AlQuran dengan tergopoh dan salah tajwid dan mengatakan sepatutnya melakukan bacaan Yasin 3 kali itu.

PENGERTIAN NISFU SYA'BAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

FATWA MERAYAKAN MALAM NISFU SYA'BAN

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masa kini tentang sahih batilnya amalan ini.

Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.

Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.

Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini!

SOLAT SUNAT NISFU SYA'BAN

Firman Allah (mafhumnya): “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” [al-Maa’idah 5:3]. “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?” [al-Syur.a 42:21]

Dalam kitab al-Sahihain diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.”

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Jabir r.a, Nabi (s.a.w) bersabda dalam khutbah Baginda: “Tetaplah kamu dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa’ Rasyidun, serta berpegang teguhlah padanya… Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid’ah dan setiap perkara bid’ah itu adalah sesat.” Terdapat banyak lagi ayat Qur’an dan hadis yang seumpamanya.

Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Allah telah sempurnakan agama umat ini, dan mencukupkan nikmatNya ke atas mereka. Tuhan tidak mengambil nyawa RasulNya sehinggalah Baginda selesai menyampaikan perutusan dengan seterang-terangnya dan menghuraikan kepada ummah segala apa yang telah diperintahkan Allah samada amalan perbuatan mahupun percakapan. Baginda s.a.w telah menerangkan bahawa untuk ibadah yang direka selepas kewafatan Baginda, segala bacaan dan amalan yang kononnya dilakukan menurut Islam, kesemua ini akan dicampakkan kembali kepada orang yang mencipta amalan tersebut, meskipun ia berniat baik.

Para Sahabat Nabi s.a.w tahu tentang hakikat ini, begitu juga para salaf selepas mereka. Mereka mengecam bid’ah dan menegahnya, sebagaimana telah dicatatkan dalam kitab-kitab yang menyanjung Sunnah dan mengecam bid’ah, ditulis oleh bin Waddah, al-Tartushi, bin Shamah dan lain-lain.

Antara amalan bid’ah yang direka manusia ialah menyambut hari pertengahan dalam bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan menganjurkan puasa pada hari tersebut. Tidak ada nas (dalil) yang boleh dipercayai tentang puasa ini. Ada beberapa hadis dhaif telah dirujuk tentang fadhilat puasa ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan pegangan. Hadis-hadis diriwayatkan mengenai fadhilat doa sempena nisfu Syaaban kesemuanya adalah maudhu’ (rekaan semata-mata), sebagaimana telah diperjelaskan oleh sebahagian besar alim ulama. Kita akan lihat beberapa petikan dari ulasan para alim ulama ini.

Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban adalah bid’ah, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu’ (rekaan). Antara ulama yang memperjelaskan hal ini adalah al-Haafiz bin Rejab, di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif, dan lain-lain. Hadis-hadis dha`if berkenaan ibadah hanya boleh diterimapakai untuk amalan ibadat yang terdapat menerusi nas-nas yang Sahih. Tidak ada asas yang Sahih bagi sambutan nisfu Syaaban, oleh itu hadis-hadis dha`if tersebut tidak dapat digunapakai.

Prinsip asas yang penting ini telah disebutkan oleh Imam Abu’l-‘Abbas Sheikh al-Islam bin Taymiyah (rahimahullah). Para alim ulama (rahimahumullah) telah sepakat bahawa apabila wujud perselisihan di kalangan umat, maka wajiblah merujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Apa-apa keputusan yang diperolehi daripada salah satu atau kedua-duanya adalah syariat yang wajib ditaati, sebaliknya apa-apa yang didapati bercanggah dengan kedua-duanya mestilah ditolak. Oleh itu sebarang amalan ibadat yang tidak dinyatakan di dalam kedua-dua (Qur’an dan Sunnah) adalah bid’ah dan tidak dibenarkan melakukannya, apatah lagi mengajak orang lain melakukannya atau mengiktirafkannya.

Sebagaimana Firman Allah (mafhumnya): “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” [al-Nisa’ 4:59]

“Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).”[al-Shura 42:10]. “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Aal ‘Imr.an 3:31]

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” [al-Nisa’ 4:65]

Banyak lagi ayat-ayat lain yang serupa maksudnya seperti di atas, yang menyatakan dengan jelas bahawa sebarang perselisihan wajib dirujuk kepada Qur’an dan Sunnah, seterusnya wajib mentaati keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua Nas ini. Ini merupakan syarat iman, dan inilah yang terbaik untuk manusia di dunia dan di akhirat: “Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” [al-Nisa’ 4:59 – mafhumnya] maksudnya ialah Hari Akhirat.

Al-Hafiz bin Rejab (R.A) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif tentang isu ini – setelah membincangkannya secara panjang lebar – “Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in di kalangan penduduk Sham, antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut. Orang awam menganggap bahawa malam tersebut adalah mulia kerana perbuatan mereka ini. Disebutkan bahawa mereka telah mendengar riwayat-riwayat Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut, sedangkan jumhur ulama di Hijaz menolak kesahihan riwayat ini, antara mereka adalah ‘Ata’ dan Ibnu Abi Malikah. ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan fatwa ini daripada fuqaha’ (Ulama Ahli Fiqh) di Madinah, dan inilah pandangan ulama-ulama Maliki dan lain-lain. Kata mereka: semua ini adalah bid’ah…

Imam Ahmad tidak pernah diketahui menyebut apa-apa pun tentang (adanya sambutan) Malam Nisfu Syaaban… Tentang amalan berdoa sepanjang Malam Nisfu Syaaban, tidak ada riwayat yang sahih daripada Nabi (s.a.w) ataupun daripada Para Sahabat Baginda …”

Inilah apa yang telah disebutkan oleh al-Hafiz bin Rejab (R.A). Beliau menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada langsung riwayat sahih daripada Rasulullah s.a.w mahupun daripada Sahabat-sahabat Baginda (R.A) mengenai Malam Nisfu Shaaban (pertengahan bulan Syaaban).

