~ Life is a precious gift ~

"The fragrance of flowers spreads only in the direction of the wind. But the goodness of a person spreads in all directions!"

Assalamualaikum w.h.b

Hai cik blog; agak bersawang dah kamu ni ye~~~ hihi tuh la kan tuan dia sendiri dah lama tak jenguk... mungkin kerana komitmen yg agak banyak sekarang ni sampai tak sempat nak luangkan masa utk kamu cik blog... tp mmg pon, andai kata sy nak update something pada blog ni, ianya takkan mengambil masa yg sikit...

So untuk kesekian kalinya saya ingin mencuba sedaya mungkin meminimumkan masa... mampukah? ok... saya start menaip tadi jap 10.25 pm, kita tgk nanti pukul berapa blog ni akan selamat di post dengan sempurna mengikut kehendak hati jiwa dan ragaku...

LOKASI ? huhu title entry ni mmg seolah2 nak tanya lokasi orang lain, hakikatnya saya nak bgtau lokasi saya ye... hehe... skarang ni berada ni Kluang... bermula episod baru dalam kerjaya saya esok... akan cuba sedaya mungkin mencurahkan "Love, Service, Kindness" kepada warga2 Kluang yang memerlukan...

Saya teramat mengharap training, support dan bantuan yang bakal saya berikan di sini memberi manfaat pada semua... dan berapa lama saya akan berada di sini bergantung pula kepada setakat mana saya mampu nak train staff sampai boleh berdikari, dan setakat mana saya diperlukan di sini ^^ harap takkan lebih dr 3 bulan...

ninah pon dah dekat nak abes final xm... nasib baik... kalau tak kesian mak dengan ainul tinggal berdua... ini kali pertama saya bekerja di luar KL dan menetap... masa kena keje kat Seremban dulu saya ulang-alik.. apa2 pon ini akan membuatkan saya akan TERLALU MERINDUI mereka bertiiga!!! rindu nak peluk mak malam2.... dan rindu nak tido dengan bantal busuk saya jugak... haha...

Ya Rabb, permudahkan segala urusanku, yang ku harapkan agar pengorbanan ini tidak menjadi pengorbanan yang sia2... ku harapkan kerelaan ini menjadi kerelaan yang berbuah hasilnya...ku harapkan jua pengorbanan ini mampu memberikan sinar dan senyuman pada banyak wajah....

PERNGORBANAN? berkorban sangat ke? haha konon la kan.... padahal takde apa pon... apa2 pon saya dah rasa sangat rindukan mak saya dah ni... ok sampai sini dulu kemengarutan ku... dan kini aku hanya ingin membayangkan permulaan yang baik utk esok... Semoga Kau sentiasa bersamaku Ya Allah... amiin...






-- tamat menaip 10.35pm-- [agak pantas untuk saya ^^ ] assaaaaaa....

Assalamualaikum w.h.b


Hakikatnya sebagai seorang yang mengakut dirinya seorang Muslim, wudhuk; adalah perkara yg paling asas untuk kita ketahui... bukan susah pon kan... dari kecil lagi saya dah hafal cara nak ambil air sembahyang... sbb apa? sbb dari kecil lagi saya dah tau, org Islam kena sembahyang, kalau nak sembahyang, tak sah sembahyang kita kalau takde wudhuk, jadi kena la berwudhuk dulu kan...

"Susah ke nak amik air sembahyang?"

"Mana ada susah amik air sembahyang, basuh muka, basuh tangan, basuh kepala, pastu kalau rajin gosok2 telinga... basuh kaki, pastu settle!!!"

Ahaa... mudah sungguh bunyinya kan...tp basuh tu basuh macam mana? nak sampai lencun kain baju ke? atau ala kadar dah ok? atau nak kena gosok2 sampai keluar daki? hehehe... dah tu ada pulak kita tengok setengah2 org gosok2 leher, berkumur lagi... eh wajib ke tu? kalau tak buat takpe ke? ermmm seingat saya, dahulunya saya sendiri ingatkan cuci telinga tu "mesti kena buat"...

Tak salah kalau buat, malah lebih baik...tp daripada kita main buat je, adalah lebih baik kalau kita tau samada apa yg kita buat tu sunat atau rukun.... Mengapa mesti tau nak kena tau ianya rukun dan sunat dalam berwudhu'? jawapannya TIDAK SAH wudhu' seseorang yg tdk dpt membezakan di antara rukun wudhu' dengan yang sunat... semoga ALLAH ampunkan kelemahan kita... Hakikatnya wudhu' ini tidaklah sukar, yang menjadi sukar apabila pemahaman kita itu salah...



RUKUN WUDHU'


1. Niat.
2. Membasuh wajah(muka termasuk hidung & mulut).
3. Membasuh kedua tangan hingga sampai kedua siku.
4. Menyapu kepala pd bahagian yg ditumbuhi rambut.
5. Membasuh 2 kaki sehingga ke buku lali.
6. Tertib (mengikut urutan).

