~ Life is a precious gift ~

"The fragrance of flowers spreads only in the direction of the wind. But the goodness of a person spreads in all directions!"

Assalamualaikum w.h.b.



Ramai orang di luar sana, dek kerna terlalu menghayati perkembangan dunia moden, wanita-wanita Islam yang menjalani kehidupan secara Islam dicemuh, dipandang sebelah mata… bagi wanita yang selesa dengan arus peredaran moden, meninggalkan ajaran asas agama hingga ‘menghina’ diri sendiri dengan cara yang paling rendah… meletakkan diri sendiri pada tempat yang tidak sepatutnya…

Sungguh mulia Islam meletakkan martabat seorang wanita, maka rugilah bagi wanita-wanita Islam di luar sana yang tidak menyedari hakikat ini… saya menyeru kepada diri sendiri, kepada teman-teman seagama saya agar kita sama-sama mengkaji semula nilai diri kita… sesungguhnya nilai seorang wanita itu terletak pada maruahnya… yang mampu menjaga maruah wanita adalah lindungan agama itu sendiri…

Jika kita lihat kembali 1500 tahun ke belakang, tika itu wanita diletakkan serendah-rendah martabat oleh orang2 Arab Jahilliah. Wanita dianggap sangat rendah dan hina bahkan tidak sedikit ketika lahir anak perempuan akan dikubur hidup-hidup.
Allah S.w.t berfirman yang maksudnya, “Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah. “ [Surah An Nahl : Ayat 58]

Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan atakah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup), ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.” [Surah An Nahl : Ayat 59]

Tetapi di dalam dalam dunia islam,wanita diletakkan begitu mulia, hinggakan dikatakan syurga itu diletakkan di bawah telapak kaki ibu… Setelah datangnya islam,wanita dapat menghirup udara bebas dan diberikan kepadanya kemuliaan posisi sebagai pendamping khalifah di muka bumi.Peranan wanita sangatlah besar dalam membangunkan sebuah masyarakat yang berbudaya,kerana generasi gemilang akan lahir dari rahim seorang wanita.

Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa pernah ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata, “Wahai Rasulullah, siapa orang yang paling berhak bagi aku untuk berlaku bajik kepadanya?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ayahmu.” (HR. Bukhari, Kitab al-Adab no. 5971 juga Muslim, Kitab al-Birr wa ash-Shilah no. 2548)

Demikianlah betapa mulianya seorang wanita di sisi Islam… Teman-teman wanitaku sekalian, Mari sama-sama kita lihat lagi betapa beruntungnya kita dilahirkan sebagainya seorang perempuan daripada perut seorang perempuan bergelar IBU…

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

14. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

15. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

16. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

17. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

18. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

19. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

21. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

22. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

23. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

24. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

25. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Bertuahnya kita jadi wanita kan... saya akan sambung lagi isi2 ni di lain lembaran... wassalam...

Assalamualaikum w.h.b

Hari ni besday adinda kesayangan hamba... genaplah sudah 84 purnama usianya... oh, sungguh banyak sekali angka itu pabila dikira mengikut purnama... Ada beberapa plan dah dirangka untuk bday si kecik nih tp tak semua dapat dilaksanakan... tapi walaupun tak semua yg dirancang dapat dibuat, saya n ninah juga ibu sangat2 gembira... gembira melihat kegembiraan Ainul Mardhiah...

Pagi-pagi lagi kami dah ke Sg Congkak... Ainul mmg suka sangat main air... so, nah! dipersembahkan sebatang sungai untuk dia... mmg senyum sampai ke telinga la kan... berendam tak ingat~!!!


Tengok la camne dia menyengih... ada banyak lagi aksi-aksi kurang sopan budak kecik nih, tp takleh dijadikan bahan tontonan umum...BAHAYA~!!! huhuhu lebih membahayakan, ada je aksi si kakak2 yang baik hati nak main2 air ngan dia, tp sekali tengok macam aksi nak bunuh adik sendiri sebab si kecik kesayangan kami nih kuat mengamuk~!!! haihhh mmg sukar diduga dan dibaca btul~!!! emosi tak stabil je sentiasa... ingatkn dah masuk umo 84 purnama dia dah nak ok, tapi sama je :p seb baik adik sendiri ;)

Seronok la si kecik time tu... masa nak pegi tu kami tak sempat nak prepare apa2 pon... so singgah je kat pasar tani beli murtabak kesukaan kak ninah, kuih lopes, kuih pelita dan apam... makan2 berendam....dah berendam2 tu konfem la lapar kan... pastu naik atas pondok n makan semula... pondok tu time kecik2 dulu takde lagi... masa pergi ngn arwah ayah dulu tak pernah pon sewa2 pondok, tp skang ni dah ada pondok... sewanya RM7, duit parking RM3, so smuanya skali RM10....

