~ Life is a precious gift ~

"The fragrance of flowers spreads only in the direction of the wind. But the goodness of a person spreads in all directions!"

Assalamualaikum w.h.b

Alhamdulillah, walaupun hari ini saya agak kurang sihat, tetapi ALLAH masih kurniakan saya daya untuk menjalankan aktiviti seperti biasa... syukur padaNya kerana masih memberikan kita peluang untuk lebih memperbaiki diri... Pantas benar masa berlalu, hari ini sudah masuk 4 Sya'ban... adakah telah kita ambil kesempatan Sya'ban dengan baik? hehe saya masih lagi "biasa-biasa", masih belum mampu menjadikan diri "luar biasa"...
Sejak semalam mmg badan dah rasa tak sedap, waktu malam tekak dah mula kering dan sakit2... oh, ini petanda besar saya bakal demam!!! seperti yang diduga, bangun je pagi mmg badan dah panas sikit, hidung juga dah tersumbat, dan tiba2 terasa lelehan jernih mengalir hampir2 memasuki mulut... erkks... dah macam kembali ke zaman hingusan masa kecik2 dulu pulak... bingkas bangun dari tempat tidur, oh, kepala rasa pening!!! memang berat je kepala... terus capai tuala ke bilik air... Sejuk benar air...

Selesai urusan, saya mengadu pada mak, nak bermanja...
"mak, akak rasa nak demam...camne ni...."
"sihat dah lama kan... ALLAH bagi sakit sikit je tu, nak buang dosa..."
"hehehe" saya menyengih je sambil memeluk mak.

********************************************************************************************

KESEMPATAN YANG ADA :
Ya, betul kata mak... dah lama kan ALLAH bagi sihat *^^*
ni sikit je, ALLAH uji sikit dengan rasa sakit supaya kita ingat indahnya nikmat SIHAT tu... kerana itu kita umat Islam diingatkan tentang 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara...

1) SIHAT sebelum SAKIT
2) LAPANG selelum SEMPIT
3) MUDA sebelum TUA
4) KAYA sebelum MISKIN
5) HIDUP sebelum MATI

Hakikatnya manusia seringkali kurang menghargai peluang dan kelebihan yang ada didepan mata hinggalah kita kehilangannya... bila kesempatan dan kebaikan itu hilang, maka akan timbullah penyesalan...

Waktu sakit - "Kalaulah SIHAT, kan bagus... boleh buat itu ini..."
Waktu sibuk - "Kalaulah ADA MASA macam dulu2, mesti sempat nak buat itu ini..."
Waktu berusia - "Kalaulah MASIH MUDA, mesti kuat nak buat itu ini..."
Waktu sempit wang ringgit - "Kalaulah masa ADA DUIT dulu, dimanfaatkan betul-betul..."'
Waktu menghampiri mati - "Kalaulah masa HIDUP SIHAT, MASA ADA KELAPANGAN, MASA MUDA2 dulu, MASA BERDUIT dulu, aku luangkan segala2nya untuk mendekatkan diri pada ALLAH, untuk BERIBADAH..." tut.....tut.....tut...... innalillah....lalu Izrail melaksanakan tugasnya...

Kata arwah ayah, perkataan "KALAU" itu sangat bahaya.... "KALAU" akan buat kita jadi orang yang takkan mampu melangkah lebih maju ke depan dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi... "KALAU" itu andainya diletakkan di atas gunung, gunung juga tak mampu nak tampung kerana "KALAU" hanya buat kita hidup di alam fantasi, "KALAU" menjauhkan kita dari realiti....

Maka jauhilah "KALAU", mulai sekarang berusaha selangkah demi selangkah untuk terus memperaiki diri tanpa memikirkan "KALAU" kerana akhirnya nanti "KALAU" hanya akan menimbulkan seribu satu penyesalan yang tiada berkesudahan...
********************************************************************************************

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA :
Kita kerap dengar orang kata "sakit itu penghapus dosa". Benarkah?

Dari Abdullah r.a berkata: “Aku datang mengunjungi Rasulullah S.A.W ketika baginda sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata “ ya, Rasulullah ! demammu bertambah teruk.” Jawab baginda “ memang demamku sama dengan dua orang kamu.” Kataku pula, “ semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda : “ semoga!” kemudian sabda baginda pula : “ tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” Benar sekali, sakit itu penghapus dosa, tapi dosa hanya akan terhabus bagi mereka yang redha dengan kesakitan... ini ujian ALLAH, ALLAH menguji keimanan kita... andai kita berkeluh kesah, merungut2 kesakitan dan mempersoalkan pula qada' dan qadar ALLAH, maka semakin nipislah iman kita... dengan itu, jangankan terhapus dosa, bagi yang berkeluh-kesah, mungkin dosa pula menjadi habuan kita... sama-sama kita selami hati masing-masing, ayuh sama-sama kita menjadi hamba yang sentiasa redha agar ganjaran bisa kita peroleh, iman dan aqidah juga akan terus dituai...
-
Dari Anas r.a berkata, Rasulullah bersabda “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa ALLAH apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan ALLAH, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu , maka dia akan mendapat kemurkaan daripada ALLAH.” ( at-tirmidzi dan ibnu majah).

Mudah-mudahan hati kita sering redha dengan ujianNya tak kira datang dalam apa bentuk sekalipun...wassalam...

0 comments:

Link Within

Related Posts with Thumbnails

About This Blog?

My photo
Pemilik blog ni bukanlah rajin menulis sangat...tapi kadang2 bila dia menggatal, dia akan suka bebel panjang2 ^^ sekadar coretan sederhana dr insan yg serba kekurangan...

Calendar

Annyong...



Followers


Lagu Pilihan


Powered by Blogger.