Dalam keadaan di mana tidak ada bukti shar’i bahawa apa-apa perkara itu disuruh oleh Islam, tidak dibenarkan bagi Umat Islam untuk mereka-reka perkara baru dalam agama Allah, tidak kiralah ianya amalan perseorangan ataupun berkumpulan, samada dilakukan secara terbuka mahupun tertutup, berdasarkan maksud umum hadith Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa melakukan apa sahaja amalan yang bukan sebahagian daripada urusan kita ini [Islam], amalan itu akan tertolak.” Banyak lagi dalil yang menegaskan bahawa bid’ah mesti ditegah dan memerintahkan agar menjauhinya.

Imam Abu Bakr al-Tartushi (R.A) menyebut dalam kitabnya al-Hawadith wa’l-Bida’: “Ibn Waddah meriwayatkan bahawa Zayd bin Aslam berkata: Kami tidak pernah menemui seorang pun dari kalangan ulama dan and fuqaha’ kami yang memberi perhatian lebih kepada Malam Nisfu Shaaban, tidak ada juga yang memberi perhatian kepada hadith Makhul, atau yang beranggapan bahawa malam tersebut adalah lebih istimewa daripada malam-malam lain. Pernah ada orang mengadu kepada Ibnu Abi Maleekah bahawa Ziyad an-Numairi mengatakan bahawa pahala di Malam Nisfu Shaaban adalah menyamai pahala Lailatul-Qadar. Beliau menjawab, “Sekiranya aku dengar sendiri dia berkata begitu dan ada kayu di tanganku, pasti aku akan memukulnya (dengan kayu itu). Ziyad seorang pereka cerita.”

Al-Shaukani (R.A) berkata dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah: “Hadith yang berbunyi: ‘Wahai ‘Ali, barangsiapa bersolat seratus rakaat di Malam Nisfu Shaaban, dengan membaca pada setiap rakaat Ummul Kitab [Surah al-Fatihah] dan Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali, Allah akan memenuhi segala keperluannya…’ Hadis ini maudhu’ (rekaan semata-mata). Susunan katanya menyebut dengan jelas ganjaran yang akan diterima oleh orang yang melakukannya, dan tidak ada orang yang waras yang boleh meragui bahawa ‘hadis’ ini adalah rekaan. Lebih-lebih lagi, perawi dalam isnad hadis ini adalah majhul (tidak dikenali). ‘Hadis’ ini juga diriwayatkan melalui sanad yang lain, yang mana kesemua adalah direka dan kesemua perawinya adalah are majhul (tidak diketahui asal-usulnya).

Di dalam kitab al-Mukhtasar, beliau menukilkan: Hadith yang menyebut tentang solat di tengah bulan Syaaban adalah hadis palsu, dan hadis Ali yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban – “ Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, penuhilah malamnya dengan solat dan berpuasalah di siang harinya” – adalah dhaif (lemah).

Di dalam kitab al-La’aali’ beliau berkata, “Seratus rakaat di pertengahan Syaaban, membaca (Surah) al-Ikhlas sepuluh kali di setiap rakaat… (hadis ini) adalah maudhu’ (direka), dan kesemua perawi dalam tiga isnadnya adalah majhul (tidak dikenali) dan dhaif (lemah). Katanya lagi: dan dua belas rakaat, membaca al-Ikhlaas tiga puluh kali setiap rakaat, ini juga adalah maudhu’; dan empat belas (rakaat), juga adalah maudhu’.

Beberapa orang fuqaha’ telah tertipu oleh hadis palsu ini, antaranya pengarang al-Ihya’ dan lain-lain, dan juga sebahagian ulama mufassirin. Solat khusus di malam ini – di pertengahan bulan Syaaban – telah diterangkan dalam pelbagai bentuk, kesemuanya adalah palsu dan direka-reka.”

Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata: “Hadith tentang solat di malam pertengahan Syaaban adalah maudhu’, dan disandarkan secara palsu terhadap Rasulullah s.a.w.”

Imam al-Nawawi berkata di dalam bukunya al-Majmu’: “Sembahyang yang dikenali sebagai solat al-raghaa’ib, didirikan sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan ‘Isyak pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab, dan sembahyang sunat Malam Nisfu Shaaban, sebanyak seratus rakaat – kedua-dua sembahyang ini adalah bid’ah yang tercela. Sepatutnya orang ramai tidak tertipu disebabkan ianya disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya’ ‘Ulum al-Din, atau oleh hadis-hadis yang disebutkan dalam kedua-dua kitab ini. Kesemuanya adalah palsu. Orang ramai juga tidak sepatutnya tertipu disebabkan kerana beberapa imam telah keliru dalam hal ini dan menulis beberapa helaian yang menyebut bahawa sembahyang ini adalah mustahabb (sunat), kerana dalam hal ini mereka tersilap.”

Sheikh al-Imam Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman bin Isma’il al-Maqdisi telah menulis sebuah kitab yang amat berharga, yang membuktikan bahawa riwayat-riwayat tersebut adalah palsu, dan jasa beliau sangatlah besar. Alim `ulama telah membincangkan hal ini dengan panjang lebar, dan sekiranya kami ingin memetik keseluruhan perbincangan tersebut untuk dicatatkan di sini, tentu akan mengambil masa yang sangat panjang. Mudah-mudahan apa yang telah disebutkan di atas sudah memadai bagi anda yang mencari kebenaran.

Daripada ayat-ayat Qur’an, hadis-hadis dan pendapat ulama yang dipetik di atas, sudah jelas bagi kita bahawa menyambut pertengahan bulan Syaaban dengan cara bersembahyang di malamnya atau dengan mana-mana cara yang lain, atau dengan mengkhususkan puasa pada hari tersebut, adalah bid’ah yang ditolak oleh jumhur ulama. Amalan tersebut tiada asas dalam syariat Islam yang tulen; bahkan ianya hanyalah salah satu perkara yang diada-adakan dalam Islam selepas berakhirnya zaman Sahabat (radhiallahu `anhum).

Amat memadai, dalam hal ini, untuk kita fahami kalam Allah (mafhumnya):
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu untukmu..…”[al-Ma’idah 5:3]. dan beberapa ayat yang seumpamanya; dan kata-kata Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang (pada hakikatnya) bukan sebahagian daripadanya, tidak akan diterima” dan beberapa hadis yang serupa.