Ibu kesayangan kami buat apa? nak main air? ermm jangan harapla... dari dulu pon ibu mmg tak pernah main air... dia akan tgk kami je... blk je dr main2 kat sg congkak sekitar jam 1.30 tghr... sampai je kat umah semua kepenatan... petang tu Bos saya ajak kluar... dia nak belanja saya n family makan-makan... katanya selalu jumpa mak tak sempat nak sembang2, jadi memandangkan kak ninah dah nak abes cuti sem, jadi Mr Kim amik kesempatan ni untuk kenal family saya dgn lebih rapat+ucapkan terima kasih banyak2 kat mak saya sbb faham dgn keje saya yg selalu benar kena outstation dan juga nak meraikan bday di kecik tu...

Balik dari makan dengan Mr Kim jam sekitar 8 malam... berenti di tesco Ampang...sebaik sahaja usai solat maghrib, kami beli kek... adik ainul pilih tiramisu... waaa high taste jugak adik saya ni rupanya.... mlm tu tido agak lewat juga... main2 ngan dia dulu... potong2 kek segala... yg plg best dia nak pakai hanbook(pakaian tradisional korea)...tp malangnya takde gambar dia... malam tu dia buat perangai lawa sket... tanak tangkap gambar...

Eppy Bday Ainul... semoga menjadi adik yg sangat2 baik... semoga sentiasa ceria... semoga sentiasa terus menjadi penyejuk hati akak2 n ibu ye... semoga ainul membesar menjadi anak yang baik... semoga ainul berjaya dunia akhirat.... amiin...

sampai sini dulu la ye... wassalam.

Assalamualaikum w.h.b.

Firman Allah SWT:

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”
(al-Israa’:32)
Firman di atas jelas menunjukkan, usahkan melakukan zina, mendekatinya juga dilarang keras. Apa jua jalan-jalan yang menjuruskan kepada titik permulaan zina amat ditegah Islam. Zina terbahagi kepada beberapa cabang iaitu zina mata, zina lisan, dan zina anggota badan.

Zina mata adalah dengan melihat perkara-perkara yang membawa ke arahnya, zina lisan adalah dengan berbicara tentangnya,zina hati pula berlaku bila kita berangan-angan membawa bayangan dan imaginasi yang bukan-bukan lalu membangkitkan nafsu dan kemudiannya menjadi punca menyebabkan kemaluan membenarkan nafsu mendustai diri hingga yang HARAM MENJADI HALAL… Dengan erti kata lain, kegagalan mengawal nafsu membawa kita kepada perkara-perkara keji yang menjurus kepada perbuatan melepaskan hawa nafsu dengan cara yang dilarang sama sekali.

Bila berbicara soal zina, terimbas satu isi ceramah yang pernah saya dengar… Sepertimana yang dicatatkan di dalam Al-Quran, sebaik sahaja dibangkitkan semula di padang mahsyar nanti, kita semua tidak akan lagi memperdulikan keadaan orang disekeliling kita, ketika itu masing-masing hanya mengambil kesah tentang diri sendiri… terlalu takut tentang nasib diri hingga tak punya masa untuk menoleh dan memikirkan keadaan orang lain…

Ketika kita dihadapkan di depan pencipta yang Satu, ketika buku-buku amalan kita dipersembahkan, ketika “skrin perjalanan hidup kini” dimainkan semula di depan mata, tiada apa lagi yang mampu kita buat melainkan melihat dan membiarkan seluruh anggota tubuh kita menjadi saksi kepada segala perbuatan kita selama mana kita menjalani hidup di dunia ini.