PERKARA SUNAT


1. Membaca Basmallah.
2. Membaca doa wudhu'
3. Membasuh kedua tangan sebanyak 3 kali sambil berdoa.
4. Berkumur sambil membaca doa.
5. Membersihkan hidung dengan memasukkan air de dlm lubang hidung sambil berdoa.
6. Disunatnya juga membaca doa sebaik sahaja selesai membasuh anggota2 wudhu' yg wajib.
7. Membasuh anggota2 wudhu' sebnayak 3 kali.
8. Membasuh kedua telinga.
9. Disunatkan menyelat2 jari tangan pada jari2 kaki ketika membasuh kaki.

RATAKAN AIR PADA ANGGOTA WUDHU'


Saya pernah mendengar satu teguran dari seorang bapa kepada anaknya:
"eh, tak cukup tu basuh kepala... rambut tak basah betul, basuh kepala sampai ubun2" kata seorang bapa pd anak lelakinya...
"tapi ustaz abang kata kan abah, kita basahkan kepala tu maksudnya kenakan air pada kulit kepala... tak perlu sampai basahkan rambut sampai ke ubun2"
"dah tu kalau rambut tak basah mcm mana nak sampai kulit kepala?, tu la taknak faham betul2 ustaz ajar".

ermm jadi mana satu yang betul? seingat saya,pernah saya diajarkan oleh seorang ustaz, tak perlu sampai lencun kepala tu... ckp sekadar basahkan sejemput di mana2 bahagian kepala yang berambut dan ratakan air itu hingga ke kulit...

Nabi dan para sahabat berwudhu' tanpa menggunakan banyak air. 500ml air boleh digunakan utk 2 kali wudhu'... Ringkas kata 2 org boleh berwudhu' dengan air botol mineral yg kecik tu... tapi kita org Malaysia ni boleh ke buat mcm tu? ada yang bersoal dan berbisik2... "boleh ke? ishk tak puas la..." terdengar bisikan tu ke telinga ustaz, maka jawapan ustaz mudah sahaja...

"rasa mcm saya ni menipu, tp ibu-ibu, ayah-ayah... inilah ajaran nabi kita... tak perlu membazirkan air, kita terlalu mewah dengan air jd sebab tu seronok je guna... insyaALLAH lepas ni kit acuba didik diri kita utk berjimat dan ikut sunnah Rasulullah...kalau semua org Islam kat Selangor ni dapat buat mcm tu, terkejut SYABAS, bill air smua tmpt terutama skali masjid dan surau jadi rendah" kata beliau sambil berseloroh...

Islam itu mudah, yang penting pemahaman... erti "basuh" tu bukanlah sampai nak basahkan anggota2 wudhu' tp hakikatnya meratakan air ke bahagian anggota-anggota wudhu'... sbb tu juga kita dipesan utk sentiasa menuntut ilmu agama... sungguhpun dah tau, tp kadang2 banyak benar kekeliruan... tambahan pula manusia kan... pelupa...jd menimba ilmu yg kita dah tau ni pon ibarat polish... btul tak?

KEISTIMEWAAN ORANG YG BERWUDHU'



Orang yang sentiasa mengambil wudhu' apatah lagi yg sentiasa mengekalkan wudhu' sentiasa berada dlm perhatian ALLAH SWT. Antara kesitimewaannya itu ialah menghapuskan dosa yg dilakukan sebelumnya. Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:



Dari Abu Hurairah R.A, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda; " Apabila seseorang hamba Muslim atau Mukmin mengambil wudhu', maka ketika dibasuh mukanya, keluarlah dari mukanya itu semua kesalahan yg dilakukan oleh 2 matanya. Apabilal dia membasuh tangannya, maka keluarlah semua kesalahan yg dilakukan oleh kedua2 tangannyabersama air atau titisan wudhu'nya. Apabila dia membasuh kedua2 kakinya, maka keluarlah semua kesalahan yg dilakukan oleh kedua2 kakinya itu bersama titisan air yg terakhir dari wudhu'nya, sehingga dia bersih dari segala dosanya" (Riwayat Muslim)

InsyaALLAH pada kesempatan yang akan datang akan saya kongsi kan doa2 yg disunatkan sebaik selesai membasuh setiap anggota2 wudhu'... ada banyak juga perkara2 berkaitan wudhu' tan tayammum yg agak menjadi kekeliruan tp Alhamdulillah dah pon dihuraikan oleh ustaz Dato' Khalid dalam kuliah "Kesempurnaan Solat"...

Bila dengar guru2 agama bercerita tentang ibadah, terasa benar begitu cincai sekali saya beribadah... mudah2an sedikit demi sedikit ilmu yang kita perolehi dapat mencantikkan lagi ibadah kita... Bukan mudah nak sempurnakan ibadah, tetapi sekurang2nya kita berusaha untuk mermperbaiki ibadah kita dr perkara yg paling asas... insyaALLAH mudah2an kita sentiasa berada dalam rahmatNya...sentiada jua diberikan petunjuk olehNya... wassalam.

Assalamualaikum w.h.b

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah hari ini kita masih lagi mampu utk bernafas, menghirup udara, menyedut(betul ke penggunaan vocab ni? hehe hentam je la) oksigen, membebaskan karbon dioksida... mampu lagi utk melihat keindahan alam... telinga masih lagi mampu mendengar... tangan dan kaki masih dapat bergerak dengan baik... segala sistetm badan masih lagi dalam keadaan baik... alhamdulillah... syukur atas segala nikmat kurniaanNya yang tak pernah putus....