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Abu Hurarah (R.A) berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk bersembahyang malam dan janganlah khususkan siang hari Jumaat untuk berpuasa, melainkan jika puasa di hari itu adalah sebahagian daripada puasa-puasa yang kamu amalkan berterusan-berterusan.’”

Seandainya dibenarkan untuk mengkhususkan mana-mana malam untuk amalan ibadah yang istimewa, sudah tentu malam Jumaat adalah yang paling sesuai, kerana siang hari Jumaat adalah hari yang paling baik bermula terbit mataharinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis Sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Memandangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri melarang dari mengkhususkan malam tersebut untuk bertahajjud, itu menandakan bahawa adalah lebih dilarang sekiranya dikhususkan malam-malam lain untuk sebarang bentuk ibadat, kecuali di mana terdapat nas yang Sahih yang mengkhususkan malam tertentu.

Oleh kerana telah disyariatkan untuk memenuhi malam Lailatul-Qadr dan malam-malam lain di bulan Ramadhan dengan bersolat, Rasulullah s.a.w memberi perhatian kepadanya dan menyuruh umatnya bersolat malam sepanjang tempoh tersebut. Baginda sendiri melaksanakannya, sebagaimana disebut dalam al-Sahihain, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa bersolat qiyam di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, Allah akan ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” dan “Barangsiapa memenuhi malam Lailatul Qadr dengan bersolat (sunat) disebabkan iman dan mencari pahala, Allah ampunkan kesemua dosanya yang telah lalu.”

Akan tetapi sekiranya disyariatkan untuk mengkhususkan malam pertengahan bulan Syaaban, atau malam Jumaat pertama di bulan Rejab, atau di malam Isra’ dan Mi’raj, dengan meraikannya ataupun dengan melakukan amalan ibadat yang khusus, maka sudah tentu Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya melakukannya, dan Baginda sendiri melakukannya. Jika pernah berlaku sedemikian, para Sahabat Baginda (R.A) pasti akan memperturunkan amalan amalan tersebut kepada umat terkemudian; tidak mungkin mereka menyembunyikan amalan daripada umat terkemudian, kerana mereka adalah generasi yang terbaik dan yang paling amanah selepas Rasulullah, radhiallahu `anhum, dan semoga Allah merahmati kesemua sahabat Rasulullah s.a.w.

Sekarang kita telah membaca sendiri kata-kata ulama yang dipetik di atas bahawa tidak ada riwayat daripada Rasulullah s.a.w mahupun Para Sahabat (R.A) berkenaan kelebihan malam Jumaat pertama bulan Rejab, atau malam pertengahan bulan Syaaban. Maka kita tahu bahawa menyambut hari tersebut adalah satu perkara baru yang dimasukkan ke dalam Islam, dan mengkhususkan waktu-waktu ini untuk amalan ibadat tertentu adalah bid’ah yang tercela.

Samalah juga dengan sambutan malam ke dua puluh tujuh bulan Rejab, yang mana disangkakan oleh sesetengah orang sebagai malam Isra’ dan Mi’raj; tidak dibenarkan mengkhususkan hari tersebut untuk amalan tertentu, atau meraikan tarikh tersebut, berdasarkan dalil yang dipetik di atas. Ini sekiranya tarikh sebenar Isra’ and Mi’raj telah diketahui, maka bagaimana sekiranya pandangan ulama yang benar adalah tarikh sebanar Isra’ and Mi’raj tidak diketahui! Pandangan yang mengatakan ianya berlaku pada malam ke dua puluh tujuh di bulan Rejab adalah riwayat yang palsu yang tiada asas dalam hadis-hadis sahih. Baik sekiranya seseorang itu berkata: “Perkara paling baik adalah yang mengikut jalan para salaf, dan perkara paling buruk adalah perkara yang diada-adakan.”

Kita memohon agar Allah membantu kita dan seluruh umat Islam untuk berpegang teguh kepada Sunnah dan menjauhi segala yang bertentangan dengannya, kerana Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Semoga Allah merahmati Pesuruh dan UtusanNya, Nabi kita Muhammad s.a.w, serta kesemua ahli keluarga dan Para Sahabat baginda.

Ulasan dan terjemahan fatwa : www.darulkautsar.com
[Dipetik daripada Majmu’ Fatawa Samahat al-Sheikh ‘Abdul-‘Aziz bin Baz, 2/882]

Rujukan :
1 – http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm
2 – http://www.darulkautsar.com


Pada pemahaman saya yang lemah ini, amalan membaca Yassin 3 kali ini adalah bid'ah semata-mata... biarpun hanya sekali, asalkan betul tajwidnya... itu lebih penting daripada tergesa-gesa... betapa ruginya kita mendambakan ganjaran yang besar sempena hari yang bermakna, tetapi akhirnya tanpa sedar dosa yang menjadi habuan kita...

Apa yang lebih baik kita ikuti sunnah Rasulullah SAW. Itulah sebaik-baik panduan dan ikutan... Yang terpenting... Manfaatkanlah malam Nisfu Sya'ban untuk berzikir dan memohon keampunan kepada ALLAH SWT dengan bersungguh-sungguh, insyaALLAH kita doakan ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita... Apa2 pon mari kita ramai2 puasa sunat hari Isnin ni... sekian dulu, wassalam.
-
P/S : andai salah pemahaman saya, harap dibetulkan... terima kasih.

Assalamualaikum w.h.b

Tiba-tiba lagu I'm not afraid to stand alone nyanyian Native Deen terngiang-ngiang di telinga saya... Lagu ini mempunyai isi cerita yang sangat menarik... liriknya penuh makna... melihat video clipnya lebih menarik... untuk kesan mendidik iman yang maksimum melalui lagu ini, disarankan agar menghayati lirik sambil menonton video clipnya... air mata pernah mengalir, jantung saya berdebar2 dan ada satu rasa yang menggetarkan jiwa ketika pertama kali saya melihat dan mendengar video clip I'm not afraid to stand alone.