Pada ketika itu, ingatlah teman…ingatlah sabahat…ooohhh ingatlah diriku!!! Anggota tubuhmu tidak akan sekali-kali menipu… mereka akan berkata benar, bercerita tentang segenap peristiwa tanpa meninggalkan satu detik dan isi penceritaan sekalipun… maka ketika itu, mampukah kita untuk berlindung diri? Menafikan sesuatu sedangkan mulut kita ini akan dikunci? Dan di depan mata kita juga nanti, akan kita lihat semula segala perilaku kita samada baik mahupun sebaliknya…

KETIKA PENZINA DIBICARAKAN
Diceritakan, bagaimana orang-orang yang berzina akan berhadapan dengan ALLAH SWT nanti. Pada ketika dibicarakan di mahkamah ALLAH, MATA akan berkata ; “akulah yang memandang si dia yang berlainan jenis dariku, lalu ku sematkan rasa rindu dan kesukaanku padanya…pandanganku padanya makin hari makin tidak ku jaga hingga dia merajakan nafsu ku”… HATI berkata, “Ya benar, akulah yang merajakan perasaanku hingga ia tidak mampu kukawal, aku tidak ingat pada larangan ALLAH, aku lalai dan leka dengan hasutan nafsuku sendiri”…

Kata KAKI, “Ya akulah yang berjalan ke tempat maksiat tersebut, tak pernah aku alihkan langkahku malah aku pergi ke situ dengan tujuan untuk menzinai pasanganku”… MATA kembali berkata, “Ya, aku jadi saksi ke mana arah kaki itu melangkah pergi”… sahut menyahut anggota tubuh lain memperakui apa yg diperkatakan"… Kata Tangan “Ya Allah, akulah yang memulakan gerakan membangkitkan lagi rasa nafsu di antara kami”…. Dan setiap gerak geri yang dilakukan anggota badan akan menceritakan apa yg diperlakukan mereka ketika itu, hinggakan alat kelamin sendiri menceritakan pada ALLAH dengan jijik sekali bagaimana kerakusan penzina menjamah tubuh yang tidak halal baginya…

Setelah perincian cerita didapati daripada seluruh anggota tubuh, MALAIKAT akan tambil membawa buku catatannya… “Ya ALLAH, sesungguhnya telah ku catitkan amalan hambu ini, kelakuan kejinya telah kucatitkan tanpa tertinggal satu pun, dan bersama-sama ini disembahkan 99 bukti perlakuannya”.

Cuba bayangkan… Malaikat mempersembahkan 99 bukti untuk setiap langkah yang kita ambil… maka mampukah lagi untuk ketika itu kita mendustai catatan para saksi dan pencatit peristiwa? Mampukah kita untuk lari dan membuktikan kita tidak bersalah di mahkamah ALLAH? Kita mungkin mampu lari dari kesalahan dunia di mahkamah manusia dengan hujah2 peguam handalan… namun di makkamah ALLAH, kita hanya sekeping jasad yang tak mampu berbuat apa2… hanya menunggu keputusan kehakiman yang teramat ADIL lagi SAKSAMA… mampukah kita menghadapinya nanti berbekalkan amalan dan dosa yang kita jalani sehari-hari?

Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosaku…ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku…ampunkahlah dosa sahabat2ku… ahli keluargaku dan seluruh muslimin dan muslimat yang sentiasa mencari jalan ke arahMu… lindungilah kami ya ALLAH… sedarkan kami di kala kami alpa dengan dosa-dosa kami yang tidak terhitung ini… amiin….

Berbalik kepada perbicaraan tadi, selepas MALAIKAT membentangkan bukti2 catatannya, ALLAH lantas berkata, “Ya Malaikat, dia ini tidak layak sekali menjadi hambaKu, dia tidak pernah malu ketika berzina di depanku… kamu mencatatkan segala perilakunya sedangkan Aku tak pernah lepas dari melihat perbuatannya…Aku MURKA dengan perbuatannya tetapi tidak ada langsung rasa hina di dalam hatinya…apatah lagi rasa berdosa, dia juga tidak pernah menyesali dan bertaubat dari perbuatannya... maka kau campakkanlah dia ke NERAKAKU… tidak layak sekali dia menjadi hambaKu”.