Pagi ini saya kononnya 등산(dengsan) ataupun dalam bahasa yg biasa digunakan ialah hiking... panjat2 bukit... hehe mcm comel pulak rasanya perkataan "panjat bukit"... masih lg saya ingat satu ketika dahulu... waktu saya tinggal di kaki bukit di Kg Cheras Baharu, memanjat bukit adalah aktiviti biasa... perlu naik ke bukit utk "membela air"...

Disebabkan tinggal di kaki bukit... arwah ayah gunakan punca air bukit sebagai air yg kami gunakan di rumah...airnya sangat2 sejuk...sangat2 bersih dan semestinya la kan takde bau/rasa klorin... disebabkan paip disambungkan dari atas bukit hingga ke rumah, kalau air laju sangat, air tu akan tertengdang ke atas semula... jadi akan berlaku la kes sambungan paip tercabut... bila sambungan paip tercabut, air pon takde, makanya kena la memanjat bukit utk "bela paip air"...

Aktiviti ni berakhir bila saya masuk form 4. Dah pindah rumah sbb rumah yg keluarga saya duduk time tu dibina di atas tanah kerajaan dan nak dibangunkan... jadinya bila pihak pemaju nka bangunkan kawasan tu terpaksa la semuanya berangkat... dan sangat2 sedih bila rumah yg di bina oleh tangan ayah sendiri dirobohkan di depan mata...

Ermm kenapa saya tiba2 teringat kenangan lama ni? kdg2 saya mmg terasa yg saya ni suka sangat terkenangkan kenangan lama... itu tak bererti saya hidup dalam kenangan silam, sebaliknya saya tahu saya sedang menghadapi hari ini, dan terus menjalani kehidupan hari ini untuk hari depan andai masih lagi ada utk saya kerana manusia itu punyai hak dan kita dituntut untuk merancang kehidupan, namun kita jua perlu sedar sehebat manapun rancangan kita, rancangan dan ketentuan Allah itu lagi Maha HEBAT...

tapi sungguhpun begitu, kita jua perlu melihat kebelakang, kerana apa yg ada dibelakang itu adalah "asal" dan "asas" kita... bila kita kenang siapa kita satu ketika dahulu, kita akan sedar dan melihat dengan jelas sekali betapa hari demi hari, keadaan kita hakikatnya betambah baik dari/ dulu... maka ini juga akan menambahkan rasa syukur kita padaNya yg Maha Memberi kan

ohhhh....미안... mitok maaf bebanyok... rasanya saya dah bebel dengan sangat banyak sampai dah lari dr topik penceritaan yg asal... hehe sori la ye... sebenanrya hari ni sy pi hiking dekat BUKIT SAGA.... setengah org panggil BUKIT APEH, dalam mandarin pula dipanggil A PAK SAN, dan ada juga yg panggil Bukit Putih...aaa macam2 nama dia kan... tapi tak jauh pun...bukit di terletak di antara ampang dengan cheras... ada jugak track dia bleh start dr Tmn Cuepacs...

Sbb utama yg buat saya tetiba tersensitif nak teringat2 pasal kisah lama ni sbb suasana yg saya lihat dan lalui pagi tadi, tak ubah seperti suasana yg pernah saya lalui 11 tahun yg lalu.... lama sungguh rasanya... selepas 11 tahun saya dpt balik view yg pernah menjadi salah satu rutin saya... tu yg teringat2 tu ^^

Saya panjat pagi tadi dengan bos saya... katanya nak survey track... kalau ok nanti bleh la buat aktiviti dgn staff2 lain pakat panjat Bukit ni reramai... haha macam2 sungguh dia... seawal jam 7 pagi(erkk tu bleh dikira seawal pagi ke?) dah bergerak ke Taman Saga Ampang... Sebenarnya tempat ni bos saya tau dari kawan dia... jenuh jugak la dok pk, rasanya waktu sekolah dulu Taman Saga ni bukan la tempat yg asing sangat... tp serius blur ada ke org panjat Bukit kat Taman Saga?

Tp sbb nak kena pegi so saya pon google la... dan akhirnya saya masuk ke sini... Tangga pd gambar pertama pada blog tu mmg satu TANGGA yang sekali tengok je dah bawak saya ke zaman sekolah menengah pulak... haha back to the past again... mana tak nye, Taman Saga ni ada la kot dalam beberapa ratus meter dr sekolah saya masa sekolah menengah dulu... so waktu form 5 selalu jugak pergi dekat tangga tu sbbnya tangga tu adalah terlalu dekat dgn rumah cikgu kelas saya dulu...