Ketika itu saya benar-benar jatuh cinta dengan isi penceritaan lagu ini... hingga sekarang ini adalah antara lagu yang benar-benar memberi kesan kepada saya... sila hayatinya... hayati sepenuh jiwa kita... bila ada satu keyakinan bahawa ALLAH sentiasa bersama, biarlah apa jua dugaan, halangan dan rintangan mendatang... kita pasti akan terus percaya bahawa kita tak pernah sendiri...

Firman ALLAH SWT ; " Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu mengenai AKU, maka (beritahu kepada mereka); Sesungguhnya AKU (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka), AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU". [Surah Al Baqarah : ayat 186]



Chorus
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything will be alright
I am not afraid to stand alone
Gonna keep my head up high

Single mother raising her children
Now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Got a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

Got a call for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love -
They brought her in, told her she's the number one pick
“You got the job, but you gotta lose the outfit"

It's a tough position that you put me in
Cause I’ve been struggling with my two children
But I'll continue looking for a job again
My faith and my religion now will never bend

Chorus

Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know when I’m praying and fasting’
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour...

Then one day there’s a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don’t see me sweating when they’re jokes're cracking
Never see me cussing’ with my pants saggin’
I aint never running yo I’m still standing
I ride with Allah to the very end

Chorus

I am not afraid to stand alone...

Now, I’m a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don’t dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more….

Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn’t cute
And they get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and that’s the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me I’m a brotha gotta stand my ground
I aint gonna shudder, when the gangs around
Peer pressure whatever, its my planet now

Others may fall, I’mma hold my own
With Allah’s help I’ll be strong as stone
And I’mma be brave and let Al Islam be shown
Cause you I know I not afraid to stand alone

Assalamualaikum w.h.b

Alhamdulillah, walaupun hari ini saya agak kurang sihat, tetapi ALLAH masih kurniakan saya daya untuk menjalankan aktiviti seperti biasa... syukur padaNya kerana masih memberikan kita peluang untuk lebih memperbaiki diri... Pantas benar masa berlalu, hari ini sudah masuk 4 Sya'ban... adakah telah kita ambil kesempatan Sya'ban dengan baik? hehe saya masih lagi "biasa-biasa", masih belum mampu menjadikan diri "luar biasa"...
Sejak semalam mmg badan dah rasa tak sedap, waktu malam tekak dah mula kering dan sakit2... oh, ini petanda besar saya bakal demam!!! seperti yang diduga, bangun je pagi mmg badan dah panas sikit, hidung juga dah tersumbat, dan tiba2 terasa lelehan jernih mengalir hampir2 memasuki mulut... erkks... dah macam kembali ke zaman hingusan masa kecik2 dulu pulak... bingkas bangun dari tempat tidur, oh, kepala rasa pening!!! memang berat je kepala... terus capai tuala ke bilik air... Sejuk benar air...

Selesai urusan, saya mengadu pada mak, nak bermanja...
"mak, akak rasa nak demam...camne ni...."
"sihat dah lama kan... ALLAH bagi sakit sikit je tu, nak buang dosa..."
"hehehe" saya menyengih je sambil memeluk mak.

********************************************************************************************

KESEMPATAN YANG ADA :
Ya, betul kata mak... dah lama kan ALLAH bagi sihat *^^*
ni sikit je, ALLAH uji sikit dengan rasa sakit supaya kita ingat indahnya nikmat SIHAT tu... kerana itu kita umat Islam diingatkan tentang 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara...

1) SIHAT sebelum SAKIT
2) LAPANG selelum SEMPIT
3) MUDA sebelum TUA
4) KAYA sebelum MISKIN
5) HIDUP sebelum MATI

Hakikatnya manusia seringkali kurang menghargai peluang dan kelebihan yang ada didepan mata hinggalah kita kehilangannya... bila kesempatan dan kebaikan itu hilang, maka akan timbullah penyesalan...

Waktu sakit - "Kalaulah SIHAT, kan bagus... boleh buat itu ini..."
Waktu sibuk - "Kalaulah ADA MASA macam dulu2, mesti sempat nak buat itu ini..."
Waktu berusia - "Kalaulah MASIH MUDA, mesti kuat nak buat itu ini..."
Waktu sempit wang ringgit - "Kalaulah masa ADA DUIT dulu, dimanfaatkan betul-betul..."'
Waktu menghampiri mati - "Kalaulah masa HIDUP SIHAT, MASA ADA KELAPANGAN, MASA MUDA2 dulu, MASA BERDUIT dulu, aku luangkan segala2nya untuk mendekatkan diri pada ALLAH, untuk BERIBADAH..." tut.....tut.....tut...... innalillah....lalu Izrail melaksanakan tugasnya...

Kata arwah ayah, perkataan "KALAU" itu sangat bahaya.... "KALAU" akan buat kita jadi orang yang takkan mampu melangkah lebih maju ke depan dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi... "KALAU" itu andainya diletakkan di atas gunung, gunung juga tak mampu nak tampung kerana "KALAU" hanya buat kita hidup di alam fantasi, "KALAU" menjauhkan kita dari realiti....

Maka jauhilah "KALAU", mulai sekarang berusaha selangkah demi selangkah untuk terus memperaiki diri tanpa memikirkan "KALAU" kerana akhirnya nanti "KALAU" hanya akan menimbulkan seribu satu penyesalan yang tiada berkesudahan...
********************************************************************************************

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA :
Kita kerap dengar orang kata "sakit itu penghapus dosa". Benarkah?

Dari Abdullah r.a berkata: “Aku datang mengunjungi Rasulullah S.A.W ketika baginda sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata “ ya, Rasulullah ! demammu bertambah teruk.” Jawab baginda “ memang demamku sama dengan dua orang kamu.” Kataku pula, “ semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda : “ semoga!” kemudian sabda baginda pula : “ tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” Benar sekali, sakit itu penghapus dosa, tapi dosa hanya akan terhabus bagi mereka yang redha dengan kesakitan... ini ujian ALLAH, ALLAH menguji keimanan kita... andai kita berkeluh kesah, merungut2 kesakitan dan mempersoalkan pula qada' dan qadar ALLAH, maka semakin nipislah iman kita... dengan itu, jangankan terhapus dosa, bagi yang berkeluh-kesah, mungkin dosa pula menjadi habuan kita... sama-sama kita selami hati masing-masing, ayuh sama-sama kita menjadi hamba yang sentiasa redha agar ganjaran bisa kita peroleh, iman dan aqidah juga akan terus dituai...
-
Dari Anas r.a berkata, Rasulullah bersabda “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa ALLAH apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan ALLAH, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu , maka dia akan mendapat kemurkaan daripada ALLAH.” ( at-tirmidzi dan ibnu majah).

