~ Life is a precious gift ~

"The fragrance of flowers spreads only in the direction of the wind. But the goodness of a person spreads in all directions!"

Assalamualaikum w.h.b.

Firman Allah SWT:

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”
(al-Israa’:32)
Firman di atas jelas menunjukkan, usahkan melakukan zina, mendekatinya juga dilarang keras. Apa jua jalan-jalan yang menjuruskan kepada titik permulaan zina amat ditegah Islam. Zina terbahagi kepada beberapa cabang iaitu zina mata, zina lisan, dan zina anggota badan.

Zina mata adalah dengan melihat perkara-perkara yang membawa ke arahnya, zina lisan adalah dengan berbicara tentangnya,zina hati pula berlaku bila kita berangan-angan membawa bayangan dan imaginasi yang bukan-bukan lalu membangkitkan nafsu dan kemudiannya menjadi punca menyebabkan kemaluan membenarkan nafsu mendustai diri hingga yang HARAM MENJADI HALAL… Dengan erti kata lain, kegagalan mengawal nafsu membawa kita kepada perkara-perkara keji yang menjurus kepada perbuatan melepaskan hawa nafsu dengan cara yang dilarang sama sekali.

Bila berbicara soal zina, terimbas satu isi ceramah yang pernah saya dengar… Sepertimana yang dicatatkan di dalam Al-Quran, sebaik sahaja dibangkitkan semula di padang mahsyar nanti, kita semua tidak akan lagi memperdulikan keadaan orang disekeliling kita, ketika itu masing-masing hanya mengambil kesah tentang diri sendiri… terlalu takut tentang nasib diri hingga tak punya masa untuk menoleh dan memikirkan keadaan orang lain…

Ketika kita dihadapkan di depan pencipta yang Satu, ketika buku-buku amalan kita dipersembahkan, ketika “skrin perjalanan hidup kini” dimainkan semula di depan mata, tiada apa lagi yang mampu kita buat melainkan melihat dan membiarkan seluruh anggota tubuh kita menjadi saksi kepada segala perbuatan kita selama mana kita menjalani hidup di dunia ini.

Pada ketika itu, ingatlah teman…ingatlah sabahat…ooohhh ingatlah diriku!!! Anggota tubuhmu tidak akan sekali-kali menipu… mereka akan berkata benar, bercerita tentang segenap peristiwa tanpa meninggalkan satu detik dan isi penceritaan sekalipun… maka ketika itu, mampukah kita untuk berlindung diri? Menafikan sesuatu sedangkan mulut kita ini akan dikunci? Dan di depan mata kita juga nanti, akan kita lihat semula segala perilaku kita samada baik mahupun sebaliknya…

KETIKA PENZINA DIBICARAKAN
Diceritakan, bagaimana orang-orang yang berzina akan berhadapan dengan ALLAH SWT nanti. Pada ketika dibicarakan di mahkamah ALLAH, MATA akan berkata ; “akulah yang memandang si dia yang berlainan jenis dariku, lalu ku sematkan rasa rindu dan kesukaanku padanya…pandanganku padanya makin hari makin tidak ku jaga hingga dia merajakan nafsu ku”… HATI berkata, “Ya benar, akulah yang merajakan perasaanku hingga ia tidak mampu kukawal, aku tidak ingat pada larangan ALLAH, aku lalai dan leka dengan hasutan nafsuku sendiri”…

Kata KAKI, “Ya akulah yang berjalan ke tempat maksiat tersebut, tak pernah aku alihkan langkahku malah aku pergi ke situ dengan tujuan untuk menzinai pasanganku”… MATA kembali berkata, “Ya, aku jadi saksi ke mana arah kaki itu melangkah pergi”… sahut menyahut anggota tubuh lain memperakui apa yg diperkatakan"… Kata Tangan “Ya Allah, akulah yang memulakan gerakan membangkitkan lagi rasa nafsu di antara kami”…. Dan setiap gerak geri yang dilakukan anggota badan akan menceritakan apa yg diperlakukan mereka ketika itu, hinggakan alat kelamin sendiri menceritakan pada ALLAH dengan jijik sekali bagaimana kerakusan penzina menjamah tubuh yang tidak halal baginya…

Setelah perincian cerita didapati daripada seluruh anggota tubuh, MALAIKAT akan tambil membawa buku catatannya… “Ya ALLAH, sesungguhnya telah ku catitkan amalan hambu ini, kelakuan kejinya telah kucatitkan tanpa tertinggal satu pun, dan bersama-sama ini disembahkan 99 bukti perlakuannya”.