Pn Ng... cikgu chinese yang mengajar subjek bahasa melayu... saya mmg selalu cuba puaskan hati Pn Ng dengan gaya penulisan dan cadangan2 dia... dan kononnya antara budak2 form 5 kat sekolah saya pd tahun 2002 tu, pd beliau saya ada gaya penulisan yg bagus, dan karangan saya selalu dijadikan contoh utk kawan2 form 5 yg lain.... dan bila dia umumkan karangan saya sbg karangan terbaik; saya bajet atleast saya akan dpt 85/100 la kan... haha tp berangan la kalau dengan Pn. Ng.... seingat saya markah karangan saya plg tinggi dengan dia 64/100... haha kalau dpt 60 ke atas tu kira mmg tahap dewa la kegembiraannya... mmg kedekut markah sampai takde sorang pon dpt A dlm subjek BM... sampai ramai jugak kawan2 dah tertekan... tp disbbkan markah kedekut dia tu la, kami sentiasa cuba sedaya upaya utk perbaiki gaya penulisan...risau dengan result sebenar nanti... dan bila result SPM kluar student2 Pn Ng cipta sejarah sekolah... tahun tu peratusan skor A utk subjek BM naik dengan mendadak....bagus jugak sebenarnya bila cikgu kita kedekut markah kan? Selamat hari GURU cikgu ^^(xlmbt lg nak wish kan... pd saya hari guru adalah setiap hari-ayat nak cover line :-P)

Astaghfirullah... apa menda la saya merepek hari ni ye? oh nak delete rasa mcm sayang pulak, sbb saya bukannya selalu pon nak bebel2 kan... hehehe so biar la... apa2 pon nak balik pd tajuk asal... cite banyak2 pon mcm tak masuk pada topik jugak so saya nka upload gambar je.... sape yg suka hiling bleh la cuba... bukit ni tak tinggi sangat... ada 3 track... track A,B dan C... ada waterfall yg tak mengecewakan jugak la...




Seingat saya kali terakhir saya panjat memanjat2 ni pd tahun 2008... haha tu pon dekat 서락산(Gunung Seorak)... ooo yg itu sesungguhnya mencabar.. tinggi dan jalannya berbatu2... tp best... view dia mmg cantikkk... sungguh besar keagungan tuhan... indah benar ciptaanNya... sayang saya xde gambar nak upload sekarang... kalau tak lupa nanti saya try upload gambar gunung seorak... mmg cantik tak terkata...


Jadi pagi tadi waktu nak naik tu saya mmg semput... serius jantung rasa berdegup kencang sungguh bila semangat sangat nak naik cepat... sampai ada jugak rasa kepala pusing tadi... nampak sangat la stamina xde kan... haihhh... tp Alhamdulillah akhirnya sampai jugak ke atas... dan kat atas tu agak2 best... saya amik masa sejam 15 minit utk sampai ke atas... rehat2 kat atas tu selama stgh jam... siap main2 buai lagi :-P




ok la, saya pon dah malas nak merepek dah... kesimpulannya ok jugak la hiking kat Bukit Saga ni... bunyi riang2 pon ada... desiran anggin dan air mmg buatkan diri rasa tenang... tapi kan masa naik mmg susah, tp nak turun senang sangat... sama juga dgn kehidupan kita kan? nak capai sesuatu bukan mudah... perlu ada kegigihan, ketekunan dan kesungguhan, tp utk hilang apa yg kita dah capai tu senang sangat.... ujian paling besar utk org yg berana di atas, kerana bila tak di jaga kedudukan samada atas hal2 duniawi atau ukhrawi, maka dengan mudahnya dia akan jatuh merudum ke bawah, dan bila dah jatuh, bukan senang nak naik semula...


ok sampai sini dulu repekan saya... daaa... wassalam wbt...

Assalamualaikum w.h.b.
-
Sebelum membaca perkongsian sy di bawah, apakata tgk vid kat bawah ni dulu ye... baru bleh faham sket apa itu disleksia ni.., ;)












-


Pada jam 9 pagi tadi, saya menjadi "Mr. Bean" sebentar, menekan2 remote astro satu persatu(peminat Mr bean mesti tak lupa ada satu adegan mr bean jakun dengan remote control tv, menekan dari satu channel ke channel yg lain)... "apa ye cerita yg best nak tgk pagi2 ni?" detik hati sendiri...


Saya pon menekan satu persatu channel info dan tiba2 hati tertarik dengan tajuk cerita "DISLEKSIA". Satu perkataan yang begitu asing bagi saya, namun benar2 menarik minat... seolah-olah ada satu tarikan yang luar biasa(sejak bekerja, sy mmg malas layan drama walaupun drama itu bukan drama bersiri) Lantas menekan synopsis cerita :


"Mengidap Disleksia sejak kecil, Dani mempunyai kelebihan menghafal apa jua yg didengarinya. Tapi, kelebihan Dani tidak mencukupi bagi bapanya Rahman. Saksikan Disleksia di Astro Prima"
-


"kelebihan menghafal? macam Ainul..." bisik saya sendiri...


"Ninah, meh tengok cite ni... akak rasa kita bleh dpt something~!" Saya memanggil adik kedua utk sama2 menyaksikan drama tersebut... -




Apa yang ada di dalam drama tersebut benar2 telah mengalirkan air mata saya... tersentap jiwa... seolah2 saya baru mengenali adik bongsu saya; Ainul Mardhiah... segala gelora jiwa yg bermain di benar ibu Dani sememangnya apa yg ada di jiwa mak saya... cara ibu Dani menguruskan Dani, tak ubah sedikit pon dengan rutin harian mak pada Ainul...