Mudah-mudahan hati kita sering redha dengan ujianNya tak kira datang dalam apa bentuk sekalipun...wassalam...

Assalamualaikum w.b.h

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib.

Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

Terdapat pelbagai pengajaran di sebalik kejadian Israk Mikraj ini yang boleh dijadikan iktibar. Namun, saya begitu tertarik dengan 2 pengajaran penting daripadanya iaitu.

1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.

Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.

Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.

2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.

Jika perkara yang sama itu disampaikan pada kita sekarang. Adakah kita akan mempercayai dan beriman dengannya sebagaimana Abu Bakar? Atau kita akan mula menggunakan logik akal kita lalu akan menolak kesahihan peristiwa itu dengan alasan tak masuk akal dan tak logik? Kita akan mula mengeluarkan teori sains yang kita tahu yang menafikan manusia boleh merentasi 7 langit hanya dalam satu malam. Mungkinkah jugakah kita akan ketawa sinis dan mempersendakan berita itu sebagai karut?

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya, akan mengukuhkan keimanan kita dan memperkuatkan rasa takjub kepada kekuasaan Allah dalam mengatur kehidupan makhluk Nya. Peristiwa Israk Mikraj mengajar untuk percaya kepada perkara ghaib dan percaya kepada Al-Qur’an dan Hadith sebagai panduan dan penyelesai kepada masalah hidup manusia.
==========
Bukan tulisan saya ye... saya tertarik dgn isi kandungannya, kebetulan saya nak tulis tentang 2 pengajaran ni juga... saya dengar dr program "Tanyalah Ustaz"... jadi memandangkan mendayg saya nak tulis tu dah ada sumbernya, jd saya copy paste je ;) sumber dari : http://jiwarasa.wordpress.com/2004/09/10/peristiwa-israk-mikraj/

Assalamualaikum w.h.b.

Dalam perjalanan ke office tadi, saya bersama-sama dgn officemate saya berborak-borak mengenangkan kembali kenangan indah waktu kami masih belajar di Korea dulu… pelbagai kenangan yang tak mungkin dilupakan, segala pahit manis tergaul mesra… Sambil berbual-bual, tiba-tiba sahabat saya itu meluahkan rasa “hairan” yang amat sukar difahami

Keluh kesah tanda gelisah… sungguh sukar untuk kami fahami…

“Dulu Na* pernah tanya A, tanya dah solat ke belum… dia mengaku la dia tak jaga sangat solat dia..”
“Iye Na? Dia ngaku la eh... ermm pelik kan…”
“Ye la, kalau pergi mana-mana, tengok wayang ke apa, agak tak syok la kan bila pilih time maghrib… Bilanya nak solat kan? A kata dia tak sempat nak seolat sebagainya…Na* cakap la, takde alasan orang kat Malaysia nak tinggal solat. kitorang kat sini(Korea) siap solat tepi tangga, tengah-tengah padang, tepi lift… kadang2 car park… tak kira tempat, asal boleh tunaikan solat, akan ditunaikan… tak kira ke mana saja kami pergi, apa juga kami buat, bila tiba waktu solat, kawan2 akan sama2 ingatkan…”
“aa betul, tak kira tempat kan… asal bersih kita jadikan tempat solat…siap orang tengok… buat muka pelik2 segala “


“ Tu la, sedangkan kat Malaysia surau merata-rata… mudah benar nak tunaikan solat tapi masih ramai lagi yang meringan2kan solat ni… ringan sungguh kan… rasa taknak buat ditinggalkan camtu je… Bukan kita nak tunjuk baik min, tapi rasa geram dan mmg tak faham kenapa suka sangat dok bagi alasan dan senang sangat nak tinggal2 solat ni…”
“so lepas Na* terangkan camtu apa A kata?”
“Dia tanya balik, ye ke? Alhamdulillah lepas tu dia kata dia dah berubah, sampai kawan-kawan dia pon pelik…bila nak ajak pegi makan lepas kelas, dia kata nak solat dulu, takut terlepas waktu…Tp Na* ckp kat dia blk, takpe la kawan2 kata pelik pon, bukannya berubah pada benda tak elok kan…”

*************************************************************************************

MAKAN ITU WAJIB KAN?

Alhamdulillah, kawan Na* si A tu dah berubah, tergerak sudah hatinya untuk menjaga apa yg wajib bagi kita umat ISLAM… Solat itu wajib, jadi tak seharusnya kita ringan2kan kewajipan itu… MAKAN itu wajib bukan? Kalau tak makan, manusia akan sakit… jadi semua orang beratkan soal makan… nasihat macam2 kita dengar dari orang yang kita sayang… nasihat yang sama juga selalu kita berikan pada orang yang kita sayang…

“Makan on time ye’’, “Makan yang berkhasiat”, “Makan pelan-pelan, jangan gelojoh”, “Nak rasa lagi sedap makanan tu, kena feel betul2 rasa dia… kena nikmati betul2 masa makanan tu masuk mulut”…

Waaaa… macam2 cara dan nasihat orang bagi bila berkaitan tentang MAKAN…sebab apa? Sebab MAKAN itu WAJIB!!! Kalau tak makan, manusia sakit… kalau tak makan manusia mati…

SOLAT itu apa HUKUMnya ye? Bukankah SOLAT itu WAJIB?... jadi sepatutnya nasihat yang sama patut kita berikan pada orang2 yang kita sayang…

“SOLAT on time ye’’, “SOLATlah dengan KHUSYUK”, “SOLAT pelan-pelan, jangan gelojoh”, “Nak rasa lagi sedap SOLAT tu, kena feel betul2 rasa dia… kena nikmati betul2 masa SOLAT tu dilaksanakan, baru datang seronoknya bersolat”…

*************************************************************************************

TIADA ALASAN

Seperti yang sahabat saya Na* katakan, bukan nak tunjuk siapa baik, tapi ini kewajipan kita… manusia hidup perlu saling ingat mengingati…itu pesan nabi...Alhamdulillah, saya punya teman-teman yang sentiasa ingat-mengingati... Alhamdulillah ALLAH letakkan saya bersama kawan2 yang tak pernah pentingkan diri, yang sentiasa fikirkan tentang asas2 agama sbg pendinding kami tak kira ke mana jua kami pergi... kami terlalu menyayangi semasa sendiri, dan atas dasar kasih sayang itulah, kami sering jaga-menjagai, menyedari hakikat jauh dari kelompok ISLAM sejagat, menyedari tiada yang dekat untuk menegur tingkah kami, maka masing2 memainkan peranan menjaga untuk rakan masing-masing...