Cuba bayangkan… Malaikat mempersembahkan 99 bukti untuk setiap langkah yang kita ambil… maka mampukah lagi untuk ketika itu kita mendustai catatan para saksi dan pencatit peristiwa? Mampukah kita untuk lari dan membuktikan kita tidak bersalah di mahkamah ALLAH? Kita mungkin mampu lari dari kesalahan dunia di mahkamah manusia dengan hujah2 peguam handalan… namun di makkamah ALLAH, kita hanya sekeping jasad yang tak mampu berbuat apa2… hanya menunggu keputusan kehakiman yang teramat ADIL lagi SAKSAMA… mampukah kita menghadapinya nanti berbekalkan amalan dan dosa yang kita jalani sehari-hari?

Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosaku…ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku…ampunkahlah dosa sahabat2ku… ahli keluargaku dan seluruh muslimin dan muslimat yang sentiasa mencari jalan ke arahMu… lindungilah kami ya ALLAH… sedarkan kami di kala kami alpa dengan dosa-dosa kami yang tidak terhitung ini… amiin….

Berbalik kepada perbicaraan tadi, selepas MALAIKAT membentangkan bukti2 catatannya, ALLAH lantas berkata, “Ya Malaikat, dia ini tidak layak sekali menjadi hambaKu, dia tidak pernah malu ketika berzina di depanku… kamu mencatatkan segala perilakunya sedangkan Aku tak pernah lepas dari melihat perbuatannya…Aku MURKA dengan perbuatannya tetapi tidak ada langsung rasa hina di dalam hatinya…apatah lagi rasa berdosa, dia juga tidak pernah menyesali dan bertaubat dari perbuatannya... maka kau campakkanlah dia ke NERAKAKU… tidak layak sekali dia menjadi hambaKu”.

Demikianlah serba sedikit ringkasan isi ceramah itu… hina benar zina ini… besar benar dosanya… kerana itulah ALLAH melarang kita mendekati jalan-jalan menuju zina…

SABDA RASULULLAH
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah SAW. bersabda, “Tiga jenis orang yang Allah tidak mengajak berbicara pada hari kiamat, tidak mensucikan mereka, tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka adzab yang pedih: Orang yang berzina, penguasa yang pendusta, dan orang miskin yang sombong,” (HR Muslim [107]).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahwasanya Rauslullah saw. bersabda, “Tidaklah berzina seorang pezina saat berzina sedang ia dalam keadaan mukmin,”

Masih diriwayatkan darinya dari Nabi saw. beliau bersabda, “Jika seorang hamba berzina maka keluarlah darinya keimanan dan jadilah ia seperti awan mendung. Jika ia meninggalkan zina maka kembalilah keimanan itu kepadanya,” (Shahih, HR Abu Dawud [4690]).

Diriwayatkan dari al-Miqdad bin al-Aswad r.a, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabatnya, “Bagaimana pandangan kalian tentang zina?” Mereka berkata, “Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkannya maka ia haram sampai hari kiamat.” Beliau bersabda, “Sekiranya seorang laki-laki berzina dengan sepuluh orang wanita itu lebih ringan daripada ia berzina dengan isteri tetangganya,” (Shahih, HR Bukhari dalam Adabul Mufrad [103]).

Hadith keempat menjelaskan betapa beratnya dosa pada si suami yang menzinai isteri jiran tetangganya...

KITA BIJAK BILA KITA JAUHI ZINA

Pabila berdua-duaan, pasti akan ada yang ketiganya... yang ketiga ini takkan pernah tenang melihat anak adam hidup gembira dan bahagia... Lupakah kita bahawa yg ketiga itulah ciptaan ALLAH yang paling angkuh? Dia ingkar sujud pada Nabi Adam, hingga akhirnya ALLAH memurkainya.. mencampakkannya keluar dari syurga dan ditempatkan dia dan keturunannya di secara kekal di NERAKA ALLAH.

Lupakah kita bahawa yang ketiga itu pernah berjanji takkan membiarkan umat manusia bersenang-lenang? Lupakah kita bahawa yang ketiga itu telah berjanji di depan ALLAH bahawa dia akan menghancurkakn keturunan Adam, akan memastikan anak-anak Adam menjadi penemannya di NERAKA kelak? Lupakah kita bahawa yang ketiga itu pernah berjanji akan memusnahkan anak-anak Adam, dan melalaikan kita hingga kita akan menjadi sahabatnya?

Namun Allah menjawab, hamba2Nya yang beriman tidak akan sama sekali mengikuti hasutan syaitan... dan ALLAH benar-benar memberi ganjaran bg hamba2Nya yang kukuh iman dan benar-benar bertaqwa kepadaNya. Jangan sekali-kali kita lupa bahawa kerana hasutan dan godaan yang ketiga itulah, Adam dan Hawa dicampakkan ke bumi... maka mahukan kita pada hari ini dicampakkan pula oleh ALLAH ke NERAKA dek kerna diri terlalu bodoh mengikut segala ajakan dan godaannya?