- perlu dimandikan


- perlu diuruskan, dibedakkan


- baju sekolah perlu dipakaikan


- stoking, kasut sekolah perlu dipakaikan


- buku yang perlu dibawa ke sekolah juga menjadi tugas ibu mengikut jadual


- kuat berangan...


-
Seringkali saya berbincang dengan mak, khuatir dengan masa depan Ainul...


"bila agaknya Ainul akan matang ye mak? mcmn nak buat ye? akak risau dengan masa depan dia... kalau kita tak ada nanti macam mana?"


"takpe kak, ni anugerah ALLAH... Dia sedang menguji kita... kak tau kan adik sakit teruk dulu... dia lambat berkembang...kita doa dan usaha utk atasi masalah dia ye..."


Ainul mula bersekolah sejak berusia 5 tahun... sejak di usia itu, ujian yg mendatang menyebabkan fokus pada pendidikan awalnya terabai... waktu di tadika KEMAS, cikgu tadika kata, Ainul ok, cuma kurang fokus... dia hanya boleh bg tumpuan dalam 10 minit pertama, kemudian dia akan 'hanyut' dan pemikirannya akan merewang2...


Pada awalnya kami fikir, Ainul belum bersedia utk bersekolah... bila di ajar di rumah, dia mmg susah sangat nak bagi tumpuan... "malas la belajar..." tapi bila keluar ke mana2, bila ditanya "Ainul nak apa?", barang yg akan dicapainya ialah BUKU... mainan bukan pilihan Ainul... dan dia akan tidur dengan pensel dan buku di tangan...


Bezanya, Ainul bukan seorang yg suka utk belajar perkara baru, tapi seorang yang suka "MENGULANGI APA YG DIA TAU"... kami fikir itu masih lagi perkara biasa... tdk mahu memaksa kerana kami tahu dia juga ada penyakit... Ainul tak boleh tertekan dan ditekan... tak boleh dipaksa... seorang yg terlalu sensitif dan perasaannya bila disentuh dan dimarahi akan memberi kesan pada jantungnya.... itulah kerisauan kami yg menyebabkan kami hanya akan menyuruh Ainul belajar apa yg dia mahu...




Bila masuk ke pra-sekolah... ayah mengidap kidney failure... kami sekeluarga perlu ke hospital utk buat hemodialis 3 kali seminggu... Ainul tak boleh tinggal dengan orang lain... dia hanya mahu mak di depan matanya... bila ke hospital utk tujuan hemodialisis, perjalanan dan proses rawatan akan mengambil masa kira2 6 hingga 7 jam sehari... masakan mambu mak tinggalkan Ainul sendiri... jadi dia akan dibawa bersama... dalam seminggu Ainul hanya akan ke sekolah 2 atau 3 hari... prestasinya sememangnya tidak memberansangkan... namun fikir kami "Ainul jarang ke sekolah... kat rumah pon kita takde masa nak ajar... takpe la nanti dia dah masuk darjah 1, mesti adik boleh baca dan menulis kan..."




Malangnya hingga tamat darjah 1, Ainul gagal membaca... dia keliru dengan huruf dan nombor... apatah lagi dengan sebutan... sehingga Ainul terpaksa di masukkan ke kelas pemulihan... mengira syiling juga masih menjadi perkara yg asing bagi Ainul... tengok jam juga masih belum mampu... masakan saya, ninah dan mak tak khuatir dengan keadaannya? keadaan ini menyebabkan kami lebih melindunginya... setiap hari adik perlu diingatkan dengan banyak perkara....

Adakah Ainul dilahirkan sebagai anak yg memang lambat menangkap? adakah ini ujian yg akan ALLAH tunjukkan jalannya? pelbagai persoalan bermain di minda... menyedari keluhan ini, ada kawan terdekat, seorang kakak yg sangat2 mengambil berat memberikan nasihat dan tunjuk ajar... sebagai seorang guru, beliau punyai banyak pengetahuan... jd Along pesan, budak2 yg mcm Ainul ni memerlukan kesabaran yg sangat tinggi dr kita... kita perlu bersabar mengajarnya dan sesi pembelajaran perlu dibuat berulang-ulang... kena banyak mengajar dia sambil tunjukkan benda...

Punyalah gigih along ni, sampai temankan kami cari buku di Popular... buku Bacalah Anakku" sangat2 bagus kata along...masa tu stok buku dah habis... so takpe lah, kami ckp pd along, lain kali kitorang cari kat MPH pulak ke... tp along tak stop bantu sampai situ je... dibelikan buku tu utk Ainul dan along hantar sampai ke rumah... terima kasih along...

