~ Life is a precious gift ~

"The fragrance of flowers spreads only in the direction of the wind. But the goodness of a person spreads in all directions!"

KERATAN AKHBAR

Sebaik sahaja dipanggil oleh bos saya memasuki biliknya, seperti biasa saya bersedia untuk menerima sebarang arahan untuk tugasan pada hari tersebut. Tiba-tiba dihulurkan saya akhbar KOREANPRESS. Terpampang di depan mata saya keratannya bertajuk “ 말련 에이즈 환자 70% 이상이 무슬림”[ Lebih dari 70% Pengidap AIDS di Malaysia adalah MUSLIM]. Terkejut. Terdiam.Tak mampu berkata-kata… Saya sedar kenyataan ini memang benar, namun saya tak pasti apa reaksi yang perlu saya berikan memandangkan akhbar korea juga secara jelas memaparkan berita tersebut.

Apa yang dituliskan disitu, Kerajaan Malaysia mewajibkan pemeriksaan AIDS ke atas orang-orang MUSLIM sebelum berkahwin. Tetapi kenapa hanya pada orang Muslim? Kerana lebih drpd 70% pengidap AIDS di Malaysia (87,710 orang) adalah terdiri daripada orang Muslim. Ini bererti kira-kira 61,397 orang daripada pesakit-pesakit itu adalah orang Islam… berbanding pada tahun 2000, tahun lepas(2009) mencatatkan peningkatan sebanyak 20%. Sebelum ini, AIDS banyak berpunca daripada kesan perkongsian jarum oleh penagih-penagih dadah, namun lewat ini, 30% daripada pengidap AIDS yang beragama ISLAM itu mengidapi AIDS kesan daripada hubungan seks bebas. Kelantan mencatatkan jumlah pengidap AIDS tertinggi(596 org), diikuti Pahang(431 org), Selangor(378 org) dan Terengganu(315 org).


DISKUSI

Sebaik sahaja saya selesai membaca keratan akhbar tersebut, Satu sesi diskusi bermula...

M : Saya tak faham, Islam mengharamkan dadah, mengharamkan hubungan luar nikah, tapi mengapa masih ramai orang Islam buat semua ni?
S : Islam memberi garis panduan, ada peraturan yang perlu diikuti. Tetapi masih ada yang tidak mahu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan… setiap larangan ada sebabnya, dan apabila dilanggar, inilah jadinya(merujuk kepada penyakit AIDS).
M : Orang Korea juga melakukan hubungan luar nikah, tapi mesti la kena berjaga-jaga. Bila berjaga-jaga, baru tak kena AIDS.
S : Berjaga-jaga yang macam mana?
M : Bahaya kalau tak jaga-jaga, sekurang2nya pakai kon***.
S : Islam sentiasa suruh penganut2nya berjaga2. Bukan menjaga bagi elakkan penyakit atau kehamilan, tapi berjaga-jaga dgn mengawal nafsu... jangan dekati terus hubungan bebas.
M : Islam terlalu banyak larangan, sbb tu ramai orang Islam buat juga. Manusia akan bertambah tertarik nak buat benda yang dilarang. Lebih seronok. Tak boleh minum arak, akhirnya ambil dadah. Tak boleh buat hubungan bebas, akhirnya buat secara terdesak sampai lupa nak ambil langkah berjaga2.
S : Langkah berjaga-jaga dah diajar. kerana hendak menjaga kesucian dan martabat manusia, perkara itu dilarang. Kalau boleh buat sesuka hati apa bezanya manusia dengan binatang? tak kawen pon boleh buat hubungan… bezanya ibu binatang masih jaga anak walaupun tak tau siapa bapaknya, tapi ibu manusia akan buang anak tu kat tepi tong sampah bila anak lahir di luar pernikahan walaupun tau siapa bapak kepada anak tersebut.
M : betul, kes buang anak memang banyak berlaku di Malaysia… di Korea takde….
S : Sebab orang Korea gugurkan kandungan… Orang Islam mungkin tak sanggup gugurkan kandungan kerana itu lebih banyak yang melahirkan…
M : Mana lagi kejam? gugurkan anak waktu masih janin, atau bunuh bila dah lahir?
[Arghhh terperangkap saya disitu…]
S : Islam larang arak, sebab memabukkan, bila mabuk hilang kawalan… bila hilang kawalan, mcm-mcm2 boleh jadi…lgpun arak bahayakan kesihatan..sama juga macam dadah. Islam larang kerana perkara ini bawa keburukan. Macam dadah juga, bila ambil akan sebabkan ketagihan, tersilap langkah akhirnya kena AIDS.
M : Islam larang hubungan luar nikah, tapi benarkan lelaki kahwin 4 kenapa?
S: Kerana lelaki hanya punya satu nafsu, dan nafsu lelaki tertumpu pada perempuan. Daripada melakukan hubungan luar nikah, yang akan melahirkan zuriat luar nikah, lebih baik kahwin lebih dari satu, agar nafsunya dapat dilepaskan secara halal… tetapi bukan mudah nak kawen 4, bagi lelaki yang tahu dengan natijah beristeri lebih dari satu, mesti takkan mencuba untuk berkahwin 2 sekalipun...