Jalan paling mudah untuk syaitan menggoda kita adalah dengan mempermainkan nafsu dan melemahkan pegangan kita... kita tahu, kita sedar dan kita dapat rasakan bahawa nafsu manusia begitu besar sekali... nafsu manusia bila mengganas akan menimbulkan kesan yang bermacam-macam... maka marilah sama-sama kita kawal nafsu kita dengan memperkasakan iman kita... usah kita perbanyakkan lagi jalan-jalan menuju zina hingga anak-anak luar nikah dilahirkan lalu dibuang tanpa belas ehsan.

Bayangkan betapa banyak dan besarnya dosa yang bakal kita lakukan bila zina kita dekati... mendekati zina dengan merajakan perasaan di hati secara tidak halal itu sudah berdosa, menzinai hati dengan maksiat hati juga adalah dosa, memulakan langkah-langkah ke arah zina dengan berjumpa dan berdating berdua2an itu juga dosa... “ringan-ringan” itu juga dosa... dan bila berlakunya zina, itu adalah dosa yang teramat besar... selepas melakukan zina, terkandung pula zuriat hasil daripada hubungan yang tidak halal... bagi menutup malu, kandungan digugurkan... kalau dikandungkan sekalipun, selepas dilahirkan anak itu dibuang, dibunuh tanpa belas kasihan... cubalah renungkan, cubalah kita kaji... hanya kerana terbawa oleh nafsu, kita membina dosa di atas dosa... Maka sungguh BIJAK BAGI KITA YANG MENJAUHI ZINA...

MOHON AMPUN, BERTAUBATLAH...

Firman Alllah:

Dan org-org lelaki yg memelihara kehormatannya serta org-org perempuan yg memelihara kehormatannya (yg memelihara dirinya drpd melakukan zina)..Allah telah menyediakan bg mereka semuanya keampunan dan pahala yg besar.
(al-Ahzaab:35)

Satu persoalan; Bagaimana bagi kami yang sedang menghampiri zina ini?
Kita masih punya peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan drNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendptkan keredhaan daripadaNya. Sama-samalah kita muhasabah diri, menyesali dengan keterlanjuran langkah kita kemudian bertaubat pada ALLAH SWT.

Bertaubatlah dengan sebenar2nya… Taubat yg memuhi 3 syarat iaitu:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan.
3. Berazam. Bertekad didlm hati tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seorg yg bernama isteri atau suami. Saatnya adalah slps berlakunya Ijab dan Kabul.

Jadi bagaimana andainya saya terlalu menyayanginya? Kami benar-benar mencintai sesama sendiri? Nak putus cinta??? Ooohhh tidak!!! Saya bisa mati tanpanya! Saya teramat memerlukannya dalam hidup saya…. Lantas bagaimana?

Persoalan ini terlalu mudah jawapannya… andai benar2 hatimu telah menyatu, maka usah lagi ditangguh2kan… satukanlah terus kedua2 hatimu itu dengan cara yang halal bagimu… Islam tak pernah menyusahkan penganutnya… Perkahwinan dalam Islam juga tidak pernah membebankan… malangnya kita pada hari ini sering menyusahkan proses perkahwinan hinggakan ada sahabat saya berkata “RM20k takde lagi, camne nak langsungkan perkahwinan?”…

Kasihan sungguh sahabat saya itu… kasihan sungguh lelaki-lelaki diluar sana yang memerlukan sehingga RM20k hanya untuk menghalalkan hubungan. Adakah ibu bapa pada hari ini lebih sayangkan status, lebih gemar bermegah-megah dgn kenduri-kendara yang meriah daripada memenuhi hak dan keperluan batin anak-anak? Saya tidak mahu mengulas lanjut, sama-samalah kita fikirkan…

Ya Allah. Berilah kekuatan kpdku dan adik-adikku, kaum keluargaku serta sahabat-sahabatku utk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kami perasaan benci kpd kemaksiatan… Kurniakan kami pasangan yang benar-benar mampu memenuhi keperluan kami, dan Kau bantulah kami agar kami mampu memperbaiki diri dari hari ke hari, agar suatu hari nanti, bila tiba masanya, kami mampu menjadi insan yang boleh membahagiakan dan memenuhi keperluan pasangan yang telah kau takdirkan untuk kami… Amiin…

0 comments:

Link Within

Related Posts with Thumbnails

About This Blog?

My photo
Pemilik blog ni bukanlah rajin menulis sangat...tapi kadang2 bila dia menggatal, dia akan suka bebel panjang2 ^^ sekadar coretan sederhana dr insan yg serba kekurangan...

Calendar

Annyong...



Followers


Lagu Pilihan


Powered by Blogger.