Sebenarnya skarang ni saya konon2nya sedang sibuk memasak di dapur(mak saya bising, dia kata saya dah lama tak masak huhuhu)... sambil2 masak saya dok kemas2 barang sket utk memulakan ekspedisi menjelajah Utara Selatan(bajet ekspedisi padahal keje :p)... eh tp sebenarnya hari ni kena ke JB dulu, so jelajah SELATAN UTARA la kan patutnya...
ermmm hentam je la labu... apa2 pon sama je(dialog feveret ainul, si kecik kesayangan saya tu)
-
Sambil2 tu saya update bahan2 yg ada dalam comp ni, nak cek la smuanya cukup atau tak...tapi tetiba bila on je external HD saya yg sangat2 saya chentai itu, nampak pulak folder gambar... godek2 nampak pulak folder ROMPIN...
-
lately memang terlalu merindui hidup yg pernah saya lalui di sana...saya rindu org2 di sana yg terlalu baik dah mcm ahli keluarga di sini...
Tak berniat nak cite panjang, cuma nak share gambar... atau lebih enak dikatakan nak abadikan gambar2 saat2 indah ini kat blog ni...Gambar2 ni diambil pd 1 Jan 2010... new year tu...
-
sebabkan new year, dgn azam baru la konon, saya ajak anak2 Cik Cah dan juga sorang kwn baik dorang berjogging dr rumah saya sampai ke Rantau Panjang... kalau naik kereta ada la jugak 15minit kot... takde la jauh mana... lepas subuh dah berkumpul nak tgk matahari terbit ^^
masa baru sampai
sukanya si kecik ni ^^
Love Forever
ok sampai sini saje... ermm ninah pon dah nak start cuti sem... ada rezeki kita rewang2 ke LEBAN CHONDONG nanti... daaaaa smpi sini dulu...wassalam wbt
Assalamualaikum w.h.b - Seringkali juga saya mendapat soalan cepumas, "suka ke dengan keje yg min buat skarang ni?", "kenapa pilih keje ni?", "tanak cuba cari keje lain ke?"...huhu banyak sekali soalan2 lain seumpama itu yang terpacul di depan muka saya seolah2 saya buat keje yg mendatangkan dosa setiap masa pulak... -
Mungkin ramai yang tak faham, mengapa saya mengambil keputusan utk menjadi diri saya seperti hari ini(hehe poyo sket ayat)... untuk membuat keputusan melangkah kaki menyertai CERAGEM, saya mengambil masa hampir 8 bulan... memikirkan banyak perkara, dan berkali2 juga ke centre CERAGEM untuk melihat keadaan di sana...
-
Pada awalnya, saya juga seperti insan lain, langsung tak percaya dengan keberkesanan CERAGEM MASTER membantu menyembuhkan penyakit... sedangkan tika itu, ayah saya juga sedang menderita dengan pelbagai jenis penyakit... kerana terpaksa mengutamakan ayah juga, saya terfikir-fikir dan terus meneliti adakah menyertai CERAGEM ini mampu menjadi pilihan yg tepat???
-
Apabila ayah menyambut panggilan Ilahi, tiada lagi perasaan lain yg terbuku di hati melainkan ingin memastikan MAK HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT.... siapa mampu melawan takdir, siapa mampu menyekat ajal.. tapi alangkah baiknya seandainya penderitaan dan kesakitan arwah ayah tak perlu saya lihat... alangkah bahagianya seandainya ayah hidup sihat sehingga ke hujung nyawanya...
-
Satu ketika dahulu saya sering terfikir, sakit itu ujian... sakit itu juga aturan tuhan... tapi Allah juga menyuruh kita berikhtiar..."bukankah sakit yg ada dewasa ini muncul akibat pemakanan dan aktiviti seharian yang kurang sihat?"... takdir itu apa yg disuratkan ALLAH, tapi takdir itu terbahagi kpd 2 jenis, pertamanya takdir yg langsung tak boleh diubah, tetap dan tiada tertunda.... semuanya berlaku atas ketentuanNYA dan kita tak bisa mengubah... tetapi satu lagi takdir, ALLAH mentakdirkan ke atas kita di atas pilihan yang kita buat sendiri... maka saya mula mencari2 pilihan terbaik agar ALLAH mentakdirkan yang terbaik juga untuk saya dan keluarga...