SOLAT itu tiang agama maka seharusnya kita sentiasa memberatkannya… kalau tiang AGAMA itu goyah, maka runtuhlah agama itu sendiri… Dan kerana itu jugalah saya bersyukur pada ALLAH kerana mengurniakan saya kawan-kawan yang sentiasa tidak meringan-ringankan solat... ALHAMDULILLAH...

Sebaik pulang ke Malaysia, hati ini sungguh senang sekali... Ke mana saja kita pergi, tempat untuk menunailan solat sangat tidak sukar untuk dicari... maka kita di sini tak punya alasan untuk abaikan kewajipan...Benar sekali!!! TIADA ALASAN untuk kita umat ISLAM yang tinggal di MALAYSIA ni untuk tidak memunaikan solat. Tidak kita di mana, pasti ada surau… nak atau tidak sahaja sebenarnya…

Bertuahnya kita di sini, nak ke mana-mana, tak perlu bawa sejadah, tak perlu bawa kompas, tak perlu nak susah2 pakai Khuf. Sila rujuk link ini untuk keterangan lanjut tentang khuf http://www.duniadeen.com/2009/07/menghadapi-musim-sejuk-tips-02.html....

Nak pergi shopping? Shopping kompleks ada surau, nak pergi jalan2? R&R ada kat sepanjang highway… nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat? Masjid merata-rata… cantik-cantik dan indah belaka… Telekung? Rasanya tak perlu bawa pon takpe… masjid2 dan surau2 kita sekarang dah sediakan telekung yang bersih… Hatta di office kita pon sekarang dah ada surau… kalau takde surau yang office sediakan sekalipun, pasti ada bilik2 kecil yg kita boleh guna bila-bila masa saje untuk solat kan?

Bagi yang pernah hidup di rantauan, di Negara yang ISLAM adalah asing, pasti tau betapa sukarnya untuk menunaikan rukun ISLAM ke-2 itu. Sukar kerana tiada tempat yang mudah untuk kami singgah… sukar kerana tiada tempat yang disedikan untuk kami menunaikan solat… namun itu tak pernah dijadikan alasan… Alhamdulillah, saya punya teman yang sentiasa mengingatkan… yang WAJIB itu tetap WAJIB…

Ya, yang wajib itu tetap wajib… maka kami sangat sedih bila ditanya tentang arah qiblat, ada yang melopong… bila kami tanya tentang telekung, ada yg menjawab… “tak biasa solat kat ofis, susah la… nanti nak make up semula leceh”

Sedihnya rasa...pentingnya make up tu ye? Sampai solat itu jadi susah? Sampai solat itu melecehkan? Sampai solat itu boleh ditinggalkan? Maka ditanya pula“dah tu tak solat ke?”, “Qada’ je kat umah…” jawapan itu lebih menyedihkan… Kasihan pada mereka yang kurang faham tentang hukum menqada’kan solat… sememangnya ISLAM tidak menyusahkan penganutnya… kita sering dimudahkan… tapi perlulah kena dengan caranya....

Allah mahukan kemudahan bagi kamu dan tidak mahu kesukaran bagi dirimu’ [Al-Baqarah: 185]

Bukankah Islam itu mudah dan praktikal diamalkan di mana sahaja kita berada? Jamak, Qasar… segalanya adalah kemudahan yang dipbrikan kepada kita.. Hatta nak solat dalam kenderaan pon boleh, tak jadi masalah tapi perlu tau caranya… kerna itulah ilmu penting dalam beragama… Pabila kita tahu cara dan kemudahan yang ALLAH kurniankan pada kita, maka takkan timbul lagi ALASAN untuk meringan2kan solat…
Marilah sala-sama kita mendirikan solat sebelum kita disolatkan… Wassalam.

Assalamualaikum w.h.b.

Firman Allah SWT:

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”
(al-Israa’:32)
Firman di atas jelas menunjukkan, usahkan melakukan zina, mendekatinya juga dilarang keras. Apa jua jalan-jalan yang menjuruskan kepada titik permulaan zina amat ditegah Islam. Zina terbahagi kepada beberapa cabang iaitu zina mata, zina lisan, dan zina anggota badan.

Zina mata adalah dengan melihat perkara-perkara yang membawa ke arahnya, zina lisan adalah dengan berbicara tentangnya,zina hati pula berlaku bila kita berangan-angan membawa bayangan dan imaginasi yang bukan-bukan lalu membangkitkan nafsu dan kemudiannya menjadi punca menyebabkan kemaluan membenarkan nafsu mendustai diri hingga yang HARAM MENJADI HALAL… Dengan erti kata lain, kegagalan mengawal nafsu membawa kita kepada perkara-perkara keji yang menjurus kepada perbuatan melepaskan hawa nafsu dengan cara yang dilarang sama sekali.

Bila berbicara soal zina, terimbas satu isi ceramah yang pernah saya dengar… Sepertimana yang dicatatkan di dalam Al-Quran, sebaik sahaja dibangkitkan semula di padang mahsyar nanti, kita semua tidak akan lagi memperdulikan keadaan orang disekeliling kita, ketika itu masing-masing hanya mengambil kesah tentang diri sendiri… terlalu takut tentang nasib diri hingga tak punya masa untuk menoleh dan memikirkan keadaan orang lain…

Ketika kita dihadapkan di depan pencipta yang Satu, ketika buku-buku amalan kita dipersembahkan, ketika “skrin perjalanan hidup kini” dimainkan semula di depan mata, tiada apa lagi yang mampu kita buat melainkan melihat dan membiarkan seluruh anggota tubuh kita menjadi saksi kepada segala perbuatan kita selama mana kita menjalani hidup di dunia ini.