Demikianlah serba sedikit ringkasan isi ceramah itu… hina benar zina ini… besar benar dosanya… kerana itulah ALLAH melarang kita mendekati jalan-jalan menuju zina…

SABDA RASULULLAH
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah SAW. bersabda, “Tiga jenis orang yang Allah tidak mengajak berbicara pada hari kiamat, tidak mensucikan mereka, tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka adzab yang pedih: Orang yang berzina, penguasa yang pendusta, dan orang miskin yang sombong,” (HR Muslim [107]).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahwasanya Rauslullah saw. bersabda, “Tidaklah berzina seorang pezina saat berzina sedang ia dalam keadaan mukmin,”

Masih diriwayatkan darinya dari Nabi saw. beliau bersabda, “Jika seorang hamba berzina maka keluarlah darinya keimanan dan jadilah ia seperti awan mendung. Jika ia meninggalkan zina maka kembalilah keimanan itu kepadanya,” (Shahih, HR Abu Dawud [4690]).

Diriwayatkan dari al-Miqdad bin al-Aswad r.a, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabatnya, “Bagaimana pandangan kalian tentang zina?” Mereka berkata, “Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkannya maka ia haram sampai hari kiamat.” Beliau bersabda, “Sekiranya seorang laki-laki berzina dengan sepuluh orang wanita itu lebih ringan daripada ia berzina dengan isteri tetangganya,” (Shahih, HR Bukhari dalam Adabul Mufrad [103]).

Hadith keempat menjelaskan betapa beratnya dosa pada si suami yang menzinai isteri jiran tetangganya...

KITA BIJAK BILA KITA JAUHI ZINA

Pabila berdua-duaan, pasti akan ada yang ketiganya... yang ketiga ini takkan pernah tenang melihat anak adam hidup gembira dan bahagia... Lupakah kita bahawa yg ketiga itulah ciptaan ALLAH yang paling angkuh? Dia ingkar sujud pada Nabi Adam, hingga akhirnya ALLAH memurkainya.. mencampakkannya keluar dari syurga dan ditempatkan dia dan keturunannya di secara kekal di NERAKA ALLAH.

Lupakah kita bahawa yang ketiga itu pernah berjanji takkan membiarkan umat manusia bersenang-lenang? Lupakah kita bahawa yang ketiga itu telah berjanji di depan ALLAH bahawa dia akan menghancurkakn keturunan Adam, akan memastikan anak-anak Adam menjadi penemannya di NERAKA kelak? Lupakah kita bahawa yang ketiga itu pernah berjanji akan memusnahkan anak-anak Adam, dan melalaikan kita hingga kita akan menjadi sahabatnya?

Namun Allah menjawab, hamba2Nya yang beriman tidak akan sama sekali mengikuti hasutan syaitan... dan ALLAH benar-benar memberi ganjaran bg hamba2Nya yang kukuh iman dan benar-benar bertaqwa kepadaNya. Jangan sekali-kali kita lupa bahawa kerana hasutan dan godaan yang ketiga itulah, Adam dan Hawa dicampakkan ke bumi... maka mahukan kita pada hari ini dicampakkan pula oleh ALLAH ke NERAKA dek kerna diri terlalu bodoh mengikut segala ajakan dan godaannya?

Jalan paling mudah untuk syaitan menggoda kita adalah dengan mempermainkan nafsu dan melemahkan pegangan kita... kita tahu, kita sedar dan kita dapat rasakan bahawa nafsu manusia begitu besar sekali... nafsu manusia bila mengganas akan menimbulkan kesan yang bermacam-macam... maka marilah sama-sama kita kawal nafsu kita dengan memperkasakan iman kita... usah kita perbanyakkan lagi jalan-jalan menuju zina hingga anak-anak luar nikah dilahirkan lalu dibuang tanpa belas ehsan.

Bayangkan betapa banyak dan besarnya dosa yang bakal kita lakukan bila zina kita dekati... mendekati zina dengan merajakan perasaan di hati secara tidak halal itu sudah berdosa, menzinai hati dengan maksiat hati juga adalah dosa, memulakan langkah-langkah ke arah zina dengan berjumpa dan berdating berdua2an itu juga dosa... “ringan-ringan” itu juga dosa... dan bila berlakunya zina, itu adalah dosa yang teramat besar... selepas melakukan zina, terkandung pula zuriat hasil daripada hubungan yang tidak halal... bagi menutup malu, kandungan digugurkan... kalau dikandungkan sekalipun, selepas dilahirkan anak itu dibuang, dibunuh tanpa belas kasihan... cubalah renungkan, cubalah kita kaji... hanya kerana terbawa oleh nafsu, kita membina dosa di atas dosa... Maka sungguh BIJAK BAGI KITA YANG MENJAUHI ZINA...