-
Atas petunjukNya akhirnya saya pergi semula ke Centre CERAGEM di PJ(SS2), dan ketika itu saya mendengar testimonial daripada seorang bekas peninju negara(tak ingat pula apa namanya tp india)... uncle ni cerita dia dah 8 tahun ada masalah paru2... kerana rokok, paru2nya mengeras dan tak boleh berfungsi, jd hidupnya sehari 18jam bersama dengan mesin oksigen... tanpa mesin tersebut, dia takkan mampu bernafas....
-
Paru2nya langsung tak mampu naik dan turun... statik seperti robot, maka dia tak mampu menghirup ngan menghembuskan nafas... tetapi selepas 3 minggu menggunakan CERAGEM, dia mula merasai dadanya naik dan turun sedikit demi sedikit... ini menguatkan semangatnya untuk terus bersama mendapatkan rawatan di CERAGEM CENTRE...
-
Selepas 8 bulan penggunaan, mesin oksigen bernilai RM18k itu tidak perlu lg menjadi penemannya... air matanya mengalir, menggambarkan betapa gembiranya dia kini mempunyai hidup baru selepas mendapatkan rawatan CERAGEM... atas petunjuk ALLAH juga, akhirnya saya tekad untuk beralih arah...
-
Dan kini, saya adalah seperti saya sekarang, saban hari, saya makin menyintai kerjaya saya...biarpun terpaksa berdiri seawal jam 8 pagi untuk bersama-sama dengan ibu2 dan ayah2 ceragem saya... biarpun seawal 6.30 pagi saya dah perlu bertolak ke senawang untuk bersama-sama dengan ibu2 dan ayah2 saya di sana... dan sungguhpun sepanjang hari, saya sentiasa perlu bersama mereka untuk memberi semangat, menjelaskan tentang kaedah rawatan dan sebagainya... namun saya PUAS....
-
Saya puas kerana setakat ini saya sudah mampu melihat wajah2 kemurungan sudah mampu terseyum dan ketawa girang... ALHAMDULILLAH...syukur padaNya... sungguhpun baru sebulan lebih bersama mereka, keadaan mereka bertambah baik dan mereka juga terlalu menyayangi kami staff2 ceragem seremban seperti anak2 mereka sendiri...
Masakan kini ibu2 dan ayah2 saya itu tak mampu tersenyum girang...andainya sebulan yang lalu mereka merangkak menaiki tangga; tp kini sudah mampu berjalan laju dan berlari-lari... andainya dulu sentiasa letih dan sukar pula untuk lena di waktu malam; kini sudah berselera makan, bertenaga dan tidur bertambah lena... andainya dulu datang bertongkat, kini tongkat itu sudah boleh dijadikan alatan simpanan muzium mungkin...
-
Andainya dulu penglihatan kabur; kini sudah semakin jelas... andainya dulu lumpuh sebelah anggota, kini sdh rasa saraf2 badan makin berasa, kaki dan tangan sudah mula bergerak2... masakan tidak girang hati mereka andainya tangan yang telah bertahun tak boleh diangkat; tp kini sudah boleh diangkat dan dipusing2 360 darjah....
Andainya dulu ubat darah tinggi dan kencing manis menjadi teman yg perlu dimakan setiap hari, kini dosnya sudah berkurang...ada juga yg telahpun disahkan oleh doktor, "tidak perlu lagi makan ubat".... 6 tahun menderita migrain, tanpa ubat yg ada hanya kesakitan; tapi kini sudah sembuh sepenuhnya, ubat juga dah boleh letak ke tepi...