Perbualan terberhenti apabila panggilan penting memecahkan kerancakan disusi kami… Sungguh saya terkilan kerana tak dapat leraikan persoalannya… Jauh disudut hati saya, saya sangat2 sedih dan kecewa… hati saya meraung derita!!! Sungguh malang sekali…agamaku kini di persoalkan itu dan ini… aturan agama dipandang “SEKATAN” dan “KONGKONGAN” oleh orang lain, dan ajaran agama dikatakan sungguh mendesak hinggakan penganutnya terus terdesak untuk tetap melanggar aturannya…


Inilah yang berlaku PABILA YANG DITEGAH DIBUAT TAK ENDAH... pabila larangan dilanggar sesuka hati, pabila ISLAMnya hanyalah pada nama semata...kesannya; seantero warga Islam sejagat mendapat nama... Geram sungguh rasanya pada anak-anak generasiku hari ini... yang makin lupa dan alpa pada batas-batas agama... yang makin leka dengan duniawi lantas mengabaikan kewajipan hakiki...


Lebih menyedihkan, saya tak punya kekuatan dan ilmu yang mantap untuk memperjelaskan dengan lebih mendalam apakah konsep dan ajaran sebenar Islam dalam melarangi perkara-perkara yang sudah jelas membawa kesan yg teramat buruk di dalam masyarakat…Dan pada kesempatan itu juga, saya tak berpeluang untuk memberikan hujah-hujah yang boleh mematahkan setiap kata-kata pihak lawan... Hakikatnya ajaran agama kita sudah jelas... setiap larangan pasti ada sebabnya... malangnya kekurangan penerapan dan pelaksanaan nilai-nilai agama, akhirnya kesan negatif yang timbul ditudingkan atas kesalahan agama itu sendiri...


Moga Allah sentiasa memberi kita hidayahNya... Moga Allah sentiasa memberikan kita kekuatan untuk melawan kehendak dan tuntutan nafsu... Ya Allah, peliharalah kami, tunjuki kami jalan yang lurus, dan dekatkanlah kami pada perkara-perkara yang mendekatkan kami padaMu... dan Kau lemparkanlah rasa BENCI ke dalah hati-hati kami terhadap perkara-perkara yang jelas dilarangMu... agar dengan itu, kekaburan jalan-jalan kami menujuMu makin hilang...Amiin...

0 comments:

Link Within

Related Posts with Thumbnails

About This Blog?

My photo
Pemilik blog ni bukanlah rajin menulis sangat...tapi kadang2 bila dia menggatal, dia akan suka bebel panjang2 ^^ sekadar coretan sederhana dr insan yg serba kekurangan...

Calendar

Annyong...



Followers


Lagu Pilihan


Powered by Blogger.