Pada ketika itu, ingatlah teman…ingatlah sabahat…ooohhh ingatlah diriku!!! Anggota tubuhmu tidak akan sekali-kali menipu… mereka akan berkata benar, bercerita tentang segenap peristiwa tanpa meninggalkan satu detik dan isi penceritaan sekalipun… maka ketika itu, mampukah kita untuk berlindung diri? Menafikan sesuatu sedangkan mulut kita ini akan dikunci? Dan di depan mata kita juga nanti, akan kita lihat semula segala perilaku kita samada baik mahupun sebaliknya…

KETIKA PENZINA DIBICARAKAN
Diceritakan, bagaimana orang-orang yang berzina akan berhadapan dengan ALLAH SWT nanti. Pada ketika dibicarakan di mahkamah ALLAH, MATA akan berkata ; “akulah yang memandang si dia yang berlainan jenis dariku, lalu ku sematkan rasa rindu dan kesukaanku padanya…pandanganku padanya makin hari makin tidak ku jaga hingga dia merajakan nafsu ku”… HATI berkata, “Ya benar, akulah yang merajakan perasaanku hingga ia tidak mampu kukawal, aku tidak ingat pada larangan ALLAH, aku lalai dan leka dengan hasutan nafsuku sendiri”…

Kata KAKI, “Ya akulah yang berjalan ke tempat maksiat tersebut, tak pernah aku alihkan langkahku malah aku pergi ke situ dengan tujuan untuk menzinai pasanganku”… MATA kembali berkata, “Ya, aku jadi saksi ke mana arah kaki itu melangkah pergi”… sahut menyahut anggota tubuh lain memperakui apa yg diperkatakan"… Kata Tangan “Ya Allah, akulah yang memulakan gerakan membangkitkan lagi rasa nafsu di antara kami”…. Dan setiap gerak geri yang dilakukan anggota badan akan menceritakan apa yg diperlakukan mereka ketika itu, hinggakan alat kelamin sendiri menceritakan pada ALLAH dengan jijik sekali bagaimana kerakusan penzina menjamah tubuh yang tidak halal baginya…

Setelah perincian cerita didapati daripada seluruh anggota tubuh, MALAIKAT akan tambil membawa buku catatannya… “Ya ALLAH, sesungguhnya telah ku catitkan amalan hambu ini, kelakuan kejinya telah kucatitkan tanpa tertinggal satu pun, dan bersama-sama ini disembahkan 99 bukti perlakuannya”.

Cuba bayangkan… Malaikat mempersembahkan 99 bukti untuk setiap langkah yang kita ambil… maka mampukah lagi untuk ketika itu kita mendustai catatan para saksi dan pencatit peristiwa? Mampukah kita untuk lari dan membuktikan kita tidak bersalah di mahkamah ALLAH? Kita mungkin mampu lari dari kesalahan dunia di mahkamah manusia dengan hujah2 peguam handalan… namun di makkamah ALLAH, kita hanya sekeping jasad yang tak mampu berbuat apa2… hanya menunggu keputusan kehakiman yang teramat ADIL lagi SAKSAMA… mampukah kita menghadapinya nanti berbekalkan amalan dan dosa yang kita jalani sehari-hari?

Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosaku…ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku…ampunkahlah dosa sahabat2ku… ahli keluargaku dan seluruh muslimin dan muslimat yang sentiasa mencari jalan ke arahMu… lindungilah kami ya ALLAH… sedarkan kami di kala kami alpa dengan dosa-dosa kami yang tidak terhitung ini… amiin….

Berbalik kepada perbicaraan tadi, selepas MALAIKAT membentangkan bukti2 catatannya, ALLAH lantas berkata, “Ya Malaikat, dia ini tidak layak sekali menjadi hambaKu, dia tidak pernah malu ketika berzina di depanku… kamu mencatatkan segala perilakunya sedangkan Aku tak pernah lepas dari melihat perbuatannya…Aku MURKA dengan perbuatannya tetapi tidak ada langsung rasa hina di dalam hatinya…apatah lagi rasa berdosa, dia juga tidak pernah menyesali dan bertaubat dari perbuatannya... maka kau campakkanlah dia ke NERAKAKU… tidak layak sekali dia menjadi hambaKu”.

Demikianlah serba sedikit ringkasan isi ceramah itu… hina benar zina ini… besar benar dosanya… kerana itulah ALLAH melarang kita mendekati jalan-jalan menuju zina…

SABDA RASULULLAH
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah SAW. bersabda, “Tiga jenis orang yang Allah tidak mengajak berbicara pada hari kiamat, tidak mensucikan mereka, tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka adzab yang pedih: Orang yang berzina, penguasa yang pendusta, dan orang miskin yang sombong,” (HR Muslim [107]).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahwasanya Rauslullah saw. bersabda, “Tidaklah berzina seorang pezina saat berzina sedang ia dalam keadaan mukmin,”

Masih diriwayatkan darinya dari Nabi saw. beliau bersabda, “Jika seorang hamba berzina maka keluarlah darinya keimanan dan jadilah ia seperti awan mendung. Jika ia meninggalkan zina maka kembalilah keimanan itu kepadanya,” (Shahih, HR Abu Dawud [4690]).

Diriwayatkan dari al-Miqdad bin al-Aswad r.a, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabatnya, “Bagaimana pandangan kalian tentang zina?” Mereka berkata, “Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkannya maka ia haram sampai hari kiamat.” Beliau bersabda, “Sekiranya seorang laki-laki berzina dengan sepuluh orang wanita itu lebih ringan daripada ia berzina dengan isteri tetangganya,” (Shahih, HR Bukhari dalam Adabul Mufrad [103]).

Hadith keempat menjelaskan betapa beratnya dosa pada si suami yang menzinai isteri jiran tetangganya...