-
Ada juga ayahanda saya kerana parkinson, menggeletar tangan dan kaki... tapak kakinya melengkung menyebabkan lebih 2 tahun berjalan dengan tumit dan anak2 jari kaki; tapi selepas 6 kaki rawatan, dengan izin ALLAH akhirnya kakinya lurus semula... yang gaut pula, sentiasa perlukan suntikan...tanpa suntikan tak boleh berjalan....sakitnya ALLAH saja yg tahu; tp ALHAMDULILLAH, kini boleh berjalan gagah, segala jenis seafood juga mampu dijamah tanpa sebarang pantang... -
Kesungguhan mereka sungguh saya kagumi... rawatan CERAGEM mmg berkesan, tetapi memerlukan kesungguhan, komitmen dan kekentalan... perlu menjalani rawatan setiap hari, dan yang pasti Kesakitan pasti bertamu kerana KESAN PENYEMBUHAN CERAGEM sungguh luar biasa… MESTI SAKIT DAHULU, BARU SEMBUH… mengembalikan keadaan badan kepada keadaan asal bukannya mudah, maka pelbagai reaksi badan akan datang… kerana kekotoran badan juga keluar melalui 10 lubang dari angota badan… ada yang putus asa di tengah jalan … namun bagi yang mengerti, yang benar-benar mahu hidup sihat dan sembuh dari penyakit yang dihidapi, maka ini bukan satu ketakutan yang perlu dijauhi….
-
Kini, saya tidak akan lagi kerap ke Senawang... dan saya pasti akan merindui mereka... sayang sudah bertaut... dan janji mereka pada saya, untuk pastikan mereka lebih sihat pada pertemuan akan datang.... :)
- Ramai yang tertanya ; Adakah Ceragem master CGM-3500 ini ajaib? Dan bagaimana ia membantu dalam merawat penyakit? Rahsianya 5 perkara… Massage + Moxibustion + Accupressure + FIR + Chiropractic…. 5 prinsip CERAGEM ini merawat tulang belakang… mengembalikan tulang belakang pada posisi asal, menghidupkan (mengaktifkan semula) saraf2 yang terhimpit, membersihkan darah, membersihkan pembulur darah… sepertimana yg kita sedia maklum, punca penyakit adalah DARAH dan SARAF…
CERAGEM membantu memberbetulkan semula 2 keadaan ini, dan selebihnya, tubuh akan berinteraksi secara semula jadi, meningkatkan antibody badan dan menyembuhkan penyakit kita sendiri… itulah rahsianya dan kini saya juga telah mulai belajar dan mendekati sistem tubuh ciptaan ILAHI yg sungguh mengagumkan ini…
-
CERAGEM MERAWAT, ALLAH MENYEMBUHKAN... bagi yang berminat nak tau lebih lanjut tentang CERAGEM, boleh melawat ke website CERAGEM... http://www.ceragem.net/
- Di Malaysia dah ada 10 centre setakat ni, percubaan percuma tanpa had... anda boleh mendapatkan rawatan tanpa bayaran.... centre2 ceragem terdapat di Georgetown(Tanjung Bunga;04-8991508), Ipoh(Gunung Rapat; 05-313 4505), Ipoh(Silibin; 05-526 0957), Setapak(Danau Kota; 03-4022 2800),PJ(SS2; 03-7877 6260), Subang Jaya(Subang Square; 03-5634 5151), Cheras(Pandan Perdana; 03-9274 9196), Ampang(Ampang Waterfront; 03-4292 2100), Seremban(Senawang 1;06-679 1975), JB(Taman Molek; 07-357 2580). - Bagi yang ingin mencuba, kedatangan anda dialu2kan...percuma tanpa had... sayangi ayah dan ibu anda? utamakanlah kesihatan mereka... Dan andainya ditanyakan lagi kepada saya kini “min, min suka ke kerja yg min buat skang ni?”, jawapannya“YA, SAYA SANGAT2 SUKA dan TERLALU MENYUKAINYA”…
Pemilik blog ni bukanlah rajin menulis sangat...tapi kadang2 bila dia menggatal, dia akan suka bebel panjang2 ^^ sekadar coretan sederhana dr insan yg serba kekurangan...