Memang -adik nampak sangat sungguh2 masa tu... diajarkan padanya setiap hari...tp bila masuk ke page lain... page yg belakang dia lupa... masih lg keliru dengan beberapa huruf membuatkan kadang2 tahap kesabaranku benar2 dicabar... terasa geram bila adik cepat sangat hilang tumpuan... dan tipu la kalau saya kata saya tak pernah marah dia... memang sentiasa akan marah.... bukan sengaja, tp saya nak dia tau, saya serius utk ajar dia, jd saya nak dia juga serius belajar...
-
Macam2 cara dibuat tp perkembangan ainul lambat... tak secepat yg kami jangkakan... hingga kadang2 membuatkan sy hampir putus asa... saya tak faham kenapa ainul malas... kenapa ainul tak boleh bagi tumpuan... ainul lembap? TIDAK!!! 100% jawapannya tidak... dia BUKAN lembap, apatah lagi kurang pintar... kerana dia sangat2 senang menangkap perkara2 yg dia SUKA... kalau dijelaskan sesuatu perkara, Ainul menjawab dengan baik... mampu bercerita semula dengan baik... dan dia seorang yg sangat bagus daya pemerhatian... daya ingatannya juga sangat2 kuat... sejak dihantar ke sekolah agama, banyak perkara yg keluar daripada mulutnya membuatkan saya terkejut...

Di awal usia 3 tahun, dia dah tau membezakan sebutan makhraj bacaan al-quran dengan hanya mendengar saya menjelaskan sebuatan-sebutan itu pada seeorang yg saya ajar di rumah... apa yg diperkatikan di luar, dia akan buat semula aksi2 itu di rumah... daya imaginasi ainul sangat2 hebat... dan dia juga boleh berikan tumpuan pada lukisan dan mewarna... dia ada kecenderungan yg lain... terutamanya dr segi penghafalan... kalau nak diikutkan tumbesarannya lewat 1 tahun berbanding kanak2 biasa...

Kerana kecekapannya dalam menilai sesuatu sangat2 baik... kami sendiri jadi tak faham kenapa Ainul ada masalah dengan huruf, nombor dan duit syiling... kenapa terlalu banyak kekeliruan dengan perkara yg melibatkan membaca, menulis dan mengira... dan mengapakah Ainul masih belum dapat menguruskan dirinya secara asas walaupun sudah berusia 8 thn? adakah kerana Ainul anak bongsu dan dimanjakan sejak kecil?
-
Dahulunya itulah andaian saya... Ainul terlalu dimanjakan, maka dia tdk tahu berdikari... Ainul terlalu dilindungi, maka dia tdk tahu bagaimana caranya utk dia melindungi dirinya sendiri... tapi hari ini... selepas menyaksikan drama DISLEKSIA, segalanya terjawab... saya kini mulai mengenali siapa adik saya sebenarnya... sememangnya dia insan istimewa... dan sememangnya perkara ini bukanlah suatu kerisauan hakikatnya satu perkara berupa ujian yg memerlukan kesabaran...
-
Apa itu Disleksia sebenarnya? menurut wikipedia,
"Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir."
-
Jadi hari ini saya mmg sibuk sangat surf tentang disleksia... dan mmg ramai sangat orang2 terkenal pon ada masalah disleksia... so ini membuatkan hati saya berbunga2... ini perkara yg bukan luar biasa sebenarnya cuma tak ramai yg mengetahui tentangnya(atau mungkin saya sahaja yg kurang pengerahuan sebenarnya)...
-
Alhamdulillah, akhirnya Dia bukakan jalan utk kami... utk kami lebih memahami Ainul... utk kami lebih memberikan tumpuan kami kepadanya dlm keadaan yg dia perlukan... Ainul bukannya perlukan lindungan semata2... tapi dia perlu diajar cara2 utk dia berdikari dan menguasai serta mengatasi kelemahannya... dan usaha itu perlu dimulakan oleh kami...
-
Saya ada terbaca beberapa blog tentang bekas2 pengidap disleksia... dia adalah satu keadaan yg boleh dirawati, tetapi andainya dibiarkan boleh melarat hingga dewasa... dan bg yg telah mampu mengatasi disleksia berkata "sebelum pandai membaca, saya sering dikatakan bodoh oleh kawan2... ye la dah darjah 4, masih tak tau membaca... tapi lepas pandai membaca, kawan2 semua terkejut sbb pencapaian akademik saya lebih baik dr mereka... daya imaginasi juga melampaui kawan2...." dan hati sangat2 lega bila ramai antara bekas pengidap disleksia mengatakan bahawa pengidap disleksia sebenarnya lebih banyak keistimewaan cuma mereka memerlukan sokongan dan dorongan utk memperbaiki kekurangan mereka...
-
Sambil mencari2 maklumat tentang Disleksia ni, saya terjumpa satu buku berjudul "It's called Dyslexia" tulisan Jennifer Moore-Mallinos.


Ermm betul2 saya nak baca buku ni... utk mengenali siapa adik saya sebenarnya... dan bagaimana cara terbaik untuk kami membantunya.... Syukur kupanjatkan padaMu ya ALLAH kerana Kau berikan HidayahMu ini... perkongsian ini bukannya utk membuka bekung di dada kerana saya tak pernah anggap ini sebagai satu perkara yg memalukan, sebaliknya ingin berkongsi dgn sesiapa sahaja yg ingin mengetahui tentang disleksia ni... dan seandainya anak2 atau adik2 anda bermasalah dalam mengebali huruf dan sebagainya... jangan dihina mereka...