MOHON AMPUN, BERTAUBATLAH...

Firman Alllah:

Dan org-org lelaki yg memelihara kehormatannya serta org-org perempuan yg memelihara kehormatannya (yg memelihara dirinya drpd melakukan zina)..Allah telah menyediakan bg mereka semuanya keampunan dan pahala yg besar.
(al-Ahzaab:35)

Satu persoalan; Bagaimana bagi kami yang sedang menghampiri zina ini?
Kita masih punya peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan drNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendptkan keredhaan daripadaNya. Sama-samalah kita muhasabah diri, menyesali dengan keterlanjuran langkah kita kemudian bertaubat pada ALLAH SWT.

Bertaubatlah dengan sebenar2nya… Taubat yg memuhi 3 syarat iaitu:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan.
3. Berazam. Bertekad didlm hati tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seorg yg bernama isteri atau suami. Saatnya adalah slps berlakunya Ijab dan Kabul.

Jadi bagaimana andainya saya terlalu menyayanginya? Kami benar-benar mencintai sesama sendiri? Nak putus cinta??? Ooohhh tidak!!! Saya bisa mati tanpanya! Saya teramat memerlukannya dalam hidup saya…. Lantas bagaimana?

Persoalan ini terlalu mudah jawapannya… andai benar2 hatimu telah menyatu, maka usah lagi ditangguh2kan… satukanlah terus kedua2 hatimu itu dengan cara yang halal bagimu… Islam tak pernah menyusahkan penganutnya… Perkahwinan dalam Islam juga tidak pernah membebankan… malangnya kita pada hari ini sering menyusahkan proses perkahwinan hinggakan ada sahabat saya berkata “RM20k takde lagi, camne nak langsungkan perkahwinan?”…

Kasihan sungguh sahabat saya itu… kasihan sungguh lelaki-lelaki diluar sana yang memerlukan sehingga RM20k hanya untuk menghalalkan hubungan. Adakah ibu bapa pada hari ini lebih sayangkan status, lebih gemar bermegah-megah dgn kenduri-kendara yang meriah daripada memenuhi hak dan keperluan batin anak-anak? Saya tidak mahu mengulas lanjut, sama-samalah kita fikirkan…

Ya Allah. Berilah kekuatan kpdku dan adik-adikku, kaum keluargaku serta sahabat-sahabatku utk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kami perasaan benci kpd kemaksiatan… Kurniakan kami pasangan yang benar-benar mampu memenuhi keperluan kami, dan Kau bantulah kami agar kami mampu memperbaiki diri dari hari ke hari, agar suatu hari nanti, bila tiba masanya, kami mampu menjadi insan yang boleh membahagiakan dan memenuhi keperluan pasangan yang telah kau takdirkan untuk kami… Amiin…

KERATAN AKHBAR

Sebaik sahaja dipanggil oleh bos saya memasuki biliknya, seperti biasa saya bersedia untuk menerima sebarang arahan untuk tugasan pada hari tersebut. Tiba-tiba dihulurkan saya akhbar KOREANPRESS. Terpampang di depan mata saya keratannya bertajuk “ 말련 에이즈 환자 70% 이상이 무슬림”[ Lebih dari 70% Pengidap AIDS di Malaysia adalah MUSLIM]. Terkejut. Terdiam.Tak mampu berkata-kata… Saya sedar kenyataan ini memang benar, namun saya tak pasti apa reaksi yang perlu saya berikan memandangkan akhbar korea juga secara jelas memaparkan berita tersebut.