KITA BIJAK BILA KITA JAUHI ZINA

Pabila berdua-duaan, pasti akan ada yang ketiganya... yang ketiga ini takkan pernah tenang melihat anak adam hidup gembira dan bahagia... Lupakah kita bahawa yg ketiga itulah ciptaan ALLAH yang paling angkuh? Dia ingkar sujud pada Nabi Adam, hingga akhirnya ALLAH memurkainya.. mencampakkannya keluar dari syurga dan ditempatkan dia dan keturunannya di secara kekal di NERAKA ALLAH.

Lupakah kita bahawa yang ketiga itu pernah berjanji takkan membiarkan umat manusia bersenang-lenang? Lupakah kita bahawa yang ketiga itu telah berjanji di depan ALLAH bahawa dia akan menghancurkakn keturunan Adam, akan memastikan anak-anak Adam menjadi penemannya di NERAKA kelak? Lupakah kita bahawa yang ketiga itu pernah berjanji akan memusnahkan anak-anak Adam, dan melalaikan kita hingga kita akan menjadi sahabatnya?

Namun Allah menjawab, hamba2Nya yang beriman tidak akan sama sekali mengikuti hasutan syaitan... dan ALLAH benar-benar memberi ganjaran bg hamba2Nya yang kukuh iman dan benar-benar bertaqwa kepadaNya. Jangan sekali-kali kita lupa bahawa kerana hasutan dan godaan yang ketiga itulah, Adam dan Hawa dicampakkan ke bumi... maka mahukan kita pada hari ini dicampakkan pula oleh ALLAH ke NERAKA dek kerna diri terlalu bodoh mengikut segala ajakan dan godaannya?

Jalan paling mudah untuk syaitan menggoda kita adalah dengan mempermainkan nafsu dan melemahkan pegangan kita... kita tahu, kita sedar dan kita dapat rasakan bahawa nafsu manusia begitu besar sekali... nafsu manusia bila mengganas akan menimbulkan kesan yang bermacam-macam... maka marilah sama-sama kita kawal nafsu kita dengan memperkasakan iman kita... usah kita perbanyakkan lagi jalan-jalan menuju zina hingga anak-anak luar nikah dilahirkan lalu dibuang tanpa belas ehsan.

Bayangkan betapa banyak dan besarnya dosa yang bakal kita lakukan bila zina kita dekati... mendekati zina dengan merajakan perasaan di hati secara tidak halal itu sudah berdosa, menzinai hati dengan maksiat hati juga adalah dosa, memulakan langkah-langkah ke arah zina dengan berjumpa dan berdating berdua2an itu juga dosa... “ringan-ringan” itu juga dosa... dan bila berlakunya zina, itu adalah dosa yang teramat besar... selepas melakukan zina, terkandung pula zuriat hasil daripada hubungan yang tidak halal... bagi menutup malu, kandungan digugurkan... kalau dikandungkan sekalipun, selepas dilahirkan anak itu dibuang, dibunuh tanpa belas kasihan... cubalah renungkan, cubalah kita kaji... hanya kerana terbawa oleh nafsu, kita membina dosa di atas dosa... Maka sungguh BIJAK BAGI KITA YANG MENJAUHI ZINA...

MOHON AMPUN, BERTAUBATLAH...

Firman Alllah:

Dan org-org lelaki yg memelihara kehormatannya serta org-org perempuan yg memelihara kehormatannya (yg memelihara dirinya drpd melakukan zina)..Allah telah menyediakan bg mereka semuanya keampunan dan pahala yg besar.
(al-Ahzaab:35)

Satu persoalan; Bagaimana bagi kami yang sedang menghampiri zina ini?
Kita masih punya peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan drNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendptkan keredhaan daripadaNya. Sama-samalah kita muhasabah diri, menyesali dengan keterlanjuran langkah kita kemudian bertaubat pada ALLAH SWT.

Bertaubatlah dengan sebenar2nya… Taubat yg memuhi 3 syarat iaitu:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan.
3. Berazam. Bertekad didlm hati tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seorg yg bernama isteri atau suami. Saatnya adalah slps berlakunya Ijab dan Kabul.

Jadi bagaimana andainya saya terlalu menyayanginya? Kami benar-benar mencintai sesama sendiri? Nak putus cinta??? Ooohhh tidak!!! Saya bisa mati tanpanya! Saya teramat memerlukannya dalam hidup saya…. Lantas bagaimana?

Persoalan ini terlalu mudah jawapannya… andai benar2 hatimu telah menyatu, maka usah lagi ditangguh2kan… satukanlah terus kedua2 hatimu itu dengan cara yang halal bagimu… Islam tak pernah menyusahkan penganutnya… Perkahwinan dalam Islam juga tidak pernah membebankan… malangnya kita pada hari ini sering menyusahkan proses perkahwinan hinggakan ada sahabat saya berkata “RM20k takde lagi, camne nak langsungkan perkahwinan?”…

Kasihan sungguh sahabat saya itu… kasihan sungguh lelaki-lelaki diluar sana yang memerlukan sehingga RM20k hanya untuk menghalalkan hubungan. Adakah ibu bapa pada hari ini lebih sayangkan status, lebih gemar bermegah-megah dgn kenduri-kendara yang meriah daripada memenuhi hak dan keperluan batin anak-anak? Saya tidak mahu mengulas lanjut, sama-samalah kita fikirkan…

Ya Allah. Berilah kekuatan kpdku dan adik-adikku, kaum keluargaku serta sahabat-sahabatku utk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kami perasaan benci kpd kemaksiatan… Kurniakan kami pasangan yang benar-benar mampu memenuhi keperluan kami, dan Kau bantulah kami agar kami mampu memperbaiki diri dari hari ke hari, agar suatu hari nanti, bila tiba masanya, kami mampu menjadi insan yang boleh membahagiakan dan memenuhi keperluan pasangan yang telah kau takdirkan untuk kami… Amiin…

Link Within

Related Posts with Thumbnails

About This Blog?

My photo
Pemilik blog ni bukanlah rajin menulis sangat...tapi kadang2 bila dia menggatal, dia akan suka bebel panjang2 ^^ sekadar coretan sederhana dr insan yg serba kekurangan...

Calendar

Annyong...



Followers


Lagu Pilihan


Powered by Blogger.