Kaji dan fahamilah apa itu disleksia... dan pd sesiapa yg ada maklumat tentang disleksia ni... silalah berkongsi dengan saya ye... terima kasih semua... wassalam wbt.






Assalamualaikum w.h.b

Kalender dibelek-belek macam org jakun yg tak pernah jumpa kalender... dah 2 hari berturut2 buat interview... jumpa semula dengan beberapa org junior korean program... rasanya masih teringat lagi wajah2 comel tu waktu orientasi dulu... seolah2 tak percaya ms berlalu dengan begitu pantas... " hai... budak2 ni pon dah abes study... dah nak keje dah lepas ni..." bebel hati sendiri....

Batch 85 pulang ke Malaysia 27 February yg lepas.... "oh, sama dengan tarikh saya kembali ke Malaysia dulu~!" ... yang membezakan cuma tahunnya... saya 2009, dan mereka 2011~! "uwaaa... dah 2 tahun berlalu... ishk ishk ishk...."

Dalam kesibukan mencari generasi2 baru untuk bekerja di Ceragem, saya juga sibuk menguruskan jadual dan preparation untuk lawatan ke korea.... pejam celik pejam celik, malam esok saya dan 7 org staff yg lain akan ke sana.... 8 orang kami akan ke sana selama 8 hari.... bila dihitung2 semula; "eh, ye la... kali terakhir kaki ini berada di Korea pada 27 feb 2011~! makanya ini bererti setelah 2 tahun, saya akan ke sana semula...."

Kalau sebut 2 tahun tu mcm lama je kan.... tp bila fikir-fikir balik macam sangat2 cepat... apa2 pon saya sangat2 tak sabar nak tunggu tibanya 5 march 2011. B'day kawan baik saya, Siti Norhafishah Bt Abd Wahab.... kawan dr kecik lagi ni... dia adalah org yg terlalu rapat di zaman kecil saya dulu.... org yg tau n kenal saya sejak saya masih hingusan lagi... tp bila masuk sek menengah Fishah masuk TKC.... tinggal la kawan dia sorang ni kat sek biasa je...

Walaupun dah tak sama sek, tp masih contact... setiap kali cuti kami akan berjumpa... dan yg plg menarik, kami sering berutus surat... ohhhh, sweetnyaaaa rasa zaman tu... melalui fishah juga saya banyak kenal kawan2 TKC.... ntah apa dia cerita kat kawan2 TKC dia tu sampai dorang pon nak kenal saya... main utus2 surat jugak... hehehe... comelllnyaaaa zaman belasan tahun tu~!!!

Fishah, ingat lagi tak kita pernah keje kat kedai perabot lepas SPM dulu? waaaa mcm2 jugak pengalaman kita rupanya kan? plg tak boleh lupa BPKKR.... zaman sek rendah yg ntah apa2... kalau diingatkan balik konfem gelak sampai pecah perut~!!! apa maksud BPKKR tu? ada ala2 Badan Pencegah Rasuah je kan? hehehe

Dan saya juga tak sabar kat tunggu 5 March sbb saya akan ke HQ Ceragem di Korea... tak sabar jugak nak masuk kilang Ceragem... n Research lab ceragem... semoga selamat smuanya ^^ tp kan skarang ni korea sejuk sangat.... tgk tadi -6 degrees... dah lama tak rasa keadaan ni...



Semoga segalanya berjalan dengan lancar... harap dapat juga jumpa dengan adik2 yg masih belajar kat sana nanti... ok itu je la setakat ni... dah malas nak bebel dah ^^ wassalam

Assalamualaikum w.h.b.
-
Lama sungguh masa yg saya ambil untuk post entry terbaru... mungkin sbb takde idea nak menulis, dan saya juga kekurangan masa utk menaip... maklumla speed menaip agak lambat, dan kalau sekali menulis saya akan membebel panjang lebar, jd hakikat tu seringkali juga membatalkan niat saya utk mencoret2 di ruangan ini... rindu mmg dah rasa rindu giler... tangan ni pon mcm dah menggigil kempunan menaip :)
-
Alhamdulillah, sungguhpun sejak kebelakangan ni saya agak kekurangan masa di alam maya, tp masa saya banyak dihabiskan dan diisi dengan penuh bermakna bersama keluarga, kawan2 dan kenalan... dan pada saya tahun 2011 ini juga memberikan permulaan yg baik untuk saya... semoga apa juga cabaran yg mendatang dapat ditempuhi dengan baik dan penuh ketenangan...
-
Kadang2 bila teringatkan zaman muda2 dulu(erkk adakah ini pengakuan luar sedar dr saya? haha agak sedar diri jugak yg diri ini semakin tua rupanya :p), bnayak sungguh memori2 indah yang mampu buatkan saya tersenyum sendiri... ada juga yang membuatkan air mata bergenang lalu menitis... ada yg ingin diulang, dan ada yg diharapkan agar tak pernah wujud dalam sejarah silam...
-
Hakikatnya hidup ini takkan indah seandainya warnanya hanya cerah... lukisan juga memerlukan warna gelap untuk mewujudkan ton berwarna yg boleh menghasilkan perspektif, dan bentuk dimensi yang lebih INDAH... maka, jelasnya di sini, yang INDAH itu tak semestinya yang CERAH... INDAH itu adalah hasil gabungan CERAH & GELAP... kombinasi yang sempurna antara kedua2 elemen ini, diadunkan pula dengan idea kreatif, pandangan mata tajam dan ayunan tangan yang memegang berus secara tekun dan bersungguh2... akan menghasilkan sebuah lukisan indah yg mampu memikat hati sesiap saja yg memandangnya...
-