Apa yang dituliskan disitu, Kerajaan Malaysia mewajibkan pemeriksaan AIDS ke atas orang-orang MUSLIM sebelum berkahwin. Tetapi kenapa hanya pada orang Muslim? Kerana lebih drpd 70% pengidap AIDS di Malaysia (87,710 orang) adalah terdiri daripada orang Muslim. Ini bererti kira-kira 61,397 orang daripada pesakit-pesakit itu adalah orang Islam… berbanding pada tahun 2000, tahun lepas(2009) mencatatkan peningkatan sebanyak 20%. Sebelum ini, AIDS banyak berpunca daripada kesan perkongsian jarum oleh penagih-penagih dadah, namun lewat ini, 30% daripada pengidap AIDS yang beragama ISLAM itu mengidapi AIDS kesan daripada hubungan seks bebas. Kelantan mencatatkan jumlah pengidap AIDS tertinggi(596 org), diikuti Pahang(431 org), Selangor(378 org) dan Terengganu(315 org).


DISKUSI

Sebaik sahaja saya selesai membaca keratan akhbar tersebut, Satu sesi diskusi bermula...

M : Saya tak faham, Islam mengharamkan dadah, mengharamkan hubungan luar nikah, tapi mengapa masih ramai orang Islam buat semua ni?
S : Islam memberi garis panduan, ada peraturan yang perlu diikuti. Tetapi masih ada yang tidak mahu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan… setiap larangan ada sebabnya, dan apabila dilanggar, inilah jadinya(merujuk kepada penyakit AIDS).
M : Orang Korea juga melakukan hubungan luar nikah, tapi mesti la kena berjaga-jaga. Bila berjaga-jaga, baru tak kena AIDS.
S : Berjaga-jaga yang macam mana?
M : Bahaya kalau tak jaga-jaga, sekurang2nya pakai kon***.
S : Islam sentiasa suruh penganut2nya berjaga2. Bukan menjaga bagi elakkan penyakit atau kehamilan, tapi berjaga-jaga dgn mengawal nafsu... jangan dekati terus hubungan bebas.
M : Islam terlalu banyak larangan, sbb tu ramai orang Islam buat juga. Manusia akan bertambah tertarik nak buat benda yang dilarang. Lebih seronok. Tak boleh minum arak, akhirnya ambil dadah. Tak boleh buat hubungan bebas, akhirnya buat secara terdesak sampai lupa nak ambil langkah berjaga2.
S : Langkah berjaga-jaga dah diajar. kerana hendak menjaga kesucian dan martabat manusia, perkara itu dilarang. Kalau boleh buat sesuka hati apa bezanya manusia dengan binatang? tak kawen pon boleh buat hubungan… bezanya ibu binatang masih jaga anak walaupun tak tau siapa bapaknya, tapi ibu manusia akan buang anak tu kat tepi tong sampah bila anak lahir di luar pernikahan walaupun tau siapa bapak kepada anak tersebut.
M : betul, kes buang anak memang banyak berlaku di Malaysia… di Korea takde….
S : Sebab orang Korea gugurkan kandungan… Orang Islam mungkin tak sanggup gugurkan kandungan kerana itu lebih banyak yang melahirkan…
M : Mana lagi kejam? gugurkan anak waktu masih janin, atau bunuh bila dah lahir?
[Arghhh terperangkap saya disitu…]
S : Islam larang arak, sebab memabukkan, bila mabuk hilang kawalan… bila hilang kawalan, mcm-mcm2 boleh jadi…lgpun arak bahayakan kesihatan..sama juga macam dadah. Islam larang kerana perkara ini bawa keburukan. Macam dadah juga, bila ambil akan sebabkan ketagihan, tersilap langkah akhirnya kena AIDS.
M : Islam larang hubungan luar nikah, tapi benarkan lelaki kahwin 4 kenapa?
S: Kerana lelaki hanya punya satu nafsu, dan nafsu lelaki tertumpu pada perempuan. Daripada melakukan hubungan luar nikah, yang akan melahirkan zuriat luar nikah, lebih baik kahwin lebih dari satu, agar nafsunya dapat dilepaskan secara halal… tetapi bukan mudah nak kawen 4, bagi lelaki yang tahu dengan natijah beristeri lebih dari satu, mesti takkan mencuba untuk berkahwin 2 sekalipun...


Perbualan terberhenti apabila panggilan penting memecahkan kerancakan disusi kami… Sungguh saya terkilan kerana tak dapat leraikan persoalannya… Jauh disudut hati saya, saya sangat2 sedih dan kecewa… hati saya meraung derita!!! Sungguh malang sekali…agamaku kini di persoalkan itu dan ini… aturan agama dipandang “SEKATAN” dan “KONGKONGAN” oleh orang lain, dan ajaran agama dikatakan sungguh mendesak hinggakan penganutnya terus terdesak untuk tetap melanggar aturannya…


Inilah yang berlaku PABILA YANG DITEGAH DIBUAT TAK ENDAH... pabila larangan dilanggar sesuka hati, pabila ISLAMnya hanyalah pada nama semata...kesannya; seantero warga Islam sejagat mendapat nama... Geram sungguh rasanya pada anak-anak generasiku hari ini... yang makin lupa dan alpa pada batas-batas agama... yang makin leka dengan duniawi lantas mengabaikan kewajipan hakiki...


Lebih menyedihkan, saya tak punya kekuatan dan ilmu yang mantap untuk memperjelaskan dengan lebih mendalam apakah konsep dan ajaran sebenar Islam dalam melarangi perkara-perkara yang sudah jelas membawa kesan yg teramat buruk di dalam masyarakat…Dan pada kesempatan itu juga, saya tak berpeluang untuk memberikan hujah-hujah yang boleh mematahkan setiap kata-kata pihak lawan... Hakikatnya ajaran agama kita sudah jelas... setiap larangan pasti ada sebabnya... malangnya kekurangan penerapan dan pelaksanaan nilai-nilai agama, akhirnya kesan negatif yang timbul ditudingkan atas kesalahan agama itu sendiri...


Moga Allah sentiasa memberi kita hidayahNya... Moga Allah sentiasa memberikan kita kekuatan untuk melawan kehendak dan tuntutan nafsu... Ya Allah, peliharalah kami, tunjuki kami jalan yang lurus, dan dekatkanlah kami pada perkara-perkara yang mendekatkan kami padaMu... dan Kau lemparkanlah rasa BENCI ke dalah hati-hati kami terhadap perkara-perkara yang jelas dilarangMu... agar dengan itu, kekaburan jalan-jalan kami menujuMu makin hilang...Amiin...

Assalamualaikum wbt...

Berblog bukanlah rutin harian saya, ia sekadar medan untuk saya meluahkan pandangan dan berkongsi cerita… maka sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk memiliki blog khas seperti kebanyakan orang lain… pada saya, bila ada sesuatu yg menarik, bila saya punya kesempatan untuk menulis, aaa time tu baru la saya patuk keyboard saya untuk postkan entry tu…

Memandangkan saya sering tenggelam timbul, bg saya cukuplah sekadar blog Friendster saya jadikan laman untuk saya mencoret-coret… blog tu pun selalu benar bersawang :p . Gaya penulisan juga tidak seberapa… isinya juga boleh dikatakan ntah apa2… sekadar luahan dan rasa yang ingin saya sampaikan… lebih kepada luahan hati mungkin…

Sejak Friendster dah mencapai zaman kejatuhan, saya mula menganjak fikiran, untuk buat blog lain… sbb blog Friendster tu pun agak leceh bila nak post apa2 entry… nak kena log in friendster dulu la… pastu banyak kali juga terjadi entry2 yg dipost tu hilang ntah ke mana… jadi disebabkan friendster pon saya dah tak aktif, jadi saya pon ambil keputusan berhijrah ke blog ni… tak berhajat pon nak tulis banyak2 dan selalu post entry, cuma saje2 nak update bila berkesempatan… sekurang2nya kawan2 saya yg selalu juga menjengah ke blog lama saya tu masih punya kesempatan untuk tau apa la citenya dgn diri ini… apa pulak la kisah yang nak saya bebelkan :p

Selamat datang ke blog baru saya ni… semoga kesempatan yg saya perolehi akan memberi peluang kepada saya untuk menulis apa yg boleh membawa manfaat kepada semua… pada kengkawan yg tersesat lawat blog min ni… bila free2 tu antar komen sket eh… keep in touch semua… wassalam…

Link Within

Related Posts with Thumbnails

About This Blog?

My photo
Pemilik blog ni bukanlah rajin menulis sangat...tapi kadang2 bila dia menggatal, dia akan suka bebel panjang2 ^^ sekadar coretan sederhana dr insan yg serba kekurangan...

Calendar

Annyong...



Followers


Lagu Pilihan


Powered by Blogger.