-
Kita sebenarnya adalah tangan yang sedang mewarnai kanvas kehidupan kita... indah atau tidak lukisan hidup kita bergantung kepada bagaimana kita melihat perjalanan hidup kita itu sendiri... seandainya pandangan kita membawa kita pada tindakan yang betul, maka tangan2 kita juga akan bermain dengan berus2 kehidupan kita untuk terus melakar, mewarna dan mencorakkan kanvas dengan baik...

Sungguhpun yg datang itu HITAM... yang datang itu GELAP, tapi seandainya kita tau di mana perlu kita letakkan warna GELAP, dan dimana pula warna CERAH perlu dicoretkan... maka KEINDAHAN KANVAS akan wujud dalam ciptaan minta, yg diperhatikan oleh mata seterusnya digerakkan oleh tangan yg menjadi penentu kepada arah yg kita tuju dan inginkan... -

Kesinambungan antara mata, minda dan gerak tubuh adalah gabungan yang penting dalam menentukan hala tuju kita... maka gabungkanlah ketiga2 elemen ini sebaik mungkin untuk memastikan tahun 2011 ini menjadi tahun yg bermakna buat kita semua ^^ ....
-


SEDIKIT PERKONGSIAN...
-
Dalam siaran ulangan LIGA ILMU berjudul "JUTAWAN FAKIR" tadi, saya tertarik dengan satu perisian yg ingin saya kongsi dan abadikan di sini...
-
Dalam menjalani kehidupan seharian, adalah baik seandainya kita mewajibkan kepada 5 hukum kehidupan seperti berikut :
-
1) Perkara yang WAJIB --> WAJIB DILAKSANAKAN (Perlu dilaksanakan)
-
2) Perkara yang SUNAT --> WAJIB DIPERBANYAKKAN (Adalah baik diperbanyakkan)
-
3) Perkara yang HARUS --> WAJIB DIKURANGKAN (Sebaiknya dikurangkan)
-
4) Perkara yang MAKRUH --> WAJIB DITINGGALKAN (Adalah lebih baik andai ditinggalkan)
-
5) Perkara yang HARAM --> WAJIB DIJAUHKAN (Sesungguhnya teramat perlu dijauhkan)
-

-
SEKALUNG TAHNIAH...
--
Tahniah buat 2 org sahabat saya... IERA dan NORMA yang telahpun selamat diijabkabulkan pada 5 feb yg lepas(semalam la kan...)... maaf la ye sbb min tak dpt nak hadirkan diri dalam kedua2 walimah kalian... satu kat kuantan, satu kat bukit mertajam... mmg dan plan nak pegi tp kereta kebal saya merajuk lagi... pomen kata takleh bw jauh2... nak repair cpt2 pon sparepart xde... cuti chinese new year kn... kedai sparepart pon tutup...
-
Apa2 pon didoakan kalian bahagia kekal abadi hingga ke akhirnya... sekian dulu ye.... tata titi tutu... wassalam whb.

Assalamualaikum w.h.b

Pejam celik masa berlalu begitu pantas... hinggakan aku mula merasakan seolah2 24jam sehari itu bukan lagi satu tempoh yang cukup...

Menoleh kebelakang; yang kulihat hanyalah lembaran compang-camping, koyak rabak, bertampal sana sini... penuh dengan cacat cela...

Harapan baru sempena tahun baru? aku hamba kerdil ini mendambakan banyak perkara yg hanya akan mampu terlaksana dengan kekuatan dan kesungguhan di jiwa,yg hanya akan tergerak andai aku berhabis daya memasang matlamat dan melaksanakan perancangan yang ada... dan yang pasti hanya akan menjadi nyata dengan izin dan dorongan dariNYA yang Maha Esa... maka aku pohon rahmat dan hidayahNya... agar DIA terus membimbingku ke jalan yang diredhaiNya...

Salam Maal HIJRAH buat semua... HIJRAH kita antara kita denganNya... janji kita, hanya Dia yg tahu, sama2lah kita berpegang pada janji kita, cuba untuk berhijrah kepada apa yg lebih baik kerana ALLAH tidak pernah lupa akan janjiNya... wassalam...


Link Within

Related Posts with Thumbnails

About This Blog?

My photo
Pemilik blog ni bukanlah rajin menulis sangat...tapi kadang2 bila dia menggatal, dia akan suka bebel panjang2 ^^ sekadar coretan sederhana dr insan yg serba kekurangan...

Calendar

Annyong...



Followers


Lagu Pilihan


Powered by Blogger.